CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Bab Bayaran Boleh Dirunding - Emma Maembong

22-9-2014 05:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19396| Komen: 91

Description: Emma, 22, Berkata, Sepanjang Bergelar Pelakon Dia Sememangnya Meletakkan Harga Sebegitu Kepada Mana-Mana Syarikat Produksi Dan Setakat Ini Ia Langsung Tidak Mendatangkan Sebarang Masalah.
Bab bayaran boleh dirunding - Emma Maembong


KUALA LUMPUR - Pelakon cantik, Fatimah Rohani Ismail atau Emma Maembong mengakui menerima bayaran sebanyak RM10,000 apabila ditawarkan untuk membintangi sesebuah telemovie.

Emma, 22, berkata, sepanjang bergelar pelakon dia sememangnya meletakkan harga sebegitu kepada mana-mana syarikat produksi dan setakat ini ia langsung tidak mendatangkan sebarang masalah.


"Selama ini saya sering ditawarkan harga sebegitu oleh sesebuah syarikat produksi. Jadi, apabila ada syarikat lain yang mahu mengambil saya berlakon, memang itulah harga yang saya letak dan mereka menerimanya.

"Lagipun itulah harga yang telah ditetapkan sejak awal lagi, terutamanya kalau membabitkan saya memegang watak utama. Bagaimanapun, saya bersedia untuk berunding kalau ingin kurangkan harga," ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.

Dalam laporan sebuah akhbar hari ini, Emma dikatakan menetapkan bayaran sebanyak RM10,000 untuk sebuah telefilem, meskipun sudah diberitahu tidak melibatkan banyak babak dan jadual penggambaran yang pendek.

Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Projek Memikat Suami itu menyatakan bahawa memang ada seorang individu yang telah menghubungi pengurusnya untuk menawarkannya berlakon baru-baru ini.

Ujarnya, setelah menghubungi pengurusnya itu dan diberitahu tentang bayaran, individu tersebut lantas menghubunginya sendiri untuk berbincang lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

"Individu itu ada memberitahu yang saya sekadar membawa watak pembantu dan terbabit dalam tempoh penggambaran selama tiga hari sahaja. Kemudian saya tanya semula berapa harga yang ingin dia tawarkan, tetapi dia langsung tidak memberikan sebarang jawapan sehingga saya terpaksa menerima tawaran lain.

"Bagi saya, kalau jelaskan elok-elok tentang bayaran saya sedia bantu dan mempertimbangkannya. Sebelum ini pun memang ada pihak yang meminta untuk kurangkan bayaran dan saya menerimanya, asalkan rundingan dibuat terlebih dahulu serta berbaloi dengan kerja yang dilakukan," jelasnya.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leftrani_kel 21-9-2014 05:31 PM
o..tu cite nyer..
Quote dani-rox 21-9-2014 05:32 PM
mahal ya hamat utk lakonan ko yg tahap kayu jati tuh, fatimah rohani oii...
Quote aechae 21-9-2014 05:35 PM
kaya ko timah oi...3 bln aku keja nk dpt byk tu...untunggg laaa
Quote espri6006 21-9-2014 05:36 PM
Aku setuju dengan Emma...walaupun kayu tapi kene ada standard untuk diri kita. Jangan kerana sebagai pelakon baru kita boleh di perkatikkan oleh sesetengah pihak. Ibarat kata kalau nak ambik..kalau xnak takpe. Tapi yang penting runding. Emma tu pompuan jadi tak kisah sangat dia ada income atau tak. Nanti kawin suami yang sara.
Quote offwhite 21-9-2014 05:43 PM
espri6006 posted on 21-9-2014 05:36 PM
Aku setuju dengan Emma...walaupun kayu tapi kene ada standard untuk diri kita. Jangan kerana sebagai ...

xpa bakal somi poket tebel cik fatimah...leh sara awk nanti..
Quote hzln 21-9-2014 05:47 PM
untong ko timah, skolah tingkatan dua pun bulih income 10k keja 2,3 ari...budak kluar U keja 5,6 bulan pun belum tentu bulih byk tu
Quote famri7 21-9-2014 05:52 PM
Menjadi idola ummah.xsekolah pon dpt gaji ala dg52.
Quote putehkundor 21-9-2014 05:54 PM
Dari Dulu mak teh nak Tanya, sapa gambaq dlm avatar TT tuh?

