CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kesuburan Lelaki Boleh Dilihat Pada Jari-Jari Tangan - Saintis

12-9-2014 04:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16682| Komen: 98

Description: Dalam Kajian Tersebut Penyelidik Juga Mendapati Bahawa Umur Dan Tinggi Tidak Memberi Banyak Kesan Ke Atas Saiz Testikel, Manakala Berat Seseorang Mempunyai Kaitan Yang Ketara Apa Lagi Rahsia Pada Jari ...

Kesuburan Lelaki Boleh Dilihat Pada Jari-Jari Tangan - Saintis




Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza. 

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak ‘rahsia’ tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.
Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar).

Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.

Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di  Incheon dan  Seoul National University Hospital, Korea Selatan.

Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada  tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar.


Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.

Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar atau nisbah jari kedua dan keempat mempunyai kaitan dengan sistem reproduktif.

Ini berasaskan pada penemuan bahawa gen Hox, yang membantu membentuk bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat sulit ketika peringkat embrio.

Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.

Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan  aspek urologi.
Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang  jari kedua dan keempat setiap peserta.

Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.

Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut  berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya.

Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara Apa lagi rahsia pada jari anda.

Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis  lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pada individu berlainan jantina.

Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis  kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.

Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk  kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita.

Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital.
Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 12-9-2014 08:39 AM
haha boleh caya ke?
Quote puterikhaleeda 12-9-2014 08:45 AM
Vellfire posted on 12-9-2014 08:39 AM
haha boleh caya ke?

dia org ada gak wat kajian pasal jari mans org homoseksual nih.... intereting.. kekeke
Quote nalis 12-9-2014 09:07 AM
Sila post gambar tangan masing2 kt sini:lol
Quote shamsadis 12-9-2014 09:15 AM
alhamdulillah
Quote Crystars 12-9-2014 09:17 AM
nalis posted on 12-9-2014 09:07 AM
Sila post gambar tangan masing2 kt sini:lol

Nalis dah post jari2 ke? jari mna yg pjg??:lil:
Quote R2D2 12-9-2014 09:28 AM
pakai sarung tangan
Quote dubuk 12-9-2014 09:35 AM
ini semua tahyul
Quote damian_lee 12-9-2014 09:39 AM
masing2 pakai glove tebal2 tkut kantoi ... kah3
Quote cheezzy 12-9-2014 09:40 AM
uiks. selagi takde dlm quran, payah la nak percaya.
masing2 pakat tgk jari sendiri. lol
Quote axl_bach 12-9-2014 09:42 AM
Yolaa tuuuuuu
Quote shernazz 12-9-2014 09:43 AM
Sat gi ada la yang dok mwmerhati jari teman opis
Quote batmana 12-9-2014 09:44 AM
abis kalu pnjang jari perempuan, menunjukkan apa plak?
Quote missyqaldina 12-9-2014 09:51 AM
dulu org ckp nak tgk kebesaran tote laki tgk bsr ibu jari kaki die...hahaa..
Quote nalis 12-9-2014 09:53 AM
Crystars posted on 12-9-2014 09:17 AM
Nalis dah post jari2 ke? jari mna yg pjg??:lil:

Manis panjang.. Lol.
Quote nalis 12-9-2014 09:55 AM
batmana posted on 12-9-2014 09:44 AM
abis kalu pnjang jari perempuan, menunjukkan apa plak?

Ada tulis tu, pompuan klu telunjuk pnjg lebih cantik rupanya... More symmetry gitu
Quote telingamenanah 12-9-2014 10:05 AM
Org melayu (tua) kita da lama buat kajian tp x exposed sgt... Belum tgk ibu jari kaki lg tu... Hahaha
Quote penyo 12-9-2014 10:13 AM
testikel besar watpe?
Quote intriQue 12-9-2014 10:19 AM
mengikut kajian ini, saya mempunyai semetri wajah yang kurang sempurna (tak sama kedua-dua belah) dan kurang menawan.

sadisnya
Quote edee_91 12-9-2014 10:27 AM
Patut ke aku berbangga?

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.079517 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top