CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Jualan Lekor Semakin Merosot?

9-9-2014 04:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14487| Komen: 144

Description: Kemasyhuran Keropok Losong Satu Ketika Dahulu Terserlah Apabila Deretan Kedai Menjual Produk Berasaskan Ikan Itu Di Kawasan Losong Sentiasa Dipenuhi Orang Ramai Tanpa Mengira Waktu, Sekali Gus Meningk ...
Jualan Lekor Semakin Merosot?




KUALA TERENGGANU – Bertandang ke Terengganu, menikmati keenakan keropok lekor padat dengan isi ikan segar menjadi acara wajib bagi setiap pengunjung yang datang ke sini.

Tidak sukar mencari makanan tradisional Terengganu itu kerana ia boleh didapati di hampir setiap kawasan dan salah satu keropok lekor yang popular ialah keropok losong di Kampung Losong Haji Su.

Kemasyhuran keropok losong satu ketika dahulu terserlah apabila deretan kedai menjual produk berasaskan ikan itu di kawasan losong sentiasa dipenuhi orang ramai tanpa mengira waktu, sekali gus meningkatkan ekonomi pengusaha tempatan.

Namun, entah di mana silapnya perkampungan keropok itu kini tidak semeriah dahulu dengan rata-rata peniaga mengeluh kekurangan pelanggan hinggakan ada yang terpaksa menanggung kerugian.

Seorang pengusaha, Muslemainee Che Khallid ketika ditemui Sinar Harian di Gerai Kak Yah Keropok Losong di sini berkata, kemerosotan pelanggan berlaku sejak beberapa tahun belakangan ini dan semakin serius hari demi hari.

Sebelum ini katanya, beliau menggunakan satu tan isi ikan sehari untuk menghasilkan keropok bagi menampung permintaan pembeli namun kini berkurangan kepada 500 kilogram ikan dan isi ikan itu bertahan sehingga dua atau tiga hari.

“Sekarang dalam sehari nak cari sebuah bas yang masuk ke sini membeli keropok pun payah, kami susah hati dengan situasi ini,” katanya yang bimbang dengan masa depan perniagaan keropoknya.


Pengusaha guna nama sama

Menurut Muslemainee, biasanya peniaga akan menaruh harapan tinggi pada musim cuti sekolah dengan kehadiran pelancong yang dijangka memberi rezeki berganda kepada mereka namun keadaan tetap sama walaupun terdapat program besar berlangsung di sini.

Muslemainee mendakwa, lambakan gerai keropok di daerah atau kawasan lain yang turut menggunakan nama keropok losong antara punca pendapatan pengusaha keropok lekor di kampung terbabit terjejas.

Selain itu katanya, ekonomi negara yang tidak stabil juga turut menjadi faktor pelanggan berkurangan kerana orang ramai mengehadkan pembelian malah mereka (pengusaha) turut menjadi mangsa berikutan kenaikan harga bahan mentah termasuk sagu dan gula.

“Sejak dua tahun lalu, keropok bersaiz kecil yang sebelum ini dijual 5 batang RM1, kini terpaksa dikurangkan kuantitinya iaitu 4 batang RM1.

“Manakala keropok lekor bersaiz besar pula dijual pada harga RM1 sebatang berbanding 50 sen sebelumnya,” katanya.

Kata Muslemainee, dia terpaksa berbuat demikian bagi menampung kos bahan mentah yang semakin meningkat.

Menurutnya, keuntungan yang diperoleh kini berkurangan, sekadar cukup untuk membayar gaji pekerja dan kos penyelenggaraan lain.

Dalam pada itu, Muslemainee yang juga mewakili pengusaha keropok lekor di Kampung Losong Haji Su berharap, kerajaan negeri memberi perhatian terhadap masalah itu dan melakukan promosi semula supaya kampung berkenaan dapat bertahan serta menjadi 'syurga’ bagi penggemar keropok lekor dalam jangka panjang.


Terpaksa buka kedai separuh hari

Sementara itu, seorang lagi pengusaha keropok lekor, 2K 2L di Kampung Bukit Losong, Ayob Abdullah mengakui, pelanggan semakin berkurangan sejak belakangan ini dan paling ketara pada Ogos lalu sehingga memaksa dia membuka gerainya separuh hari.

“Pak Ayob buka kedai dari pagi hingga tengah hari sahaja, buka pun untuk memudahkan pelanggan tetap yang membeli bagi kegunaan mereka di pasar raya dan kedai makan.

“Kalau hendak harapkan pelanggan dari luar memang tidak ramai, sebab itu buka separuh hari sahaja, tetapi sebenarnya keadaan ini berlaku mengikut musim dan ekonomi semasa,” katanya.

Kata Pak Ayob, untung dan rugi menjadi kebiasaan dalam perniagaan malah tidak adil untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana mungkin faktor kurang pembeli disebabkan kemampuan pembeli itu sendiri dan sebagai penjual perlu menerima hakikat ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aechae 9-9-2014 01:40 PM
bkn musim cuti mmg la x ramai beli.....haritu blk cuti merdeka sesak je kt tmpt tu...xnk nk expect ada bus pelancong hari2 bertandang ctu....

lg 1 kopok kak yah byk MSG....org dh beralih ke kopok yg lbih original ikn nya....cuma xda nama lah...
Quote cloudy_83 9-9-2014 01:42 PM
waah mesti dah murah kan
Quote kentel 9-9-2014 01:49 PM
bagus Pak Ayob, tak salahkan orang lain yang guna nama losong...percaya dgn Maha Pemberi Rezeki...
Quote matdue77 9-9-2014 01:55 PM
Kerepok Losong dok special macam dulu doh... jadi ada masa naik dan masa turun... skrg ni masa turunnya... bila doh dok jaga kualiti, inilah akibatnya... persaingan dgn  pengusaha lain itu lumrah, kalau produk mung molek dan kekal macam dulu, InsyaALlah prg akan kekal beli... tapi bila dah org makin kurang beli jangan peliklah...

