CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengguna Belum Sedia Guna Tol Elektronik?

2-9-2014 05:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5927| Komen: 33

Description: Seorang Pengguna, Mohd Sufian Jamaludin, 30, Ketika Ditemui Berkata Penangguhan Perlaksanaan Tol Elektronik Merupakan Satu Tindakan Yang Wajar Diambil Kerana Masih Ramai Pengguna Belum Bersedia Ke Ara ...
Pengguna Belum Sedia Guna Tol Elektronik?


SHAH ALAM - Rata-rata pengguna Lebuhraya Persekutuan dilihat masih tidak bersedia untuk mempraktikkan kaedah bayaran tol secara elektronik di Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga.

Melalui pemerhatian yang dilakukan selama dua jam oleh Bernama di kedua-dua tol berkenaan, masih kelihatan ramai pengguna memilih menggunakan kaedah tunai untuk membayar tol.

Tinjauan juga mendapati kenderaan beratur panjang di laluan tunai dan keadaan menjadi bertambah sesak terutamanya ketika waktu tengah hari.

Seorang pengguna, Mohd Sufian Jamaludin, 30, ketika ditemui berkata penangguhan perlaksanaan tol elektronik merupakan satu tindakan yang wajar diambil kerana masih ramai pengguna belum bersedia ke arah itu.

Katanya lagi, pihak PLUS Malaysia Berhad (Plus) perlu memikirkan cara lain yang lebih berkesan bagi mengatasi kesesakan di kedua-dua tol berkenaan.

Dalam tinjauan itu juga, didapati pondok jualan kad PLUSMiles dan Touch 'n Go yang didirikan berhampiran kedua-dua plaza tol berkenaan kurang mendapat sambutan daripada pengguna.

Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam kenyataannya yang bertarikh 29 Ogos lepas mengatakan Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan Plus agar menangguhkan perlaksanaan pembayaran tol sepenuhnya melalui cara elektronik di kedua-dua plaza tol berkenaan yang sepatutnya bermula hari ini kepada satu tarikh yang akan diumum kelak.

Menurut kenyataan itu penangguhan berkenaan dilakukan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pengguna mendapatkan kad PlusMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG.

Pada masa sama ia juga bertujuan untuk membiasakan pengguna menggunakan kaedah transaksi itu terlebih dahulu. 

16

Bagus
20

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
23

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cowey 2-9-2014 12:01 PM
sape2 yg gune tol tiap2 ari, sgup ke nk tgu queue pnjg2??

buang masa..
Quote kentel 2-9-2014 12:03 PM
bodo nye lah...da regular user dekat plaza tol ni, ape lah salahnya beli at least TnG...singapore boleh je enforce benda e-pay nih....
Quote AbukRokok 2-9-2014 12:04 PM
ok la tu... kang semua guna touch n go smart tag.... laluan tng n smart tag plk clog xlncar mcm skrg :lol
Quote gekkou 2-9-2014 12:19 PM
tangguh2 sampai bila nk laksana?
cuba tegas sikit
rakyat mesia ni dimanja2kan sgt
malas nk g beli kad..mls nk beratur..mls nk top up...
time benda free laju plak g beratur
Quote Athrun.Zalaa 2-9-2014 12:20 PM
kentel posted on 2-9-2014 12:03 PM
bodo nye lah...da regular user dekat plaza tol ni, ape lah salahnya beli at least TnG...singapore bo ...

Hahaha...
Takut kad TnG kena curi...
Quote lululun 2-9-2014 12:20 PM
dah hari2 guna tol pun takkan la sanggup g beratur panjang?
Quote penyo 2-9-2014 12:22 PM
Belum terbuka lagi utk guna smart tag kot. Tunggu bila dah ikhlas baru pakai ok
Quote kentel 2-9-2014 12:25 PM
Athrun.Zalaa posted on 2-9-2014 12:20 PM
Hahaha...
Takut kad TnG kena curi...

hmmm...simpan la TnG tu...dok letak merata memang la kena curi...
Quote Athrun.Zalaa 2-9-2014 12:28 PM
Aku rasa dia xnk guna TnG sbb persepsi org Melayu dan bleh gunakan kesesakan sbg 1 alasan sekiranya lewat masuk keje...
Keje gomen la selalunya nih...
Pastu g minum kul 10...
Hmm...
Berkait rupanya...
Quote angio 2-9-2014 12:28 PM
kat Spore dah bertahun2 pakai kaedah ni.. tak kecoh pun..
Quote DayangKirana 2-9-2014 12:30 PM
kalau tangguh..sampai bila pun tetap 'tak bersedia'....
Quote shernazz 2-9-2014 12:36 PM
penyo posted on 2-9-2014 12:22 PM
Belum terbuka lagi utk guna smart tag kot. Tunggu bila dah ikhlas baru pakai ok

Btol..
Menda baek x boleh paksa
Ianya harus datang dari hati
Quote Johnyblaze87 2-9-2014 02:49 PM
Patut buat mcm ni :-







X ganggu traffic, xpayah pekerja, xyah slow down, beli stiker mcm ni je lekat kat kete :-




Murah pun murah.



Quote ninja boy 2-9-2014 03:00 PM
aku setujuk tak payah beratur berpalang keluar kandang
Quote ninja boy 2-9-2014 03:04 PM
upgade ke tng dan smartag pun x mau walaupun dah pakai tol berpuluh2 tahun, apa tah lagi ke upgrade sistem baru itu, ai jamin 5 tahun 10 tahun 15 tahun 20 tahun masih ada manusia pakai manual punya 'tunai dan pintu kandang'
Quote abas8888 2-9-2014 03:05 PM
idea yg bagus
Quote itik_kuning 2-9-2014 03:08 PM
buat je macam singapore tu. tol pun mana ada palang.
Quote qronaldo7 2-9-2014 03:12 PM
org malaysia mmg suke tggu bende free..

RM 10 kalau setahun baru RM 0.03 sehari..

Kete mhl2 boleh beli
Quote TuntungReturn 2-9-2014 03:13 PM
kne wujud kn tunai..klo x pekerja tol pas ni bnti

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.480074 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top