Mcm zubir BH....tapi bukan dia kan
Quote toteng 21-9-2014 06:03 PM
Xpyh sebok bljr tinggi dh dpt 10k....
Quote mommymonster82 21-9-2014 06:07 PM
Klu xmo bayr mhl amiklah org lain... Suka hati jer nk suh org kurg harga.. Yg korg pon hadap nk amik dia naper? Padanlah dia pon up harga...dah korg tu terhegeh2 nk amik dia jugak...

Quote vutsi 21-9-2014 06:17 PM
biasalah tu, huhu.. rm 10k tu kira biasa la tu. Emma popular memang dapat tarik peminat, mostly remaja..
irfan roslan yang xde peminat pun bengang kalau dapat 7k untuk drama sendu (tp drama episod la)
Quote stania83 21-9-2014 06:25 PM
Okla tu rm10. Mcm la stesen tv beli drama murah. Komitmen berlakon bukan sng. Kena hapal skrip ape jadah.
Quote wirazam 21-9-2014 06:29 PM
no wonder ramai teenagers minat nak jd retis
Quote mitnick 21-9-2014 06:37 PM
wlupun skali telemovie rm 10k, tp dlm setahun brp kali dpt job dgn gaji sebegitu?
Quote MissLibra 21-9-2014 07:13 PM
rm10k tu standard malah sebenarnya murah. Itu bayaran utk shooting sekali, lump sum aje. Shooting telemovie pun tak lama dalam 1-2 minggu aje.  Ada produksi nak lagi save bajet buat lima hari aje. So kalau kita nampak produksi tu macam sampah atau taik itu jenis shoot 3-5 hari. TV stesyen dapat duit drpd iklan. Nanti every year stesyen akan tayang balik balik drama tu (kalau meletup), so stesyen tetap dapat duit dari pengiklan. Dan bayaran iklan bukan murah, satu saat aje berapa puluh ribu tambah2 waktu perdana (8 hingga 10 malam). So pendek kata stesyen tv yang untung, produksi dapat duit sekali tu ajelah walaupun siar drama sampai mati. Sistem royalti pun tak untungkan artis selagi SENIMAN asyik gaduh pasal benda bodoh aje.

Quote MissLibra 21-9-2014 07:16 PM
mitnick posted on 21-9-2014 06:37 PM
wlupun skali telemovie rm 10k, tp dlm setahun brp kali dpt job dgn gaji sebegitu?

kalau tengah top laku meletup macam fasha sandha beberapa tahun lepas memang menggunung laa duit dalam bank. Belum campur berlakon filem (hero heroin about 50k), iklan (lagi mahal drpd drama), dan jadi duta endorse itu ini (pun sampai ratus ribu). Tapi itulah artis kena pandai simpan sebab dorang takde apa apa caruman melainkan dorang ada kesedaran daftar sendiri kat KWSP. Pasal tu ramai yang bijak invest dalam apa apa bisnes. Yg tak bijak joli joli sana sini bila dah tua merempat.
Quote MissLibra 21-9-2014 07:18 PM
wirazam posted on 21-9-2014 06:29 PM
no wonder ramai teenagers minat nak jd retis

teenagers tu bukan pasal duit sangat tapi sebab nak glamor. Nanti nanti baru dorang pikir pasal duit, tapi time tu dah menyesal dan tak boleh undur balik. Macam Tomok dulu awal sangat dah top, bila merudum minta B27 SPA pun tak dapat, tapi dengan kuasa Allah dia menang OIAM dan berbaloilah juga sampai skrg. Tapi berapa sangat artis dapat luck macam tu kan. Contoh paling kesian mamat exist laa
Quote myrustyme 21-9-2014 07:19 PM
wow.. klu tahap kayu dh 10k yg power dan nama establish cm maya karin bpe byk plak dpt..
Quote VuJiE 21-9-2014 07:23 PM
10k ok kut sebab nak amik emma ni berlakon kena la bayar skali standard dia. dia ramai peminat. sampah pun movie engkau nanti peminat dia akan tengok juga siap promote dalam twitter ig bagai. kalau nak murah2, sila lah amik jiran2 sendiri berlakon.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062221 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top