ps: Aku dah lama tak beli kepok kakyah, ade cerita peribadi kenapa tak beli, yang ramainya beli tu org2 luar...
Quote noell 9-9-2014 01:58 PM
overrated aku balik losong pun tak berahi beli hak situ...tak sedap dah

aku sanggup gi batu rakit cari hok sedap
Quote FanTasyCreaTioN 9-9-2014 02:03 PM
aritu bank tempat adik kerja wat ramah tamah Aidilfitri
boss adik bagi la kopok lekor untuk adik bawak balik umah ..
adik kata boss tempah dari sjung .. Ganu
perghhhh!~ sodap nyer

tak macam yang selalu beli




uwaaaaaaaaaaaaa semenjak tu .. tak pandang lagi dah kopok lekor dalam peket tu .. keras kejung bila d goreng



Quote aechae 9-9-2014 02:04 PM
noell posted on 9-9-2014 01:58 PM
overrated aku balik losong pun tak berahi beli hak situ...tak sedap dah

aku sanggup gi batu rakit ...

dlu msa duk losong asal blk kg je org kirim kepok losong....pdahal kite wat mari kl bkn hok beli  kt losong pn...sedap jugak, org puji je....

Quote rospinki 9-9-2014 02:05 PM
zamang lima nang taung lepas aku oder kawey kelik ganu..kualiti tara tu jah..rege mahal.sepeket baper ketui ja..pah isi ikang skit tepung je lebih..bila digoreng kecut belako.

makang je kopok leko buatang selangor

Quote cmf_rambutan 9-9-2014 02:07 PM
aku kerap jugak outstation terengganu... antara sbbnya kitorang2 dah kurang beli losong adalah....

rise of the keropok seberang takir......... sampai jah opis sana.. staff kat sana dok promote seberang takir punya.. mana2 pon seberang takir.. siap nak tolong beli lagik... pastu balik kl... org kl plak dok citer seberang takir punya lagik... kalau nak gi lagik.. org tak kirim losong cam dulu.. skit2 seberang takir.. itulah dia
Quote clarizsa 9-9-2014 02:09 PM
guano ke guane??

i x suka la kepok lekor rasa cam tepung byk je...
kt psr mlm byk tp x best pun..
Quote honeybee1802 9-9-2014 02:09 PM
Aku ghaser nok gi carik kopok di bangi lama jahh...ok jgk aku rs...ada idak lgk kedai ni
Quote siputsedut 9-9-2014 02:09 PM
sekarang yang glemer keropok bukit tok beng...tp aku tak minat sangat losong or kepok tok beng ni..lg suka keropok lekor kelulut kat kemaman..shedappppp oiiii... Last edited by siputsedut on 9-9-2014 02:11 PM

Quote Artemesiaa 9-9-2014 02:09 PM
Pengguna dah makin pandai menilai kalau tak jaga quality memang ramai yang akan beralih arah
Quote namirulmukminin 9-9-2014 02:10 PM
Muslemainee mendakwa, lambakan gerai keropok di daerah atau kawasan lain yang turut menggunakan nama keropok losong antara punca pendapatan pengusaha keropok lekor di kampung terbabit terjejas.

Bukang sebab tu.... set2 mu tu bodo... Mentang2 laku gok, koho lama koho maha mu jual... saiz kepok pulok koho kecik.... pe dia gok nok beli lagi kalu gitu... mari beli skali, kena cekik daroh gitu, dok mari doh la... macang kat dia je kepok sedak.... seberang takir pong sedak gop kepok... ke guane @dino ??
Quote noell 9-9-2014 02:12 PM
aechae posted on 9-9-2014 02:04 PM
dlu msa duk losong asal blk kg je org kirim kepok losong....pdahal kite wat mari kl bkn hok beli   ...

aku kalo org kirim aku beri hak kepok keping jer...hok kepok lekor aku balun satu family saje...boh dlm peti ais kalo bekulat kita rebus balik
Quote ejans 9-9-2014 02:13 PM
aku gi bukit rakit bukit tok beng tuh.
kul 8 pg gi dah penuh org dengan bas 2 3 bijikk
memang sedap kopok lekor diee
skang dah canggih. ada sistem no ikut turn dengan bungkus pki plastic vacuum
so, susah lah nak becendawan kalo simpan lama2 dlm peti ais Last edited by ejans on 9-9-2014 02:52 PM

Quote noell 9-9-2014 02:14 PM
namirulmukminin posted on 9-9-2014 02:10 PM
Bukang sebab tu.... set2 mu tu bodo... Mentang2 laku gok, koho lama koho maha mu jual... saiz kepo ...

aku nak salahkan @dino ok dok??pasal dino la kepok losong layu
Quote noell 9-9-2014 02:15 PM
ejans posted on 9-9-2014 02:13 PM
aku gi bukit rakit bukit gong tuh.
kul 8 pg gi dah penuh org dengan bas 2 3 bijikk
memang sedap ko ...

hok neh la adik ipo aku kabor mcm tunggu gilran dlm bank
Quote Suchi 9-9-2014 02:15 PM
maybe sbb org doh tau buat seniri je kepok lekor
mmg tak susah pun yg leceh nk perisikan ikan segar tu
pehtu ssh nk cari tepung sagu
tp guna tepung ubi pun blh.

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.274629 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top