CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Mayat 'Diusir' Dari Kubur Selepas Cukup Tempoh

19-9-2014 02:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6466| Komen: 21

Description: Kubur-Kubur Itu Dipecahkan Oleh Pekerja Tanah Perkuburan Dengan Menggunakan Penukul Sebelum Mayat-Mayat Itu Yang Telah Reput Dan Sebilangan Menjadi Seperti Mumia Dibawa Keluar Dan Dimasukkan Ke Dalam ...
Mayat 'Diusir' Dari Kubur Selepas Cukup Tempoh


SEORANG pekerja tanah perkuburan membawa mayat seorang wanita semasa proses pemindahan mayat.

BANDAR RAYA GUATEMALA - Sebilangan mayat dari sebuah tanah perkuburan swasta di Bandaraya Guatemala di sini telah dikeluarkan dari kubur masing-masing selepas tempoh pajakan yang ditetapkan ke atas tapak persemadian mayat-mayat itu tamat tempoh, lapor portal MailOnline semalam.

Kubur-kubur itu dipecahkan oleh pekerja tanah perkuburan dengan menggunakan penukul sebelum mayat-mayat itu yang telah reput dan sebilangan menjadi seperti mumia dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam plastik serta dilabelkan.

Kebanyakan mayat-mayat yang 'diusir' itu terdiri daripada keluarga miskin yang tidak mampu menyediakan kubur untuk ahli keluarga mereka dan terpaksa menyewa tapak perkuburan buat sementara waktu.

Apabila tempoh pajakan tamat dan waris gagal membuat bayaran pajakan semula, mayat-mayat itu akan dibawa keluar untuk digantikan dengan mayat baharu.

"Suasana di perkuburan itu sangat menakutkan, namun ia tetap kelihatan menarik apabila melihat ada keluarga kepada si mati datang menuntut anggota keluarga mereka," kata Jorge Dan Lopez yang telah merakamkan gambar aktiviti menggali kubur-kubur itu.

Mayat-mayat yang tidak dituntut pula akan dikebumikan di tanah perkuburan lain secara beramai-ramai. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AMDTurion 17-9-2014 06:42 PM
tidak bertimbang rasa betullah....
Quote cowey 17-9-2014 06:47 PM
pergh..

gile la, sampai cam tu sekali..

btw mayat diorg awet ke??

rase nye kalo jenazah muslim mereput terus kn..

ke jadi cam kat atas tu jugak??
Quote dubuk 17-9-2014 08:22 PM
oh no

thats scary
Quote nayl.isabell 17-9-2014 08:32 PM
Oh my!x sepatutnya mayat2 tersebut diperlakukan sebegitu rupa.
Quote gnote_2 18-9-2014 12:18 AM
cowey posted on 17-9-2014 10:47 AM
pergh..

gile la, sampai cam tu sekali..

tu tak tanam dalam tanah.. ruang kosong pahtu simen je..
Quote raxief 18-9-2014 10:44 AM
ngeri siakk, teringat cite drag me to hell ke ape ntah
Quote lylea 18-9-2014 11:15 AM
siannn..tp apa blh buat kapir.. x de kisah semua tu
Quote mattzzx 18-9-2014 12:10 PM
Kalau waris mayat tu tidak berkeupayaan, kat mana nanti dia nak disemadikan balik?
Quote supernaturalee 18-9-2014 12:17 PM
mattzzx posted on 18-9-2014 12:10 PM
Kalau waris mayat tu tidak berkeupayaan, kat mana nanti dia nak disemadikan balik?
Mayat-mayat yang tidak dituntut pula akan dikebumikan di tanah perkuburan lain secara beramai-ramai
tmpt xdinyatakan

Quote mattzzx 18-9-2014 02:50 PM
supernaturalee posted on 18-9-2014 12:17 PM
tmpt xdinyatakan

Itu yang menakutkan.....kot kot tanam di kawasan mana mana tah....

Quote telracs 18-9-2014 04:02 PM
kesian.... dan scary...
Quote Artemesiaa 18-9-2014 04:39 PM
Ngeri lak tengok dia selamber je angkut cam tu tak cover2
Quote supernaturalee 18-9-2014 04:46 PM
mattzzx posted on 18-9-2014 02:50 PM
Itu yang menakutkan.....kot kot tanam di kawasan mana mana tah....

igt tak 1 thread psl apa yg tertanam kt belakang rumah
haha...tp xkan simply2 nk tnm kt belkang rmh sape2 je kan
but who knows...dh elok2 tanam blh pi korek balik sbb tamat tempoh???


Quote mattzzx 18-9-2014 05:10 PM
supernaturalee posted on 18-9-2014 04:46 PM
igt tak 1 thread psl apa yg tertanam kt belakang rumah
haha...tp xkan simply2 nk tnm kt belkang r ...

Itu lah yang takutnyaa.....
Bangun pagi tiba tiba ternampak tanah yang baru di timbus di belakang umah kitaa...haru nanti...

Quote red_mist 18-9-2014 09:47 PM
tak berbau ke?
Quote aTiKah_aYuNi 19-9-2014 09:30 AM
kejam nyer....
sbb duit, hilang nilai kemanusiaan
Quote lkick2113 19-9-2014 10:22 AM
kat filipina pon sama gak....waris kena bayar duit pajakan dan maintenance, kalau tak mayat kena gali then pulang balik kat waris...
Quote mrsT 19-9-2014 02:38 PM
OMG...sampai mcm tu sekali
Quote kejoraria 19-9-2014 04:05 PM
kat sana takde tanah rezab tuk buat tanah perkuburan kot.....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.219423 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top