Abdul Khalid Ibrahim calon terbaik pulihkan MAS
Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar pertama selepas PR mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod kecemerlangan beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di Malaysia. Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan oleh seorang tokoh seperti Abdul Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor. Akibat mempertahankan integriti dan urus tadbir yang telus, beliau akhirnya tewas dalam percaturan politik PKR yang berusaha menyingkirkannya dari posisi Menteri Besar Selangor. Semasa tempoh penggal pertama menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, beliau disanjung oleh kawan dan lawan sebagai tokoh terbaik dalam urus tadbir di negeri Selangor. Atas dakwaan “dosa” tidak mendengar nasihat dan mempertahankan kewibawaan urus tadbir yang baik, beliau dipecat oleh parti yang selama ini menyanjung kredibiliti dan menerima keahlian seumur hidupnya. Maka pengunduran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor harus diambil perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan dengan mengangkat semula kedudukan beliau untuk menerajui proses pemulihan MAS. Pelantikan beliau menerajui proses pemulihan MAS dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan dan imej syarikat penerbangan terulung di negara ini berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan Abdul Khalid. “Dosa” politik yang didakwa dilakukan oleh Abdul Khalid diyakini dapat ditebus dan terhapus melalui pelantikan beliau untuk menerajui MAS sekaligus membuktikan sikap jiwa besar Kerajaan Persekutuan dalam mendahulukan kepentingan rakyat Malaysia. Diyakini bahawa hati rakyat Selangor dan Malaysia akan sedikit terubat melalui pemilihan Abdul Khalid untuk menerajui MAS yang berpusat di KLIA sebagai nadi utama Selangor dan Malaysia.
|
8
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf posted on 6-9-2014 05:39 PM
I want Datuk Syed Zainal Abidin ....
Mas needs no. NONSENSE ..man yg berintegriti...
mbhcsf posted on 6-9-2014 05:39 PM
I want Datuk Syed Zainal Abidin ....
Mas needs no. NONSENSE ..man yg berintegriti...
melati_kesuma posted on 6-9-2014 05:59 PM
Mel rasa khalid ok handle mas..cuma khalid ni owang kata kedekut...dr segi bisnes ok kedekut,..x de ...
Anak_Nogori posted on 6-9-2014 06:06 PM
Dia pernah jadi CEO PRODUA dan PROTON kan.
melati_kesuma posted on 6-9-2014 05:59 PM
Mel rasa khalid ok handle mas..cuma khalid ni owang kata kedekut...dr segi bisnes ok kedekut,..x de ...
mbhcsf posted on 6-9-2014 06:08 PM
Yup proton...
I nak tengok camner this no nonsense guy ni handle mas
mbhcsf posted on 6-9-2014 06:07 PM
Ye? Ade doa ke? Really...i x perasan kot...
Baguslaa...yg i dengaq kapten tu celoteh announceme ...
Anak_Nogori posted on 6-9-2014 06:11 PM
Kedukut ok..tapi Khalid ni kedukut kemut...dia pandai ke cari duit?...nanti habis kapalterbang MAS ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.067334 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.