CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ammar Alfian Menderita 4 Tahun Diboikot Wartawan

23-9-2014 05:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18371| Komen: 52

Description: Dalam Perkembangan Lain, Ammar Berkata, Dia Bakal Memasuki Set Penggambaran Filem Langit Cinta Arahan Osman Ali Selain Baharu Sahaja Selesai Menjalani Sesi Uji Bakat Untuk Sebuah Drama Bersiri Terbita ...
Ammar menderita 4 tahun diboikot wartawan

Ammar mengakui usia yang masih muda membuatkan dia terlupa tentang tujuan sebenar dia mahu menjadi seorang pelakon sehingga namanya terheret dalam beberapa kontroversi sebelum ini.


PETALING JAYA:  Pelakon dan model Ammar Alfian terpaksa ‘menderita’  selama empat tahun gara-gara kesilapannya melemparkan kata-kata kesat dan menulis ugutan bunuh terhadap wartawan hiburan di negara ini menerusi Facebook miliknya.

Ammar atau nama sebenarnya, Ammar Alfian Aziz, 27, berkata, bukan mudah untuk mendapatkan kembali kepercayaan pihak media sepanjang tempoh itu namun dia akur kerana perbuatan itu adalah berpunca daripada sikapnya sendiri.

"Saya sedar tindakan memuat naik status di laman Facebook telah menyebabkan ramai pihak media marah dengan saya biarpun saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi ia memakan masa untuk hubungan itu kembali pulih.
























Ammar mahu memberikan fokus terhadap bidang lakonan selepas ini.


"Empat tahun saya cuba untuk menjernihkan keadaan bagi mendapatkan kembali kepercayaan mereka dan Alhamdulillah hubungan itu semakin menampakkan tanda-tanda positif dan saya berharap ia akan berkekalan selepas ini," katanya kepadamStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Ammar pernah menimbulkan kontroversi selepas dia menulis status mengugut untuk ‘membunuh’ wartawan hiburan dalam akaun  Facebook miliknya gara-gara tidak berpuas hati mengenai laporan pergaduhannya dengan Puteri Sarah pada  majlis tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie pada 2010.

Ammar yang pernah popular menerusi drama bersiri Tari Tirana pernah bercinta dengan pelakon wanita itu.

Perbuatan itu menyebabkan Ammar diboikot kebanyakan media sehingga memaksa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terpaksa mengaturkan sebuah majlis permohonan maaf bagi menjernihkan keadaan.

Pelakon berusia 27 tahun ini mengakui semakin matang.


Ammar berkongsi pengalaman itu apabila diminta pandangannya mengenai sikap penyanyi Shila Amzah memperkecilkan media Melayu yang didakwanya sekadar mengejar cerita sensasi  tanpa menyokong kerjaya seninya.

Dalam pada itu, Ammar berkata, sebagai seorang pelakon dia memerlukan pertolongan rakan media untuk memberikan publisiti mengenai projek yang dijayakan agar kerjayanya terus berkembang.

Malah kata Ammar, wartawan dan artis saling memerlukan malah kedua-duanya perlu menjaga hubungan sebaik mungkin.

"Bohonglah kalau saya kata tidak perlukan rakan wartawan untuk menaikkan kerjaya lakonan saya.

"Saya serik dengan tindakan saya sebelum ini namun pada masa sama ia memberikan banyak pengajaran dan mematangkan saya sebagai seorang individu dan pelakon," jelasnya.

Jelas Ammar juga, restu daripada ibu dan bapanya membuatkan dia lebih yakin untuk aktif sebagai pelakon dan berharap akan diberi peluang kedua berbuat demikian.


















"Sebelum ini saya akui terkena 'kejutan budaya' dan masih terlalu muda untuk berfikir baik dan buruk sehingga menyebabkan saya banyak melakukan tindakan kurang wajar.

"Atas sebab itu juga keluarga melarang saya bergelar pelakon namun selepas melihat perubahan diri saya yang lebih matang mereka memberi izin untuk saya kembali aktif," katanya.

Tambah Ammar lagi, dia juga tidak malu untuk memulakan kerjayanya dari bawah semula memandangkan bidang lakonan adalah sesuatu yang paling diminatinya sejak dahulu.

Dalam perkembangan lain, Ammar berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem Langit Cinta arahan Osman Ali selain baharu sahaja selesai menjalani sesi uji bakat untuk sebuah drama bersiri terbitan Zeel Productions.

5

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 23-9-2014 03:27 PM
throwback

Hero ‘Tari Tirana’ Ugut Bunuh Wartawan Hiburan Di Facebook?

SELEPAS pelakon Indonesia, Luna Maya dikecam baru-baru ini kerana mencemuh wartawan hiburan melalui laman sembang Twitter, kini artis baru Malaysia Ammar Alfian Aziz atau dikenali sebagai Neo dalam drama Tari Tirana pula dengan beraninya mengikuti jejak langkah Luna.

Tindakan berani Ammar di laman sosial facebook mendapati dia begitu marah dan emosi dengan pihak media kerana beberapa sebab tertentu.

