Fitri Af2 Sudah Nak Kahwin Dengan Nurul KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2014: Pereka fesyen yang juga Bintang Akademi Fantasia 2, Fitri Zainal, 35, mengaku sudah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya yang dikenali sebagai Nurul, 28 tahun depan.
Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Fitri Zainal berkata dia sama sekali tidak menyangka pertemuan di Kuantan, Pahang lebih setahun lalu telah membawa bibit-bibit percintaan sehingga termetrai tali pertunangan pada Syawal ke-5 yang lalu. “Kami telah bertunang pada hari raya ke-5 yang lalu dan InsyaAllah kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Tak pasti lagi bila, sama ada sebelum atau selepas hari raya. Tapi saya akan maklumkan kelak.
“Pada awalnya, keluarga saya hanya datang bertemu keluarganya di Kuantan untuk merisik, tetapi selepas berbincang dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak, kami mengambil keputusan untuk terus bertunang. “Bagi saya biarlah majlis perkahwinan saya itu nanti ringkas tetapi apa yang penting agar ianya akan diingati oleh kami berdua sampai bila-bila,” katanya yang kini menguruskan label fesyen Just FZK bersama-sama tunangannya itu. Berkongsi bagaimana dia dipertemukan dengan tunangannya itu, kata Fitri Zainal, dia cukup bertuah kerana Nurul juga merupakan graduan dalam jurusan fesyen di UiTM. Walaupun jurang usia antara mereka berdua agak berbeza, namun jelasnya, mereka telah ditakdirkan bertemu di Kuantan ketika mereka sama-sama berkhidmat di sebuah syarikat fesyen di bandar berkenaan. “Ketika itu kami sama-sama bekerja sebagai pereka fesyen jemputan di sebuah syarikat di Kuantan. Pada awalnya kami hanya berkawan, tapi lama- kelamaan hubungan kami menjadi akrab dan timbul perasaan cinta. “Buat masa sekarang, kami sama-sama menguruskan jenama fesyen Just FZK walaupun kadang-kadang dia (Nurul) terpaksa pulang ke Kuantan dan saya pula perlu di sini. “Bagi saya, Nurul seorang yang sangat penyanyang dan setiap kali bersama dengannya adalah detik cukup istimewa buat saya. Memang cukup sukar untuk saya ungkapkan perasaan ini dan betapa bertuahnya saya memilikinya,” katanya. Jelas Fitri Zainal, selain berkongsi banyak persamaan dan hobi, pasangan berbintang Virgo itu juga yakin, minat yang mendalam dalam dunia fesyen memberi kelebihan untuk mereka berkembang maju sebagai pasangan duo. |
kakasotong posted on 17-9-2014 10:41 PM
Ingatkan dgn nurul af2 tu. Tp dia dah kawin lain kan.
Tajuk kemain gempak
putehkundor posted on 17-9-2014 10:54 PM
Sapa top, sapa bottom?
sepitsiput posted on 17-9-2014 10:52 PM
meols suka persembahan terakhir Nughul kat AF2...cheeky, and the rest pun enjoy
sepitsiput posted on 17-9-2014 10:52 PM
meols suka persembahan terakhir Nughul kat AF2...cheeky, and the rest pun enjoy
kakasotong posted on 17-9-2014 11:13 PM
Af2 ni semua best2 kaka sepit. Zaman kegemilangan sesangat masa af2 ni. Meols pn suka. Xda yg xbes ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.161953 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.