CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Baran Belasah & Dera Anak

2-9-2014 12:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4747| Komen: 19

Description: “Pihak Sekolah Kemudian Memanggil Abang Mangsa Di Tahun Empat Untuk Mendapatkan Maklumat Mengenai Adiknya Sebelum Mendapati Dia Turut Mengalami Nasib Yang Sama,” Katanya.
Bapa Baran Belasah & Dera Anak

Alor Gajah: Seorang pekerja kilang diberkas polis selepas disyaki mendera dua anak kandungnya berusia lapan dan 10 tahun di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Masjid Tanah, dekat sini, Sabtu lalu.

Lelaki berusia 38 tahun itu diberkas di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka  jam 3 petang Sabtu lalu untuk membantu siasatan.

Difahamkan, dua beradik lelaki yang tinggal bersama ibu tiri dan seorang adik tiri itu sering dibelasah bapanya yang panas baran setiap kali pulang kerja.

Sumber berkata, kedua-dua beradik yang belajar di tahun dua dan empat di sekolah sama itu sering dilihat menjauhkan diri daripada rakan sekelas sejak beberapa minggu lalu sebelum perubahan dikesan pihak sekolah.
LOKASI di mana berlakunya penderaan dua beradik.


“Dua beradik itu yang ceria sebelum ini mula hilang fokus terhadap pelajaran dan sering memulaukan diri. Mereka dihantar dan dijemput setiap hari oleh bapa.

“Bagaimanapun  jam 10 pagi Khamis lalu, seorang guru menegur mangsa berusia lapan tahun kerana tidak dapat menulis dengan baik ketika menduduki ujian sebelum ternampak sebahagian jari kanannya cedera,” katanya, di sini, semalam.

Sumber berkata, guru terbabit yang curiga bertanya kepada murid itu namun terkejut selepas melihat sebahagian jari kanan mangsa cedera dan bengkak sebelum memaklumkan kepada pihak sekolah.

“Lebih mengejutkan, pemeriksaan menemui sebahagian badan mangsa lebam dan membengkak kemerahan selain terdapat beberapa jaluran panjang dipercayai akibat dirotan.

“Pihak sekolah kemudian memanggil abang mangsa di tahun empat untuk mendapatkan maklumat mengenai adiknya sebelum mendapati dia turut mengalami nasib yang sama,” katanya.

“Susulan kejadian, dua beradik yang cedera pada sebahagian jari dan seluruh anggota badan dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan dan ditahan di wad untuk rawatan selanjutnya.

“Mereka ditempatkan di wad kanak-kanak di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Masjid Tanah dibuat pada Jumaat,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, badan dua beradik itu terdapat kesan dipercayai didera bapa kandungnya sendiri.

“Susulan kejadian itu, bapa kandung mangsa ditahan ketika hadir di pekarangan IPK Melaka jam 3 petang Sabtu lalu untuk membantu siasatan,” katanya.

11

Bagus
24

Marah
9

Terkejut
19

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 2-9-2014 08:32 AM
sengallll...
x suka anak..tp suka buat anak..
sewelll...
Quote magnus 2-9-2014 08:37 AM
Kesiannya budak budak tu....
Quote leylapple 2-9-2014 09:23 AM
haryatie posted on 2-9-2014 08:32 AM
sengallll...
x suka anak..tp suka buat anak..
sewelll...

as always khen???

patutnya ikat ajer saluran peranakan lelaki/perempuan yg jenis nakharom mcm nie
Quote annehuda 2-9-2014 09:25 AM
aku harap budak2 ni bukan mangsa balas dendam bapak kt mak diorg. ceraikan mak pastu sengaja amek anak2 taknak kasi hak penjagaan kt x-wife. saje nk nyeksa bekas bini. ade mak tiri pun buat tak tau je. ntah2 mak tiri pun subahat sama. nauzubillah
Quote prettyuglybabe 2-9-2014 09:33 AM
mujur ada cikgu yang prihatin pada murid.. terima kasih cikgu menyelamatkan mereka dua beradik
Quote penari 2-9-2014 09:37 AM
melaka negeri penggemar sadism
Quote maja07 2-9-2014 01:02 PM
Terbaik cikgu, kita kita pun kena jugak monitor sekeliling, anak2 jiran ke. Sebelum terlambat.
Quote cloudy_83 2-9-2014 01:06 PM
nasib baik cikgunya prihatin..
tapi harap2 takdela bapanya menyerang cikgu pula

jangan dibenarkan bapanya ikat jamin sudah Last edited by cloudy_83 on 2-9-2014 03:08 PM

Quote DayangKirana 2-9-2014 02:27 PM
esok2 dah tua melarat, jangan nak meratib mintak simpati kunun2 dibuang dan dibenci anak..
Quote kasibiman 2-9-2014 02:36 PM
sial punya jantan. bangsat.
Quote setia00 2-9-2014 02:52 PM
suka buat anak tp dera anak tu.
manusia semakin kejam.
Quote Artemesiaa 2-9-2014 02:53 PM
Sian jadi tempat lepas geram mujur ada guru yang perihatin.  
Quote meya 2-9-2014 06:18 PM
Diharap jangankan pasal bini baru 'inject' macam-macam sampai jadi bengang dan baran lepas tu lepaskan pada budak-budak tu.

Macam-macam kat dunia sekarang ni...mak baru diorang tak protect diorang ker?  

Kalau rasa bebanan sangat baik dikembalikan pada mak kandungnya.
Quote mak_wa95 2-9-2014 06:57 PM
bapa setan...

anak dah besar nak pukul lagi..
Quote munchkin 2-9-2014 07:01 PM
Syabas dan terima kasih kepada cikgu dan pdrm. Cikgu ni patut dijadikan contoh. Terima kasih lagi sekali cigu dan pdrm
Quote FanTasyCreaTioN 2-9-2014 07:03 PM
nasib baik ada guru yang prihatin
Quote norhaz 2-9-2014 07:21 PM
Kesiannya...sampai hati buat anak2 macam tu..dahlah sebaya dengan anak saya..tak suka bagilah saya jaga..
Quote nobito 2-9-2014 07:24 PM
Aku memang yakin ni memamg Melayu..no wonder ramai pompuan Melayu yg suke ikut jantan Nigeria.
Quote dani-rox 2-9-2014 07:50 PM
bapak from hell
mak tiri pon semacam gak, entah2 tumpang sekaki dera anak

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.108594 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top