Kenali Ketua Polis Negara Malaysia! 1) TAN SRI SIR CLAUDE FENNER Tan Sri Sir Claude Fenner dilahirkan pada 6 Januari 1916 di London dan merupakan Ketua Polis Negara yang pertama dan berkhidmat di antara 18 September 1958 hingga 28 Februari 1966. Antara cawangan yang pernah dikhidmati :-
2) TUN MOHAMED SALLEH ISMAEL Tun Mohamed Salleh bin Ismael dilahirkan pada 7 Julai 1917 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kedua pada 29 Mac 1966. Merupakan anak Melayu pertama menjawat jawatan tertinggi di dalam Pasukan Polis. Usaha gigih beliau telah melahirkan 'Sistem Salleh', di samping Pasukan Kadet Polis dan Pasukan Sukarelawan Polis. Beliau meninggal dunia pada 31 Januari 1973. Antara jawatan yang pernah disandang :
3) TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN HASHIM Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim dilahirkan pada 17 Julai 1925 di Yan, Kedah. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang ketiga pada 1 Februari 1973. Kematian tragisnya angkara anasir subversif pada 7 Jun 1974. Antara jawatan yang pernah disandang :-
4) TUN MOHAMMED HANIF BIN OMAR Tun Mohammed Hanif bin Omar dilahirkan pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan, Perak. Dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang keempat pada 8 Jun 1974. Antara jawatan yang pernah disandang :-
5) TAN SRI ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOOR Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor dilahirkan pada 6 Jun 1943 di Serkam, Melaka. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kelima pada 16 Januari 1994. Antara jawatan yang pernah disandang :-
6) TAN SRI NORIAN MAI Tan Sri Norian Mai dilahirkan di Hilir Perak pada 5 November 1946. Mula menceburkan diri dalam pasukan polis sebagai Kadet Penolong Penuasa Polis pada 8 November 1969. Pada 6 Julai 1997, Tan Sri Norian Mai telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dan seterusnya menjadi Ketua Polis Negara keenam pada 8 Januari 1999, menggantikan Tan Sri Rahim Noor. Antara jawatan yang pernah disandang :-
7) Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar Tidak ramai yang mengenali beliau sebelum ini, kerana beliau sering dikatakan sebagai 'low profile', walaupun jawatan yang dipegangnya sebelum ini merupakan jawatan-jawatan penting. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, namanya disebut-sebut bukan sahaja di kalangan warga PDRM, malahan di kalangan orang ramai. Beliau ialah Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar, Ketua Polis Negara yang menggantikan Tan Sri Norian Mai yang bersara hari ini, 5 November 2003. Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya. Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya; di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat. Tan Sri Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak. Dengan berbekalkan kelulusan Sarjana Sastera, beliau telah memulakan perkhidmatan beliau sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971, dan seperti kebanyakan pegawai lain, telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL). Beliau memegang beberapa jawatan 'command post' yang penting, di antaranya:-
Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara. Beliau telah mengikuti kursus-kursus penting seperti 'Hostage Negotiation Technic', 'Terrorism' dan Airport Security Management. Seperti kesemua Ketua Polis Negara sebelum ini, beliau juga merupakan lepasan Royal College of Defence Studies, United Kingdom. 8) Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September 2006. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke lapan menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Bin Hj. Omar yang bersara pada 11 September 2006. Beliau dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat. Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya; di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat. Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat beliau " Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya ". Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan. 1969 -Insp. Pelatih. Di Maktab Polis Kuala Kubu Bahru. 1970 -Insp. Siasatan Khas. Di IPD. Melaka Tengah. 1973 -Pegawai Pendakwa. Di IPD. Alor Gajah, Melaka. 1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD JSJ. Bukit Aman. 1981 -PPP Bah. 'A' Narkotik, Bukit Aman. 1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD. JSJ. Bukit Aman. 1986 -PPP Sekolah Undang-Undang. Maktab Polis Kuala Kubu Bahru. 1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan. Maktab Polis Kuala Lubu Bahru. 1991 -Pegawai Latihan B1. Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman. 1992 -PP Latihan (Peperiksaan). Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman. 1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan / Undang-Undang. JSJ. Bukit Aman. 2000 -Timbalan Pengarah II. JSJ. Bukit Aman. 2001 -Timbalan Pengarah I. JSJ. Bukit Aman. 2003 -Ketua Polis Johor. 2004 -Pengarah JSJ. Bukit Aman. 2005 -Timbalan Ketua Polis Negara 2006 -Ketua Polis Negara. Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara. 9) Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Hj Omar dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah. YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Hj Omar telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 13 September 2010. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke sembilan menggantikan Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan yang bersara pada 12 September 2010. Beliau dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat. Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat beliau "Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya". "Saya akan bekerja berpaksi kepada bidangkuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang dan menentukan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik bagi kesejahteraan seluruh rakyat dan negara Malaysia" Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Ismail Bin Hj Omar :- 1971 - Insp. Pelatih Maktab Polis Kuala Kubu Bahru 1972 - Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Seremban, Negeri Sembilan 1975 - Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kuala Pilah, Negeri Sembilan 1977 - Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ipoh, Perak 1978 - Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Krian, Perak 1980 - OC Pusat Latihan Kawasan Latihan Taiping Taiping, Perak 1980 - OC Pusat Latihan Luar PLP Latihan Taiping Taiping, Perak 1983 - PPP Siasatan (U) TT Jabatan Pengurusan, Bukit Aman 1986 - PPP Siasatan (U) TT Jabatan Pengurusan, Bukit Aman 1992 - TPP Siasatan (S) Tatatertib Jabatan Pengurusan, Bukit Aman 1993 - DSP Bantuan Teknik Tatatertib Jabatan Pengurusan, Bukit Aman 1993 - DSP Rayuan Tatatertib Jabatan Pengurusan, Bukit Aman 1994 - PP Mahkamah IPD Ipoh, Perak 1996 - Ketua Polis Daerah IPD Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang 1999 - ACP Pendakwaan/Undang-Undang JSJ, Bukit Aman 2004 - Ketua Pen. Pengarah II (BSJP) JSJ, Bukit Aman 2005 - Timbalan Pengarah II JSJN JSJN, Bukit Aman 2006 - Ketua Polis Selangor 2007 - Pengarah Pengurusan Bukit Aman 2007 - Timbalan Ketua Polis Negara 2010 - Ketua Polis Negara (13 September 2010) Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara.
|
zennaya posted on 8-9-2014 07:31 PM
TS Rahim Noor adalah the best IGP. Ketegasan dia digeruni pihak lawan,tapi sayang,ada seseorang tela ...
TuntungReturn posted on 8-9-2014 09:26 PM
ya betul..antara ketua polis yg dikenang dengan ketegasan,,1997/1998 dlu huru hara mmg die kawal b ...
TuntungReturn posted on 8-9-2014 09:26 PM
ya betul..antara ketua polis yg dikenang dengan ketegasan,,1997/1998 dlu huru hara mmg die kawal b ...
martiena posted on 10-9-2014 12:14 PM
masa hari polis aritu yg dorg buat kt perak kalo x silap iols, Norman n Lisa ade update dorg blk san ...
martiena posted on 10-9-2014 12:14 PM
masa hari polis aritu yg dorg buat kt perak kalo x silap iols, Norman n Lisa ade update dorg blk san ...
fifie_olin replied at 11-9-2014 06:41 AM
x sangka plk KPN yg pertama kokesen...ermm x patot
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.190559 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.