CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anzalna Adalah Ratu Telenovela ?

19-9-2014 04:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26891| Komen: 158

Description: Apa Yang Nyata, Peluang Menyertai Acara Pasaran Program Televisyen Antarabangsa 2014 (Miptv 2014) Di Palais De Festival, Cannes, Perancis Perte-Ngahan Tahun Ini Membuka Jalan Positif Ke Arah Usaha Sam ...
Tahun ini satu lagi lembaran bersejarah tercipta buat produksi tempatan selepas syarikat produksi Global Station Sdn Bhd (GSSB) memeterai perjanjian bersama (MoU) dengan Astro dan TV Azteca memorandum persefahaman projek mega bertaraf antarabangsa. Impian rakyat Malaysia untuk melihat produk tempatan disanjung di peringkat dunia nampak-nya hanya selangkah lagi untuk direa-lisasikan.


Apa yang nyata, peluang menyertai acara Pasaran Program Televisyen Antarabangsa 2014 (MIPTV 2014) di Palais De Festival, Cannes, Perancis perte-ngahan tahun ini membuka jalan positif ke arah usaha sama itu.

Lebih jelas lagi, kolaborasi itu berbentuk Astro sebagai penyiar, GSSB selaku produser eksklusif sementara TV Azteca pula sebagai pemegang format (format holder).

Lanjutan daripada perjanjian itu, berlangsung satu pertemuan khas antara Pengarah Urusan GSSB, Datin Zaiton Muhd Jiwa bersama Pengarah Jualan dan Pembangunan Projek Comarex, Martha Contreras, Ketua Unit Drama Premium Dan Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail serta bintang utamanya, Anzalna Nasir, Hisyam Hamid dan Afiq Muiz di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, minggu lalu bagi membincangkan lagi projek mega berkenaan.

GANDINGAN Anzalna bersama Hisyam Hamid.

Difahamkan, sebagai anak syarikat TV Azteca, Comarex bertanggung jawab memasarkan karya ini kelak ke rangkaian stesen TV luar negara.


Mengikut perjanjian itu, projek pertama yang dilaksanakan berupa sebuah telenovela adaptasi daripada cerita Mexico berjudul A Love To Remember atau Kenangan Cinta lakonan ketiga-tiga pelakon popular berkenaan bersama ramai lagi pelakon terkenal tempatan.

“Projek ini satu penghormatan kepada produksi Malaysia untuk meneroka pasaran antarabangsa selepas kita melihat kejayaan Indonesia, Filipina dan Vietnam yang terlebih dahulu mengorak langkah. Setakat ini semua berjalan lancar dan kami baru memulakan penggambaran bagi 148 episod,” kata Zaiton.


MARTHA yakin dengan kualiti produksi tempatan.

Menceritakan lebih lanjut, Martha pula berkata, dia sudah lama bersahabat dengan Zaiton dan sangat berbang-ga dapat menjalinkan usahasama hebat itu.

“Bertahun lamanya saya terbabit dalam industri drama Malaysia bermula dengan membekalkan telenovela kepada stesen TV di sini. Akhirnya penantian untuk mengangkat produksi tempatan tercapai. Penghasilan telenovela itu sendiri memakan beratus episod dan bukan produksi biasa boleh melakukannya.

“Bagaimanapun, mengikuti perkembangan industri seni di sini, saya secara peribadi melihatnya semakin hebat baik daripada produksi sehing-galah jalan cerita yang disajikan. Lantas, saya bersyukur kolaborasi ini terhasil dan saya sangat yakin ia boleh dibawa ke pentas dunia,” katanya.

Bukan saja atas dasar persahabatan semata-mata, Martha juga melihat sendiri kualiti itu pada produksi milik Zaiton yang jelas sangat menitikberatkan kualiti menerusi pelbagai drama termasuklah Adam Dan Hawa. Sekali gus, penghasilan A Love To Remember dilihat sebagai kayu pengukur terhadap kualiti produksi tempatan.


ZAITON gembira impian menembusi pentas global jadi kenyataan.

Sementara itu, bagi Zaiton, bukan saja dimensi baru tercipta buat produksinya, bahkan bagi projek itu beliau sendiri sebenarnya me-ngambil risiko yang cukup besar. Mana tidaknya, beliau melaburkan dana daripada syarikat sendiri untuk produk yang cukup besar sedangkan ia percubaan pertama kali.

“Ini risiko perlu saya ambil demi merealisasikan impian yang sekian lama saya pendam iaitu melihat kualiti produksi kita diiktiraf ke peringkat antarabangsa. Memang sudah lama saya nantikan saat ini dan yakin pelaburan ini tidak sia-sia, apatah lagi setiap sudut sudah kami lihat secara teliti.

“Bagi saya ini bukan kejayaan peribadi kepada diri saya semata-mata kerana ia sebagai pembuka langkah kepada syarikat produksi Malaysia yang lain untuk sama-sama merebut peluang keemasan ini bagi menaikkan taraf drama kita,” katanya.



Anzalna minat lakonan Thalia

Bagi pelakon jelita, Anzalna Nasir, terpilih sebagai watak utama dalam projek sulung telenovela ini pula umpama mimpi jadi kenyataan. Sebelum ini pun dia peminat tegar telenovela dan sering mengidamkan untuk menjayakan siri sebegitu.

