CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Cinta Goreng Pisang Terlarang

10-9-2014 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7976| Komen: 35

Description: Kadi Daerah Muar, Dzulkifli Mohamed Berkata, Pasangan Yang Berusia 48 Tahun Dan 37 Tahun Itu Masing-Masing Berstatus Suami Dan Isteri Orang Ditahan Empat Anggota Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Muar ...
Tragedi Cinta Goreng Pisang Terlarang

Gambar hiasan


MUAR – Seorang kakitangan kerajaan sebuah jabatan di daerah ini bersama teman wanitanya yang merupakan peniaga gerai makanan ditangkap khalwat dalam sebuah kereta di Jalan Meriam di sini, kelmarin.

Kadi Daerah Muar, Dzulkifli Mohamed berkata, pasangan yang berusia 48 tahun dan 37 tahun itu masing-masing berstatus suami dan isteri orang ditahan empat anggota Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Muar kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, tangkapan ke atas mereka hasil daripada maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan sejak tiga hari lalu.

“Kita mengetuk cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menunggu kira-kira lima minit sebelum pintu dibuka dan mendapati pasangan berkenaan lengkap berpakaian serta sedang duduk dalam kereta itu.

“Kita tahan pasangan ini kerana duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan serta gagal menunjukkan sebarang dokumen mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit dan wanita yang mempunyai lima anak itu dibawa ke Balai Polis Muar untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Muar untuk siasatan lanjut dan dijamin rakan masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b atau Seksyen 29(1) (b)  Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan terlarang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing dan melakukan perbuatan terkutuk di dalam kereta wanita itu jenis MPV.

Katanya, wanita yang menetap di Kampung Kelantan itu sering menggunakan alasan keluar ke pasaraya berhampiran untuk membeli barangan keperluan gerai pisang goreng yang diusahakan bersama suami untuk bertemu kekasihnya di Jalan Meriam, di sini.

“Bagaimanapun, perbuatan terkutuk wanita itu terbongkar apabila ditahan sepasukan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar,” katanya.

9

Bagus
4

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 10-9-2014 02:23 PM
nasib lah...elohim telah membongkar kegiatan keji ittew..
Quote kentel 10-9-2014 02:23 PM
nasib lah...elohim telah membongkar kegiatan keji ittew..
Quote mak_wa95 10-9-2014 02:35 PM
dekat 40 dah umur,gedik lagi..

ada ke gambor macik anak 5 penjual pisang goreng itu..
Quote GhostWalking 10-9-2014 02:37 PM
mak_wa95 posted on 10-9-2014 06:35 AM
dekat 40 dah umur,gedik lagi..

ada ke gambor macik anak 5 penjual pisang goreng itu..

Takde mak_wa kalau ada mau ngamuk lakinya
Quote encikWawad 10-9-2014 02:37 PM
omai siang jual goreng pisang - malam makan pisang - pingsan
Quote md.jie 10-9-2014 02:40 PM
pisang mas pisang berangan...
Quote mattzzx 10-9-2014 02:41 PM
Peniaga perempuan tu suka semua jenis pisang..... Last edited by mattzzx on 10-9-2014 02:48 PM

Quote mak_wa95 10-9-2014 02:41 PM
GhostWalking posted on 10-9-2014 02:37 PM
Takde mak_wa kalau ada mau ngamuk lakinya

kan apa....nak tengok body mokcik anak 5 ni..
kalah anak dara ke atau saiz xxxl
Quote ice_sky92 10-9-2014 02:44 PM
TT, penggunaan goreng pisang tu salah. Yang sebetulnya pisang goreng..

Contoh lain,

salah                                                                                        Betul
Cili sos                                                                                   Sos cili
Mini perpustakaan                                                                   Perpustakaan mini
Quote kentel 10-9-2014 02:47 PM
ice_sky92 posted on 10-9-2014 02:44 PM
TT, penggunaan goreng pisang tu salah. Yang sebetulnya pisang goreng..

Contoh lain,

goreng pisang tu kan perbuatan... Menggoreng Pisang
Quote sarahmirza 10-9-2014 03:01 PM
Ingatkan budak-budak muda remaja sahaja yang beromen dalam kereta.
Quote GhostWalking 10-9-2014 03:02 PM
ice_sky92 posted on 10-9-2014 06:44 AM
TT, penggunaan goreng pisang tu salah. Yang sebetulnya pisang goreng..

Contoh lain,

Baik sekai
Quote batmana 10-9-2014 03:02 PM
bodo laki tu, bini org lak dicari
ramai lagi janda2, pmpn2 kt luar sana
Quote fatehana 10-9-2014 03:05 PM
pompuan tu dok kg kelantan? dekatnya dgn rumah ayah kita
kat mana gerainya tu
kat area situ jugak ke
dan camner dia kenal dgn jantan tu
anak dah 5 pun masih x puas lg ke
nak gak yg x halal
Quote Dark_Vampire 10-9-2014 03:07 PM
pisang lain yg dicarinyerrrrr...
Quote gaara_X 10-9-2014 03:08 PM
adoi....memasing ada status lagi tue...memalukan...cam ne nak mendidik anak bangsa untuk berjaya nie...
Quote alekxander 10-9-2014 03:10 PM
ice_sky92 posted on 10-9-2014 02:44 PM
TT, penggunaan goreng pisang tu salah. Yang sebetulnya pisang goreng..

Contoh lain,

polis bahasa

Quote alekxander 10-9-2014 03:12 PM
sarahmirza posted on 10-9-2014 03:01 PM
Ingatkan budak-budak muda remaja sahaja yang beromen dalam kereta.

bkn toilet ke?
bdk remaja mana ade duit beli kete

Quote PICes_Boy 10-9-2014 03:13 PM
amik masa 5 minit nak bukak pintu..buat apa tu? pakai seluar kah

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.075100 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top