CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Istana Perjelas Sebab Pilih Azmin

23-9-2014 12:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17093| Komen: 150

Description: "Baginda Juga Mengambil Maklum Kesefahaman Di Antara Tiga Parti Tersebut Bahawa Menteri Besar Selangor Perlu Dilantik Di Kalangan Adun Pkr Untuk Mendapatkan Kepercayaan Majoriti Dan Sokongan Dari Pa ...
Mohamad Munir


KLANG - Istana Selangor memberikan sebab kelewatan pelantikan Menteri Besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam PR dalam pencalonan menteri besar.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos lalu untuk mencalonkan lebih dua nama menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Beliau menyatakan Mohamed Azmin dipilih selepas Sultan Selangor mempertimbangkan konsensus PR mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya Mohamed Azmin pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti Pas, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa Menteri Besar Selangor perlu dilantik di kalangan Adun PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti PR di Dewan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut juga menyatakan Mohamed Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

Mohamed Azmin mendapat surat lantikan dari istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan teka-teki siapa bakal menerajui Selangor.

PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Mohamed Azmin sekali gus memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti.


Pas pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor.

Bagaimanapun Mohamad Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak.

Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Selangor telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan Menteri Besar Selangor.

"Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor.

"Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," katanya.

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 23-9-2014 11:03 AM
biasa laa tu..dulu umno pun penah kena kat ganu...skg sedara tiri dorang plak merasa..fair & square
Quote rospinki 23-9-2014 11:05 AM
tak suka mb baru ni.

wait and see la..tah reti ke tak buat keje.

kalau keje tk reti harap semua anak jati selangor kasi havoc ni malaun.

Quote atira 23-9-2014 11:06 AM
nak tahu jugak sbb sebenar jijah ditolak..
nak kata boneka.. eskrem ni pon boneka..
mmg perempuan terutama yg profesional tiada tempat kat malaysia ye
Quote dauswq 23-9-2014 11:07 AM
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos lalu untuk mencalonkan lebih dua nama menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

        Beliau menyatakan Mohamed Azmin dipilih selepas Sultan Selangor mempertimbangkan konsensus PR mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya Mohamed Azmin pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.


pening kepala jap, bukan PAS yg submit rupanya?

jd yg PAS submit aritu semuanya adun PAS lah?
Quote magnus 23-9-2014 11:10 AM
atira posted on 23-9-2014 11:06 AM
nak tahu jugak sbb sebenar jijah ditolak..
nak kata boneka.. eskrem ni pon boneka..
mmg perempuan  ...

Kak jijah tu kuat nangis..sbb tu lah...sesiket terharu..sesikit justice for papa..lps mng kajang ritu asek asek ayam singgit...hehehehe
Quote magnus 23-9-2014 11:12 AM
dauswq posted on 23-9-2014 11:07 AM
pening kepala jap, bukan PAS yg submit rupanya?

jd yg PAS submit aritu semuanya adun PAS lah?

Dap kot...
Quote atira 23-9-2014 11:14 AM
dauswq posted on 23-9-2014 11:07 AM
pening kepala jap, bukan PAS yg submit rupanya?

jd yg PAS submit aritu semuanya adun PAS lah?

PAS tak nak kasi tahu nama2 yg dia submit... PAS mmg agak kemaruk kuasa MB disitu
tapi agak ramai yg speku PAS hantar nama azmin eskrem juga...
Quote the_killer 23-9-2014 11:17 AM
atira posted on 23-9-2014 11:14 AM
PAS tak nak kasi tahu nama2 yg dia submit... PAS mmg agak kemaruk kuasa MB disitu
tapi agak ramai ...

tp bukankah sultan minta 3 nama dari parti PR?
Quote dauswq 23-9-2014 11:17 AM
magnus posted on 23-9-2014 11:12 AM
Dap kot...

tak mungkinlah

kan tertulis spt ni

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos lalu untuk mencalonkan lebih dua nama menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Quote zull4rs 23-9-2014 11:17 AM
atira posted on 23-9-2014 11:06 AM
nak tahu jugak sbb sebenar jijah ditolak..
nak kata boneka.. eskrem ni pon boneka..
mmg perempuan  ...

Pompuan hati kristal sgt, emosional dlm bt keputusan...heheheh
Quote atira 23-9-2014 11:18 AM
magnus posted on 23-9-2014 11:10 AM
Kak jijah tu kuat nangis..sbb tu lah...sesiket terharu..sesikit justice for papa..lps mng kajang r ...

aku suka je perempuan jadi MB.. dgn syarat bukan boneka sesapa lah...
mcm jijah ni tak nampak sgt aura pemimpin dia... ikut sgt laki kesayangan dia tu
tak macam nurul izzah.. lagi berkaliber.. ni pendapat aku lah....
Quote magnus 23-9-2014 11:18 AM
dauswq posted on 23-9-2014 11:17 AM
tak mungkinlah

kan tertulis spt ni

Azwan ali la tu yg antar..huhuhuhu

Quote atira 23-9-2014 11:19 AM
the_killer posted on 23-9-2014 11:17 AM
tp bukankah sultan minta 3 nama dari parti PR?

PAS aja yg kasi 3 nama kan
Quote dauswq 23-9-2014 11:19 AM
atira posted on 23-9-2014 11:18 AM
aku suka je perempuan jadi MB.. dgn syarat bukan boneka sesapa lah...
mcm jijah ni tak nampak sgt ...

nurul izzah, calon adun PKR sorg lagi tu - nik nazmi masih muda...
biar diorg hadapi ranjau2 politik slm beberapa tahun dulu..
get those experiences...



Quote cenkudu 23-9-2014 11:19 AM
aku suka speaker DUN Selangor
Quote supernaturalee 23-9-2014 11:23 AM
magnus posted on 23-9-2014 11:18 AM
Azwan ali la tu yg antar..huhuhuhu

mana selfie die hantar pencalonan tu?













Quote atira 23-9-2014 11:23 AM
dauswq posted on 23-9-2014 11:17 AM
tak mungkinlah

kan tertulis spt ni

sebelum ni mcm terbaca dlm harakah kata PAS hantar 2 calon PKR dan 1 calon PAS...
kalau PAS hantar 3 calon dari PAS.. mmg gila kuasa la... tak padan dgn serban besar, janggut panjang, perut boroi
Quote kucen_miang 23-9-2014 11:24 AM
atira posted on 23-9-2014 11:18 AM
aku suka je perempuan jadi MB.. dgn syarat bukan boneka sesapa lah...
mcm jijah ni tak nampak sgt ...

ijjah hebat dr mak dia. mak dia setia tak pandai skandal.
Quote magnus 23-9-2014 11:25 AM
supernaturalee posted on 23-9-2014 11:23 AM
mana selfie die hantar pencalonan tu?

Ai tunggu dia selfie dgn jemin sat lg..

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.071075 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top