CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Punca Dan Jenis Lelaki Botak

5-9-2014 02:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9173| Komen: 19

Description: Namun Begitu, Anda Perlu Mengambil Perhatian Serius Apabila Rambut Gugur Secara Berlebihan Dengan Mendapatkan Rawatan Segera. Ini Kerana Proses Kebotakan Akan Melalui Beberapa Fasa Iaitu Bermula Darip ...

Punca Dan Jenis Lelaki Botak



Secara semula jadi, manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan meng-hasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. 

Namun begitu, anda perlu mengambil perhatian serius apabila rambut gugur secara berlebihan dengan mendapatkan rawatan segera. Ini kerana proses kebotakan akan melalui beberapa fasa iaitu bermula daripada rambut mulai jarang sehinggalah kepada ketiadaan rambut langsung. 

Ini kerana keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-nya. Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut (papila) mula menyusut (atrofi) menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.

Masalah kebotakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

1. Androgenetic alopecia - botak disebabkan faktor keturunan.

2. Traction alopecia - akibat sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut.

3.Telogen effluvium - faktor tekanan emosi dan fisiologi.

4. Anagen effluvium (toxic alopecia) - berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu.

5. Alopecia areata - serangan sistem imun terhadap sel folikel

Faktor paling utama ialah tekanan. Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerja sehingga mengalami banyak tekanan kerja terutamanya jika tidak ditangani dengan balk menjadi permulaan kepada masalah kehilangan rambut.

Botak juga boleh berpunca melalui genetik. Masalah keguguran rambut boleh diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau kedua-duanya.

Selain itu pertumbuhan dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon di dalam badan. Hormon utama yang mempengaruhi proses ini ialah dihidroksitestoster-on (DHT) iaitu hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin.

Kulit kepala yang terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk akan menutup liang pada kulit kepala yang menyebabkan gang-guan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Ini merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menyebabkan rambut gugur.

Antara faktor lain yang membawa kepada masalah keguguran rambut seperti kecederaan kulit kepala, pengambilan ubat-ubatan, amalan makanan tidak seimbang, merokok, mengambil minuman keras, trauma, pencemaran bahan kimia yang terkandung dalam produk dandanan rambut, jangkitan virus atau bakteria, kehamilan dan alahan pada bahan kimia.


Makanan seimbang elak botak

Untuk mengelakkan botak, anda disarankan mengamalkan pemakanan seimbang. Hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Anda juga perlu mendapatkan garam galian terutama zat besi, zink, kalsium, magnesium dan kromium harian yang secukupnya. Rambut juga memerlukan vitamin A, B kompleks, C dan D untuk kekal sihat.

Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang min­yak yang terdapat pada setiap folikel rambut muka aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Cara yang betul juga perlu dipraktikkan bagi mengelakkan rambut gugur. Caranya dengan membilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancar-kan perjalanan darah.


Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala dari­pada sinaran ultra lembayung.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 4-9-2014 03:27 PM
Betul ke kehemseman lelaki terletak di kepalanya yg botak dan perut yg boroi?
Quote awinpj 4-9-2014 09:43 PM
My opismate 26 dah botak separuh....kena sikat rambut kedepan...kalo x nampakla kekurangan rambutnya. Nowadays guys ramai yg muda2 tp rambut dah kurang...sbb stress n food kut
Quote awinpj 4-9-2014 09:50 PM
Vellfire posted on 4-9-2014 03:27 PM
Betul ke kehemseman lelaki terletak di kepalanya yg botak dan perut yg boroi?

