CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Album Tak Laku, Riz Zaizizi(Deris Af) Nyaris Cari Kerja Lain

19-9-2014 03:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15205| Komen: 83

Description: Riz Atau Nama Sebenar Mohd Idris Mohd Zaizizi, 28, Berkata, Ketika Itu Dia Semakin Kurang Mendapat Tawaran Nyanyian Dan Membuatkan Dia Mula Membuat Resume Untuk Mencari Kerja Lain.
Album Tak Laku, Riz Zaizizi Nyaris Cari Kerja Lain





Riz pernah kurang mendapat tawaran nyanyian sehingga dia hampir mencari kerja lain.



PETALING JAYA: Penyanyi Riz Zaizizi nyaris berputus asa apabila kerjaya nyanyiannya semakin merudum pada dua tahun lalu.

Riz atau nama sebenar Mohd Idris Mohd Zaizizi, 28, berkata, ketika itu dia semakin kurang mendapat tawaran nyanyian dan membuatkan dia mula membuat resume untuk mencari kerja lain.

"Saya hampir-hampir putus asa dan bertanya kepada diri, kenapa jadi macam ini? Ia tidak seperti yang dirancang dan album saya pun sia-sia saja kerana ia tak laku walaupun mengeluarkan bajet besar sebanyak RM100,000.

"Nak buat macam mana kerana industri seni muzik kita bukannya stabil selalu.

"Perkara itu membuatkan saya nyaris cari kerja lain, siap buat resume lagi. Tetapi entah kenapa saya tak jadi nak hantar resume itu kemana-mana tempat," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun Riz yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6) berkata, sokongan keluarga dan peminat membuatkan dia membatalkan niat untuk mencari kerja lain.




































Riz kini di bawah naungan syarikat Kelarai Sakti.



Katanya, sementara ingin memulihkan kerjaya seninya, Riz mengambil inisiatif dengan membuka perniagaan jubah di Facebook iaitu My Wardrobe by Riz Zaizizi.

Tidak lama kemudian, Riz terbaca status komposer LY bersama isterinya, penulis lirik Baiduri di Facebook ingin mencari penyanyi untuk bernaung di bawah syarikat mereka iaitu Kelarai Sakti dan Riz terus menghantar demo lagu kepada pasangan itu.

"Saya telah menjalani uji bakat dengan mereka dan tanpa membuang masa LY meminta saya menyanyikan sebuah lagu khas  terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berjudul Singkapkan Doa Kami.

Alhamdulillah, kemudian saya  merakamkan single lagu baru pula iaitu Sempurnakan Aku Dan Dia  yang bakal disiarkan di radio tidak lama lagi," ujarnya.

Sementara itu, Riz mengharapkan agar kerjayanya lebih cerah selepas menyertai Kelarai Sakti dan perkembangan itu dapat dilihat berdasarkan undangan persembahan dan projek-projek nyanyian yang dilakukan.

Saya pun tidak mahu meletakkan sebarang harapan. Cuma dengan ada pengurusan sendiri, diharap kerjaya seni saya makin terurus dan berkembang, Insya-Allah," tuturnya.






2

Bagus
4

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 19-9-2014 07:51 AM
Sendu heshe skrg ni....
Dulu pun sendu gak kannn.....sendu forever and always konsepnya gituhhhhh.
Quote fiezameysekali 19-9-2014 07:55 AM
carik jela kije lain yg menjamin mase depan
gigih sungguh nk jd retisss......

udah2 la merase pemes lam af tu

pemeskah???
Quote epalgebuu 19-9-2014 07:57 AM
da mmg suara ko xsedap xlaku la... nk bajet divaa gak kehh
Quote hanuma 19-9-2014 07:59 AM
hrmmm... cari je la keje lain
Quote soraya 19-9-2014 08:10 AM
haiissshhh takkan ler nak bergantung 100% nyanyi....kehkehkeh....buatla keje sampingan jual burger ke....mesti ada back up bro....kehkehkeh
Quote seb_baik 19-9-2014 08:18 AM
byknya huruf Z dlm nama dia.

teruskan la cari keje lain. menyanyi anggap hobi je la. yg bagus pun blh tentu blh survive ini kan pulak mee segera yg x brp nk masak
Quote ais_kosong 19-9-2014 08:20 AM
cari jer la kijo len dek non
Quote uda 19-9-2014 08:28 AM
Dia ni yang menyanyi dulu ikut gaya anuar Zain
Quote mixed 19-9-2014 08:40 AM
dia ni ke dulo nyanyi duet lagu Ku pinjam satu bintang dgn Aliyah pastu gaduh
and dia nyanyi solo lagu tuh

masa tu heol baru je kuar AF6

poyo je mamat


[youtube]/jY0C-rj2LSU[/youtube] Last edited by mixed on 19-9-2014 08:42 AM

Quote silampumeja 19-9-2014 08:43 AM
tengok dia ni teringat cinta lama... dia ni org grik...jiran kekasih hatiku time tu...mase tu bcinta dgn org grik... hahahaaa...... ntah hape2...kekasih aku time tu cakap parents si riz ni punya bangga anak masuk gangstarrz n AF macam dah buat 10 album ...huhuuu.... ade je suara dia ni tapi xde luck maybe..... tp lagu untk MH370 tu agak menyentuh...mungkin sbb penangan LY...bukan sbb hasilan suara dia ni sgt
Quote mixed 19-9-2014 08:47 AM
gigih bt solo lagu tu tp sendu

versi solo heols

[youtube]/qVscSmJm34U[/youtube]


Quote kaklehot 19-9-2014 09:24 AM
dulu propa sgt..tu album x laku..kontrobasi je byk..
Quote tomet05 19-9-2014 09:30 AM
nape nak gaduh dengan alyah lak kan
Quote katakau 19-9-2014 09:37 AM
dia da kurus banyak da rasanya..dulu nampak kat af macam berisi sket..semoga berjaya lar yer..
Quote DayangKirana 19-9-2014 09:50 AM
oo..takpe..orang pun tak kenal ko dik.. sape yang tengok AF je la yang kenal.. camane album nak laku..
Quote putehkundor 19-9-2014 09:54 AM
mixed posted on 19-9-2014 08:40 AM
dia ni ke dulo nyanyi duet lagu Ku pinjam satu bintang dgn Aliyah pastu gaduh
and dia nyanyi solo  ...

1 word yg mak teh boleh describe tentang laki yg gaduh ngan pompuan ni- ponen
Quote alaa 19-9-2014 09:56 AM
aku panggil dia deghis. dulu keje sama kat MAS hehehe. nampak selenge2 je dulu tak sangka ade cita2 jadik penyanyi rupenye mamat ni. tapi belum rejeki dia nak glemer2 sgt pun
Quote VuJiE 19-9-2014 09:59 AM
nak buat acane riz, suara tak berapa nak sedap cam anuar zain hehee
Quote zafira 19-9-2014 10:04 AM
aku langsung tak kenal mamat ni... bertabahlah dik...

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.059016 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top