CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ac Mizal Tumpang Populariti Luna Maya?

19-9-2014 09:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15967| Komen: 27

Description: Ac Atau Nama Sebenarnya Mizal Zaini, 42, Berkata, Sejak Awal Lagi Dia Bercita-Cita Untuk Menembusi Pasaran Indonesia Dengan Berduet Bersama Penyanyi Negara Itu Dan Membayangkan Luna Sebagai Artis Pi ...
Ac Mizal Tumpang Populariti Luna Maya Untuk Tembus Pasaran Seberang

AC Mizal (kiri) dan Luna Maya


PETALING JAYA: Penyanyi Datuk AC Mizal mengakui terpaksa menggunakan populariti aktres Indonesia, Luna Maya sebagai pasangan duet menerusi single lagu terbaharunya iaitu Paranoid kerana ingin menarik perhatian masyarakat seberang.

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, sejak awal lagi dia bercita-cita untuk  menembusi pasaran Indonesia dengan berduet bersama penyanyi  negara itu dan membayangkan Luna sebagai artis pilihan.

"Tipu jika saya kata saya tidak menggunakan populariti Luna kerana mahu lagu ini tembus ke pasaran Indonesia.

"Dan apabila bekerjasama dengannya menerusi Maharaja Lawak Mega, saya  sebagai pengacaranya ketika itu melihat dia mempunyai karakter yang tersendiri ketika menjadi juri.

“Kemudian, apabila saya memberi dia dengar lagu tersebut, dia terus berminat untuk bekerjasama kerana ia berkonsep muzik dance," katanya mepada mStar Online.

AC ditemui pada majlis pelancaran single lagu Paranoid di G Tower, di sini pada Rabu.

Paranoid
merupakan sebuah luahan kiasan tentang dilema yang sedang dihadapi manusia di dunia. Ia ciptaan Jeff (A To Z).

Ia tentang kerakusan manusia, keganasan yang tidak berkesudahan, perbezaan ideologi yang membawa kepada persengketaan, seterusnya mengakibatkan sikap paranoid timbul di dalam diri seseorang.

Lagu itu ciptaan Jeff (A To Z).

Pada majlis itu, AC turut mengumumkan dia kini bernaung di bawah syarikat rakaman  Sony Music dengan menandatangani kontrak untuk 12 keluaran single lagu.

Sementara itu, AC berkata, selepas pelbagai single lagu berduet dengan beberapa penyanyi, dia sudah berani tampil secara solo.

"Dulu saya tak berani nak tampil solo, kerana berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang ahli perniagaan, saya belum berkemampuan untuk berdiri sendiri apatah lagi dengan industri seni kita yang perlahan.

"Tetapi saya mula yakin untuk tampil secara solo selepas kejayaan lagu-lagu single sebelum ini seperti Al Haq yang menampilkan Mawi dan Apa Kono Eh Jang (bersama Fida Ibrahim).

" Selepas Paranoid, saya mahu tampil solo dan tunjukkan yang saya bukan sekadar boleh rap, tetapi mampu juga untuk menyanyi sambil menari," ujarnya.



9

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
10

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freakyskinny 18-9-2014 12:43 AM
x mampo noq tgk die....
Quote malaywood.NET 18-9-2014 01:11 AM
artikel dari luna maya takda ke?
luna maya pun skrg tengah next projek sinetron bawang merah bawang putih kan.. rezeki luna maya balik dulu kena ban sekejap di sana.
Quote ahmad_dhani91 18-9-2014 01:45 AM
choyyyyyyyyyyy dah tua2 nak kerepot gigih nak menyanyi merongjeng bagai. business x jalan kaaaa gigih terpekik terlolong sana sini nak bayar bentley dengan lv atas sampai bawah
Quote doubleA 18-9-2014 01:50 AM
Kira comeback la ek.
Selamat maju jaya atok. Apis af dgn nuar jeng pun ntah berjaya tembus ke tak pasaran seberang nuu.

Suka ac time jadi inspektor mazlan dgn insp. Aleza bakyah dulu2
Quote CrowneGlory 18-9-2014 01:54 AM
Semoga indon2 x kena kencing beli gelang magnet dia...
Quote toxicated 18-9-2014 03:39 AM
iols suka lagu luna maya yang ni
tp i doubt dia boleh nyanyi live.
98% show dia memang lip sync sahaja.

[youtube]1EaTZL8Cx-8[/youtube]


Quote myrustyme 18-9-2014 05:29 AM
lepas ni kene panggil wak AC la..
Quote RatuDunia94 18-9-2014 10:21 AM
Luna Maya Ala JLO, Dato' AC Mizal Ibarat Pitbull Dalam Paranoid!



KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2014: Rasanya sudah ramai yang tidak sabar menanti kehadiran single terbaru daripada pengacara yang tengah laku macam goreng pisang panas iaitu Dato' AC Mizal.

Lebih-lebih lagi apabila dia kini berada di bawah naungan Sony Music Malaysia dan dalam waktu yang sama pula kemunculan single terbarunya bersama syarikat rakaman gergasi itu turut menggandingkan seorang jelitawan dari Indonesia iaitu Luna Maya.

Dalam pertemuan bersama pihak Sony Music Malaysia yang diaturkan oleh JoePRC International baru-baru ini, wakil Portal Murai telah diberi kesempatan untuk menyaksikan muzik video single terbaru AC Mizal yang berjudul Paranoid itu.

Wow! Terkedu rasanya menyaksikan aksi, gaya dan penampilan AC Mizal dalam muzik video tersebut. Ac Mizal kelihatan seperti Pittbull dan Luna Maya persis Jennifer Lopez (JLO). Pun begitu, pergerakannya tidaklah selincah JLO.

Apa yang lebih menarik, muzik video tersebut telah dihasilkan di Jakarta dan kualiti pembikinannya ternyata langsung tidak mengecewakan.

Begitu juga dengan lagu Paranoid itu sendiri. Komposisi muziknya sangat bagus, sangat berkualiti dan sangat menepati citarasa muzik masa kini. Lebih-lebih lagi bila ia menampilkan genre dance music yang sesuai untuk diputarkan di kelab-kelab hiburan.

Sekurang-kurangnya, lagu-lagu club hits tempatan masih wujud biarpun Mizz Nina sudah pun berhijrah dan menjadi seorang muslimah.

So, apa pendapat u tentang music video Dato' AC Mizal ini," soal pihak Sony kepada penulis.

"Well...what to say. MTV ini sangat vazz dan lagunya pun sangat meletop," kata penulis.

Apapun, itu adalah pendapat daripada murai.com.my, yang penting anda harus nilaikan sendiri. Untuk menilainya anda harus tunggu MTV ini dilancaran di Youtube Vevo pada Jumaat ini.

Pelancaran single baru dan MTV, Paranoid Dato' Ac Mizal dengan Luna Maya ini telah diadakan di G Tower, semalam.

Disamping itu Luna Maya juga merancang untuk mengarahkan filem barunya iaitu sebuah filem romantik-komedi. Beritahu Luna Maya, untuk filemnya itu nanti dia mahu menawarkan tawaran berlakon kepada sekurang-kurang dua pelakon dari Malaysia.

“Saya berhasrat mahu mengambil pelakon Malaysia untuk filem terbaru arahan saya nanti. Tapi setakat ini saya masih belum memutuskan siapa yang saya mahu. Saya juga sedang bertanyakan siapa pelakon Malaysia yang sedang popular sekarang dan mendapatkan cadangan daripada teman-teman di sini,” tambahnya lagi.




[youtube]ToV-QC7_r64[/youtube]


   



http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/612500/luna-maya-ala-jlo-dato-ac-mizal-ibarat-pitbull-dalam-paranoid


Last edited by RatuDunia94 on 18-9-2014 10:24 AM

Quote RatuDunia94 18-9-2014 10:25 AM
knp iols rase Luna Maya bakal jd pengacara Anugerah Lawak Warna 2014 je!
Quote tomet05 18-9-2014 11:39 AM
wikiki .. ok lah tuh kan
Quote toxicated 18-9-2014 02:23 PM
Kenapa sendu sangat thread luna kesayangan iols.
adakah sebab @maxim dah jarang2 masuk maka sendulah ia..
Quote myakayina 18-9-2014 02:25 PM
sendunya thread ni...
Quote amirgo 19-9-2014 01:14 PM
Ac nak kembangkan perniagaan gelang magnet ke indonesia ?
Quote cantleyi 19-9-2014 02:18 PM
klakar bideo tu
Quote koliba 19-9-2014 05:58 PM
tinted tak jeles ker ?
Quote devilito2 19-9-2014 07:17 PM
AC nie ok jadi pengacara.... nyanyi xtau la ok ke x?
Quote mitnick 19-9-2014 09:05 PM
gigih tok ac nak nyanyi sambil menari.... semoga tercapai 1m views di youtube nanti...
Quote AYAKAISHI_AYASY 21-9-2014 02:28 PM
Dia nie yang ada video lucah dulu eh?
Quote melinda_kerr 21-9-2014 02:31 PM
Ac ni kaya betul yer.. Tgk ig wife dia nmpk life diaorg ni sgt mewah

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069772 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top