Kate Middleton Hamil Anak Kedua Menerusi perutusan rasmi daripada kerajaan, pasangan diraja ini diberitahu bakal menyambut kelahiran kedua tidak lama lagi. Menurut sumber diraja, Middleton, kini sedang hamil dan kandungannya belum mencapai usia 12 minggu. Kate Middleton sekeluarga.
Bukan sahaja di kalangan masyarakat, malah berita gembira ini turut menarik minat Perdana Menteri Britain, David Cameron.
Malah, menerusi akaun laman sosial, Twitter, miliknya, pemimpin kerajaan itu turut memberi ucapan kepada pasangan diraja berkenaan. Pun begitu, pasangan ini belum bersedia untuk memberikan informasi lanjut mengenai kehamilan di trimester pertama itu. Sebelum ini, Middleton baharu sahaja melahirkan anak pertamanya, Prince George pada 22 Julai tahun lalu. Alahan teruk, Middleton dikawal doktor Walaupun perkhabaran itu membahagiakan pasangan ini, namun Middleton tidak terlepas daripada mengalami alahan teruk. Sama seperti kehamilan Prince George tahun lalu, Duchess of Cambridge ini masih melalui perkara yang sama seperti sesetengah wanita hamil. Menurut laporan antarabangsa, Middleton mengalami rasa mual dan muntah yang ekstrem, iaitu sejenis alahan hyperemesis gravidarum. Ekoran daripada itu, Middleton turut mendapatkan rawatan intensif di Kensington Palace bersama doktor istana. Sumber memberitahu, keadaan ini adalah normal bagi ibu hamil apabila kandungannya mencecah enam hingga lapan minggu. "Buat masa ini, dia (Middleton) berada dalam pengawasan doktor kerajaan di istana. Melihat kepada keadaannya kini, tiada apa yang merungsingkan. "Malah, Middleton tidak perlu dibawa ke hospital kerana belum mencapai tahap serius," kata sumber itu lagi.
|
kosaifriks: anak die pmpuan ke lelaki ek yg 1st? tgk cm pakai gown plak..ker mmg baju jenis gitu
kosaifriks posted on 17-9-2014 02:05 PM
anak die pmpuan ke lelaki ek yg 1st? tgk cm pakai gown plak..ker mmg baju jenis gitu
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
24-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052308 second(s), 42 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.