CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Mamat (Exist) Hidup Merana, Mahu Tebus Kesilapan

2-9-2014 11:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 45626| Komen: 197

Description: Sementara Itu, Mamat Berkata, Dia Bakal Muncul Dengan Single Terbaharunya Berjudulkeluhan Cinta Dan Berharap Lagu Itu Nanti Akan Dapat Diterima Peminat Selepas Sekian Lama Menyepi.
Mamat (Exist) Hidup Merana, Mahu Tebus Kesilapan

Mamat kini menumpang di rumah kenalannya di Kuala Lumpur.




PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat terpaksa menumpang di beberapa rumah kenalannya di Kuala Lumpur selepas mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, semenjak bercerai dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal empat tahun lalu dia lebih selesa menumpang di rumah temannya kerana dapat berkongsi masalah dengan mereka.

"Saya tiada rumah di Kuala Lumpur jadi setiap kali ada tugasan di sini saya akan duduk menumpang dengan kawan-kawan atau pun tidur di hotel.

"Biarpun saya ada rumah di Johor tetapi saya kini lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan kerana sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara dan berkongsi masalah," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mamat turut mengakui dia kadang-kala tertekan dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadapnya berhubung kisah silamnya termasuk dalam soal penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Mamat muncul dengan single terbaharunya berjudul Keluhan Cinta.

Jelas Mamat, dia berharap masyarakat dapat memberinya peluang untuk menebus semua kesilapan yang pernah dilakukannya dan bukan terus menghukumnya tanpa mengetahui keadaan sebenar.

"Mungkin saya nampak seperti tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan tentang saya tetapi jauh di sudut hati perasaan sedih itu ada.|

"Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan harap ia boleh diambil sebagai iktibar malah ia mengajar saya mengenai erti kehidupan," ujarnya.

Sementara itu, Mamat berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya berjudulKeluhan Cinta dan berharap lagu itu nanti akan dapat diterima peminat selepas sekian lama menyepi.

Jelas Mamat, lagu berkenaan diterbitkan oleh Anita Entertainment dan dia bersyukur atas kepercayaan diberikan oleh syarikat berkenaan.

"Klip video lagu itu juga sudah dirakamkan dan sedang menjalani proses suntingan. Harap-harap ia akan dapat diterima peminat," ujarnya.

Dalam pada itu saksikan temubual video wartawan kami, Addy Junaidi bersama Mamat menerusi ruangan Zoom. Penyanyi ini menjelaskan pendapatannya terjejas. Wajah terbaharu Mamat mengejutkan banyak pihak kerana dia kelihatan cengkung bagaikan tidak terutus.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote johnmcclain 2-9-2014 04:33 AM
dah nampak lain dah dia..moga dia cekal mengharungi kehidupan dia skrang.
Quote Ferr_Remy 2-9-2014 05:48 AM
Serammmm .. apepun goodluck mamat
Quote burque 2-9-2014 06:19 AM
Dah x relevan mamat ni..nextttt!
Quote nurul_akmar 2-9-2014 07:01 AM
kurus keding mamat ni
Quote ais_kosong 2-9-2014 07:02 AM
kesian tengok dia nih..
moga dipermudahkan segalanya
Quote CocoRocha 2-9-2014 07:30 AM
harap2 dah betul2 berubah
selamat berjaya
Quote DARSITA 2-9-2014 07:36 AM
Time muda rogol anak dara orang yg masih bawah umur .. sekarang tak perlu lah rasa sedih dgn pandangan serong orang ramai.
Quote cikatilia 2-9-2014 07:41 AM
Kurusnya he.. kain bebenau rupa.
Quote aderaderker 2-9-2014 07:47 AM
Penyanyi yg amik 'menda' tu semua suara sedap2 ek..
Cth J,Z and S(paham2 sendirik).
Termasuk la mamat neh..
Kebetulang ke keperluang?? Last edited by aderaderker on 2-9-2014 07:48 AM

Quote fifie_olin 2-9-2014 08:03 AM
dh mcm umo 50an jek...
kalo dia lalu seblah aku konpem aku x knl...
silap bsr dia amek dadah
Quote DAYANG07 2-9-2014 08:07 AM
sayang suara sedap
Quote NHolmes 2-9-2014 08:08 AM
Harap dah tak ambil musuh masyarakat tuh
Quote haryatie 2-9-2014 08:09 AM
smoga dipermudahkan..
hrap2 betul2 da berubah..
Quote kakikuDibibirmu 2-9-2014 08:12 AM
aderaderker posted on 2-9-2014 07:47 AM
Penyanyi yg amik 'menda' tu semua suara sedap2 ek..
Cth J,Z and S(paham2 sendirik).
Termasuk la ma ...

akak syak Z tu zamani rangka bergerak
Quote lis_miranda 2-9-2014 08:17 AM
masa popular dulu tak beringat..moga kisah dia ni,jadi pengajaran pada artis sekarang...kalau betul dah berubah..bagus lee
Quote gekkou 2-9-2014 08:22 AM
mesti nk jadi penyanyi jg kan
pegi jek la cari keje lain
Quote kakikuDibibirmu 2-9-2014 08:22 AM
muka berkerut dia macam akak kenal, haaaa ustaz zamehan
Quote CrowneGlory 2-9-2014 08:28 AM
Kalau dh muka x hensem jgnla buat perangai buruk... Mmg ummah xkan maafkn...

keluhan cinta... Mmg mengeluh aku tgk ko mamat
Quote yayangmama 2-9-2014 08:30 AM
kesian kat dia...
bos saya pernah cerita, umah dia dkt dgn umah mamat...
nasib baik umah mamat tu umah parent dia...
even parent da ninggal, at least ada lah tempat nak tinggal...
lau x lagi ntah macamana idup dia...
sume nya gara2 benda x berfaedah tu...

Lihat semua komen(197)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.222817 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top