Kehenseman lelaki terletak pada pocketnya yg teballll
Quote Vellfire 5-9-2014 08:11 AM
awinpj posted on 4-9-2014 09:43 PM
My opismate 26 dah botak separuh....kena sikat rambut kedepan...kalo x nampakla kekurangan rambutnya ...

ade yg baru 30an dah botak
ader jugak member yg dah botak merendahkan diri
tak bercampur dengan org sangat...takut terasa
ada jugak yg biasa

agak2 ader tak ubat nak bagi ader rambut balik
yun nam hair care tu betul2 mujarab ke?
Quote Vellfire 5-9-2014 08:11 AM
awinpj posted on 4-9-2014 09:50 PM
Kehenseman lelaki terletak pada pocketnya yg teballll

hehe betul2
Quote kejoraria 5-9-2014 10:22 AM
Vellfire posted on 4-9-2014 03:27 PM
Betul ke kehemseman lelaki terletak di kepalanya yg botak dan perut yg boroi?

mcm tak setuju aja......
Quote kejoraria 5-9-2014 10:24 AM
Vellfire posted on 5-9-2014 08:11 AM
hehe betul2

statement ni mcm agak setuju jer....
Quote Vellfire 5-9-2014 01:56 PM
kejoraria posted on 5-9-2014 10:22 AM
mcm tak setuju aja......

hehe selalunya laki botak ni Nampak ganazzz
erkkk jangan ado yg terasa...baik aku larikkkkkkkk awal2
Quote Vellfire 5-9-2014 01:57 PM
kejoraria posted on 5-9-2014 10:24 AM
statement ni mcm agak setuju jer....

kadang2 poket tebal dgn kotak rokok jer
Quote Vellfire 5-9-2014 02:13 PM
@leylapple @eva    @sweetmi09 @intan_smsb @manganini   @mrJOKERfromHELL  @NorAddin  @tari  @anna-zara  @amiraira @manganini   


jum lah bincang
Quote leylapple 5-9-2014 02:38 PM
Vellfire posted on 5-9-2014 02:13 PM
@leylapple @eva    @sweetmi09 @intan_smsb @manganini   @mrJOKERfromHELL  @NorAddin  @tari  @anna-zar ...

astaga.....

byk2 topik, topik ni dipileyyy



bagi ai, asal poket tebal, sudey...



Quote intan_smsb 5-9-2014 03:04 PM
Vellfire posted on 5-9-2014 02:13 PM
@leylapple @eva    @sweetmi09 @intan_smsb @manganini   @mrJOKERfromHELL  @NorAddin  @tari  @anna-zar ...

punca nyer kerana mengunakan produk perapi rambut yang salah
Quote Vellfire 5-9-2014 04:23 PM
intan_smsb posted on 5-9-2014 03:04 PM
punca nyer kerana mengunakan produk perapi rambut yang salah

bkn sebab keturunan jugak ke?
Quote Vellfire 5-9-2014 04:28 PM
leylapple posted on 5-9-2014 02:38 PM
astaga.....

byk2 topik, topik ni dipileyyy


ohhhh sik kisah rambut sikdo?

I pun sik kisah...selalu laki botak romantik
Quote leylapple 5-9-2014 04:34 PM
Vellfire posted on 5-9-2014 04:28 PM
ohhhh sik kisah rambut sikdo?

I pun sik kisah...selalu laki botak romantik

huii...licin yala bagus...

kureng melekat peminatnya...
Quote Vellfire 5-9-2014 04:37 PM
leylapple posted on 5-9-2014 04:34 PM
huii...licin yala bagus...

kureng melekat peminatnya...


yakah?

bolehlah cari 1 nanti
Quote manganini 5-9-2014 09:56 PM
Vellfire posted on 5-9-2014 02:13 PM
@leylapple @eva    @sweetmi09 @intan_smsb @manganini   @mrJOKERfromHELL  @NorAddin  @tari  @anna-zar ...

sampei 2 kali nama saya di tag..
terpaksa la beri pendapat tok..


errr.. botak mungkin sebab makan terlalu banyak ajinomoto.. nenek saya kata..
Quote manganini 5-9-2014 09:57 PM
leylapple posted on 5-9-2014 04:34 PM
huii...licin yala bagus...

kureng melekat peminatnya...

setujuk!
my hasben tiada masalah botak.. tapi masalah uban.. i loike
Quote Vellfire 8-9-2014 09:23 AM
manganini posted on 5-9-2014 09:56 PM
sampei 2 kali nama saya di tag..
terpaksa la beri pendapat tok..

ntah org dulu2 takder makan ajinomoto...botak jugek

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063220 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top