CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Kapal Angkasa Nasa Kelilingi Planet Marikh

23-9-2014 03:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5082| Komen: 14

Description: Lakaran Pelukis Yang Dikeluarkan Oleh Nasa Ini Menunjukkan Kapal Angkasa Maven Menghampiri Planet Marikh Dalam Misi Untuk Mengkaji Bahagian Atas Atmosferanya.
Kapal Angkasa Nasa Kelilingi Planet Marikh

WASHINGTON: Kapal angkasa MAVEN milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) Amerika Syarikat mula mengelilingi planet Marikh semalam, dalam misi untuk mengkaji bagaimana cuaca di planet Merah itu boleh berubah mengikut peredaran masa.


"Berdasarkan data pengemudian yang diperhatikan, tahniah. Kapal angkasa 'Mars Atmosphere and Volatile Evolution' (MAVEN) itu kini sedang mengelilingi Marikh," kata Dave Folta dari Pusat Pelepasan Angkasa Lepas NASA Goddard.

Kapal angkasa tanpa juruterbang itu sudah melakukan perjalanan selama lebih 10 bulan dan 711 juta kilometer menuju ke Marikh bagi menjalankan kajian pertama di bahagian atas atmosfera planet berkenaan.

Data daripada kapal angkasa MAVEN bertujuan membantu saintis memahami apa yang berlaku ke atas air di Marikh dan karbon dioksida di atmosfera beberapa bilion tahun lalu.

Bagaimana Marikh hilang atmosferanya adalah salah satu misteri paling hebat sains.

Jawapannya boleh memberi harapan kepada potensi planet berkenaan untuk menyokong kehidupan - walaupun kehidupan mikro sejak lama dulu.

Hasil kajian MAVEN juga dijangka dapat membantu menambahkan ilmu mengenai bagaimana manusia boleh hidup dalam lawatan pertamanya ke Planet Merah, mungkin seawal 2030.

"Marikh adalah tempat sejuk, tetapi tidak ada banyak atmosfera," kata John Clarke, salah seorang anggota pasukan sains MAVEN.

"Ia amat sejuk, bahkan bawah sifar. Atmosferanya adalah separuh peratus daripada penafasan kita.

" Tetapi kita tahu Marikh boleh berubah dan ia mungkin berbeza pada masa lalu. Terdapat banyak bukti dalam air yang mengalir di permukaan sejarah silam Marikh," tambahnya.

Sebahagian besar daripada misi sepanjang tahun MAVEN adalah untuk mengelilingi planet berkenaan 3,730 batu d atas permukaannya.

Lakaran Pelukis Yang Dikeluarkan Oleh Nasa Ini Menunjukkan Kapal Angkasa Maven Menghampiri Planet Marikh Dalam Misi Untuk Mengkaji Bahagian Atas Atmosferanya. 

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amirgo 23-9-2014 07:19 AM
Satu perkembangan yg positif
Quote amyainsamad 23-9-2014 09:09 AM
wow.......
Quote mattzzx 23-9-2014 09:55 AM
Tunggu hasilnya nanti.....
Quote dondangdendang 23-9-2014 11:51 AM
confirm guna dana juta-juta
Quote siape_aku 23-9-2014 11:51 AM
10 bulan dan 711 juta kilometer menuju ke Marikh <---- perghhh!!!
Quote mattzzx 23-9-2014 12:59 PM
siape_aku posted on 23-9-2014 11:51 AM
10 bulan dan 711 juta kilometer menuju ke Marikh

Tu pun belum sampai lagi....

Quote siape_aku 23-9-2014 03:09 PM
mattzzx posted on 23-9-2014 12:59 PM
Tu pun belum sampai lagi....

kalo kereta, dh meletop dah enjin tu.....
Quote mattzzx 23-9-2014 04:07 PM
siape_aku posted on 23-9-2014 03:09 PM
kalo kereta, dh meletop dah enjin tu.....

Pakai apa yang boleh tahan sampai 10 bulan tu?
Brapa banyak bekalan yang dibawa?

Quote cik_luna 23-9-2014 09:19 PM
kecik dulu bercita2 jadi angkasawan.
Quote Dark_Vampire 25-9-2014 12:00 PM
selamat mengkaji
Quote Kambeng_Gurun 25-9-2014 12:03 PM
nak sampai sana je dah nak makan tahun. begitu luasnya alam semesta ciptaan Allah.
Quote Darsitadara25 27-10-2014 03:03 PM
harap dapat jumpa penemuan baru
Quote boyagombak 27-10-2014 09:40 PM
cik_luna posted on 23-9-2014 09:19 PM
kecik dulu bercita2 jadi angkasawan.

saya dari kecik bercita2 jadi boyawan tapi belum berhasil lagi
ko buanglah angkasa, tinggal sawan saja dahler

Quote azlinahmad 27-10-2014 11:00 PM
jauh perjalanan tu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.068201 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top