Kekasih kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana ini, telah sanggup melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada seluruh wartawan di Malaysia terutamanya wartawan hiburan.

Rasa ketidakpuasan hatinya dalam laman sosial Facebook itu dipamer di status facebooknya pada Jumaat, 5 Februari sekitar pukul 8 malam.

Ammar turutn menuduh wartawan di Malaysia sebagai bodoh dan berpura-pura.

Posting Ammar di Facebook malam kelmarin berbunyi: “Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they’re ruining other people’s lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA”.

Jejaka berusia 22 tahun itu turut membuat justifikasi atau alasan di sebalik tindakannya itu kepada rakan-rakan facebooknya. Kononnya, dia berkata demikian setelah diprovokasi oleh beberapa wartawan untuk mendapatkan cerita buruk tentang dirinya.

Ammar berkata,…”well they’re provoking me by making up stupid dumb story”

Dalam kenyataan susulannya, Ammar turut membuat ugutan bunuh kepada para wartawan yang menulis cerita buruk tentangnya.

“Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD,” katanya seperti dipetik dari Facebooknya.

Bagaimanapun, tinjauan mStar Online mendapati Ammar telah membuang beberapa nama yang disyakki berstatus wartawan dari senarai rakan facebooknya beberapa jam kemudian, hari yang sama.

Sementara itu, Ammar yang cuba dihubungi dari semalam tidak menjawab panggilan telefon dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar bagi memberi peluang Ammar menjelaskan situasi sebenar.
Quote azie.dz 23-9-2014 03:30 PM
so boikot wartawan tu dabes eh skrg?
Quote hanuma 23-9-2014 03:30 PM
kontroversi je mamat nie... bakat tak seberapa
Quote iwan007 23-9-2014 03:31 PM
7 inch tu sandwich subway ker? ke hot dog 1901?
iols inersen..
Quote kentel 23-9-2014 03:44 PM
iwan007 posted on 23-9-2014 03:31 PM
7 inch tu sandwich subway ker? ke hot dog 1901?
iols inersen..

pisang tanduk
Quote CiliPadiSedap 23-9-2014 03:46 PM
iwan007 posted on 23-9-2014 03:31 PM
7 inch tu sandwich subway ker? ke hot dog 1901?
iols inersen..

7 inch tu besae pencungkil gigi je
Quote caplimau 23-9-2014 03:48 PM
aku bace tajuk trs automatic cari pembaris...

hahahahahahahah
Quote ankgajah7578 23-9-2014 03:50 PM
caplimau posted on 23-9-2014 03:48 PM
aku bace tajuk trs automatic cari pembaris...

hahahahahahahah

aku pun serupa......
Quote rbmy 23-9-2014 03:51 PM
kentel posted on 23-9-2014 03:44 PM
pisang tanduk

Wow.. Pisang sebarangan
Quote nidzrain 23-9-2014 03:52 PM
motip ada 7 inch? gapo tu meksim
Quote cruisekeanu 23-9-2014 03:52 PM
handsome dia sekarang
dah le 7 inchi
Quote samshik 23-9-2014 03:53 PM
caplimau posted on 23-9-2014 03:48 PM
aku bace tajuk trs automatic cari pembaris...

hahahahahahahah

terus  mek terbuntang mata and gegelak ... mek raser usia tak mampu tentukan kematangan seseorang kot.. die nie kejap insap .. kejap ligat bergambor ngan pompuan2 .. and tak silap mek yang la nie dah separuh badan bertatoo kan?? ader sesapa penah tengok IG die??
Quote makneng 23-9-2014 03:54 PM
iwan007 posted on 23-9-2014 03:31 PM
7 inch tu sandwich subway ker? ke hot dog 1901?
iols inersen..

lapor2 mcm ni, aku pun pikir tu jugak!!
Quote maxim 23-9-2014 03:57 PM
nidzrain posted on 23-9-2014 03:52 PM
motip ada 7 inch? gapo tu meksim

saiz konek beliau
Quote cikatilia 23-9-2014 04:01 PM
maxim posted on 23-9-2014 03:27 PM
throwback

yeah menderita
boleh nampak kat instagram beliau amat menderita

bwahahahaha sgtttt

elok jah berkepit2 dgn boo boo dia
yg seksi meksi tu
manjang tunjuk sik pek
Quote iwan007 23-9-2014 04:02 PM
maxim posted on 23-9-2014 03:57 PM
saiz konek beliau

tempek la gambo beliau kat gym tu  penah tgk tp dah lupa kat thread mana... penampakan 7 inc bebird beliau..
Quote wookiehoney 23-9-2014 04:02 PM
menderita la sangat khennnnn
tu yg boleh membesar bak johan tu
Quote degil81 23-9-2014 04:05 PM
terkait jugak dengan shilalat...hurmmm nasib la
Quote Dia_Yuni 23-9-2014 04:10 PM
caplimau posted on 23-9-2014 03:48 PM
aku bace tajuk trs automatic cari pembaris...

hahahahahahahah

Aku terus tgk pembaris kat sebelah

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.055674 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top