Menjadikan aktres jelita Mexico iaitu Thalia sebagai idolanya, Anzalna bagaimanapun berdebar untuk menghidupkan wataknya sebagai Suraya dalam A Love To Remember.


Thalia sebagai Rosalinda

“Terus terang, saya memang sangat suka telenovela sejak daripada dulu dan selalu berangan dapat berlakon dalam siri sebegitu suatu hari nanti. Apalagi sangat meminati Thalia yang popular menerusi telenovela Rosalinda, saya juga suka jalan cerita ditonjolkan mereka walaupun sangat drama.

“Menerusi watak Suraya itu kelak, saya dituntut untuk bermain banyak emosi di mana Suraya adalah mangsa kepada kekejaman ibu saudaranya. Banyak konflik bakal berlaku sebagaimana yang selalu terjadi dalam cerita telenovela dan rasanya tanggungjawab itu sangat berat untuk digalas juga selain penggambarannya cukup panjang,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua pelakon mampu menyahut cabaran untuk menjayakan siri yang menuntut mereka berada di set penggambaran berbulan-bulan. Begitu juga Anzalna risaukan hal berkenaan mulanya kerana menerima tawaran itu bermakna dia perlu komited menghabiskan masa yang lama di lokasi.

“Takut juga pada mulanya memikirkan penggambaran itu adalah sangat lama di mana kami perlu menghabiskan 148 episod. Apapun, banyak sebenarnya hal yang membuatkan saya terpujuk termasuk sangat selesa bekerja dengan GSSB selepas beberapa kali terbabit bersama produksi itu,” katanya.

4

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cloudy_83 18-9-2014 11:20 AM
anzalna is rosalinda versi malaysia?

[youtube]PIVlWPZwwy4[/youtube]
Quote enchikfitz 18-9-2014 11:28 AM
Adakah anzalna akan memakai skirt pendek serta bunga ros di telinga? Aummm
Quote RatuDunia94 18-9-2014 11:31 AM
nope.. dia bukan buat remake cite Rosalinda la... tp cite lain tajuknya A Love To Remember!
Quote RatuDunia94 18-9-2014 11:31 AM

Quote mixed 18-9-2014 11:36 AM
dulo x berapa suka dia sb gaduh dgn lofa
now aku rasa dia ok je

NOT BAD anzalna berlakon

jd jahat & baik pn sheol bole

good luck girl!!
Quote yatt_takez 18-9-2014 11:40 AM
adakah intro dia akan camnih

[youtube]vKBL2tJSXZc[/youtube]
Quote faraRosales 18-9-2014 11:40 AM
A love to remember tu cite ap ? ap name mexico ny ? aku gugel x jumpe (mls nk gugel dgn lbh mendalam)
Quote bambimo 18-9-2014 11:43 AM
Wah tahniah hope rencanakn lah u punya career baik2...hindar lah dr gosip2 murahan..nk naek mmg payah smpai gaduh2 dgn neelofa....u cantik mcm barbie doll..all the best...
Quote myakayina 18-9-2014 11:46 AM
rezeki dia la ek..
Quote offwhite 18-9-2014 11:49 AM
telenobela latin versi melayu...gud luck anzalna...x leh menahan watak penggoda drama adam & hawa...
Quote bambimo 18-9-2014 11:50 AM
Ehh..tak baca habis...abg bomba hisham hamid ada lah...muah muah muah..abg bomba is the next mat haron gitewww
Quote skymania 18-9-2014 11:51 AM
gila 148... drama melayu poloh2 ep pon aku nak termontah dah mcm kusenero cinta.. jebat- mas tuh.. letih tgknyer..
Quote NAT_11 18-9-2014 11:55 AM
Kununnya drama International untuk pasaran INTERNATIONAL
tapi ciplak plot drama Mexico. Sungguh memualkan.............
Quote epysha 18-9-2014 11:57 AM
suke tengok rambut die..itam je..no karat.
Quote Madel 18-9-2014 12:00 PM
148episod???? ada ke ummah meles yg nak folo
aku kalau drama Meles ni paling2 pun 4,5episod je boleh hadap..lepas tu bosan duh..sama je jalan cerita nya
Quote RatuDunia94 18-9-2014 12:00 PM
faraRosales posted on 18-9-2014 11:40 AM
A love to remember tu cite ap ? ap name mexico ny ? aku gugel x jumpe (mls nk gugel dgn lbh mendalam ...

Siempre Tuya Acapulco





Hero & heroin asal...





Heroin Asal...




Hero asal....


















Quote mesmerize 18-9-2014 12:01 PM
anzalna cantik sangat.. muka dia nampak muda n fresh .. sesuai jadi heroin..
Quote cloudy_83 18-9-2014 12:02 PM
skymania posted on 18-9-2014 01:51 PM
gila 148... drama melayu poloh2 ep pon aku nak termontah dah mcm kusenero cinta.. jebat- mas tuh.. l ...

148 episod yang bakal dipenuhi dengan scene close-up berkali-kali



dulu i minat satu telenovela ni - India a Love Story
tapi tak terikut lah beratus episod

[youtube]-F_N7HfOHR8[/youtube]
[youtube]A4VAGkAl-OE[/youtube]
[youtube]BG3DT1Y5Kzo[/youtube] Last edited by cloudy_83 on 18-9-2014 02:04 PM

Quote charliestcloud 18-9-2014 12:04 PM
Tv azteca tu sendiri pun channel no. 2 je kat mexico.

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.184468 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top