CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Encik Mimpi Dedah Rahsia

25-9-2014 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30153| Komen: 99

Description: “Semakin Kerap Saya Berurusan Dengan Mereka, Semakin Saya Faham Kerja Mereka Dan Kebanyakan Wartawan Menghormati Apabila Diminta Merahsiakan Identiti Saya Asalkan Kita Berterus Terang Dengan Mereka.
Encik Mimpi Dedah Rahsia

Akhirnya dia akur mendedahkan nama selepas empat tahun menggunakan identiti Encik Mimpi iaitu lelaki di sebalik topeng putih setiap kali membuat persembahan atau menghadiri majlis.

“Nama saya Mohd Azam Zamri dan berusia 26 tahun dan saya berasal dari Kuala Lumpur,” katanya di majlis pelancaran album Encik Mimpi-Selamat Malam Cinta di ibu kota, kelmarin.

Pendedahan itu mengundang perhatian kakitangan pengurusan Encik Mimpi Production (EMP) termasuk pengedar kandungan digital Indigital Sdn Bhd yang menunjukkan reaksi terkejut.

Kata Encik Mimpi, dia tiada masalah untuk mendedahkan namanya sebelum ini, tetapi kerana mahu mengekalkan imej misteri yang dikenali oleh pengikut setianya di blog, YouTube dan akaun laman sosialnya yang lain, dia lebih selesa dikenali dengan nama penanya itu.






“Saya akui mula-mula melangkah masuk dalam industri muzik, saya masih mentah dan tidak faham etika kerja wartawan khususnya akhbar yang perlu merekodkan nama penuh.

“Semakin kerap saya berurusan dengan mereka, semakin saya faham kerja mereka dan kebanyakan wartawan menghormati apabila diminta merahsiakan identiti saya asalkan kita berterus terang dengan mereka.

“Dulu saya tidak faham, kalau buat pendedahan nama sebenar mungkin ia membunuh elemen misteri yang menjadi identiti Encik Mimpi. Tetapi, saya sekarang sudah lebih terbuka untuk berkongsi nama penuh saya,” katanya yang masih merahsiakan maklumat lain untuk terus kekal dengan imej sedemikian.

Mencuri perhatian umum dengan pelbagai video parodi serta video nyanyian lagu-lagu saduran di YouTube, percubaan Encik Mimpi menghasilkan lagu sendiri turut mendapat sambutan luar biasa.

Sehingga kini, dia sudah memiliki hampir 100 video, 50,000 pelanggan dan hampir lapan juta tontonan di YouTube.

Single pertamanya, Rindukanlah yang membawanya masuk ke arena muzik tempatan adalah lagu ciptaan pengurusnya ,Rumnan Rumhadi.

Beraja di kebanyakan carta radio berbahasa Melayu tempatan, sambutan baik terus diberikan pendengar untuk single keduanya, Ayuh Tinggalkan Dia.


Dilamar orang Indonesia

Lagu Ayuh Tinggalkan Dia ciptaannya sendiri itu turut membawa tuah kepada penyanyi dengan kelulusan ijazah kejuruteraan dari Universiti Malaya itu apabila dilamar syarikat rakaman Indonesia, Proactive sebagai artis naungan mereka selama dua tahun.

“Alhamdulillah mereka melamar saya melalui e-mel selepas tertarik mendengarkan lagu Ayuh Tinggalkan Dia.

“Memang dalam album saya lagu ini yang paling mencabar kerana muziknya agak berbeza selain disuntik sedikit elemen dangdut. Tidak mustahil elemen dangdut itu antaranya membuatkan pihak di Indonesia tertarik.

“Selepas meneliti kontrak termasuk latar belakang beberapa artis yang menaungi syarikat itu, saya bersetuju untuk menerima lamaran ini.

“Komitmen saya adalah mengikuti promosi jelajah yang disusun, memenuhi undangan persembahan, perlu menghasilkan lagu selain merekodkan semula semua lagu yang terdapat dalam album Encik Mimpi - Selamat Malam Cinta dalam dialek Indonesia.


Sanggup berhenti kerja

Berikutan komitmen yang semakin tinggi dalam bidang muzik, Encik Mimpi nekad melepaskan jawatannya dengan sebuah syarikat teknologi maklumat bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada nyanyian.

“Dulu saya anggap pembabitan dalam bidang muzik hanya suka-suka, tetapi kini menjadi satu bidang yang serius,” katanya.

Tidak menyesal de­ngan keputusannya itu, Encik Mimpi yakin dia mampu berjaya dalam bidang nyanyian selagi ada usaha, keinginan dan bersedia dengan perancangan masa depan.

Menyingkap barisan lagu yang menghiasi album sulungnya, selain Rindukanlah dan Ayuh Tinggalkan Dia, empat lagu lain yang tidak kurang menarik adalah Menu Cintaku (gandingan bersama kumpulan AT-RI), Hikmah Di Atas Segalanya (paduan suara bersama Ronnie Hyper Act, Nomad dan Aepul Roza) dan Selamat Malam Cinta yang turut ditampilkan dalam versi Indonesia.


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 25-9-2014 07:52 AM
Sanggup berhenti kerja?
Kalau dah nekad tu xleh nak katanya APA lah kann.
Good luck la.

Muka dia mcm cute jah...walaupun bertopeng.
Kulit pun flawless mcm hadek Dior
Quote Bdkkg 25-9-2014 07:55 AM
ada sesiapa ke sibuk nak tahu siapa dia ni...lagu satu je aku penah dgr..rugi la ko dah ada keja tetap g berhenti...
Quote epysha 25-9-2014 07:58 AM
team CSI, sila dedahkan muka beliyau..
Quote Santeira 25-9-2014 08:16 AM
Dia ni dah kawen kan. kiut gak bini dia.
Quote xtahumenahu 25-9-2014 08:35 AM
hmmm...x kesah sgt pon rahsia dia...
x minat
Quote soraya 25-9-2014 08:56 AM
Santeira posted on 25-9-2014 01:16 AM
Dia ni dah kawen kan. kiut gak bini dia.

tepek arr gambar nokks...kehkehkeh...
Quote soraya 25-9-2014 08:57 AM
berenti keje sbb nak nyanyi tu kira serius ler tu....tapi dulu keje apa??....kehkehkeh

teringat atai, anak sedara arwah sudirman, pun kata berenti keje nak nyanyi....naper senyap je ekk...uuurrmm...kehkehkeh
Quote Athrun.Zalaa 25-9-2014 09:05 AM
"Berikutan komitmen yang semakin tinggi dalam bidang muzik, Encik Mimpi nekad melepaskan jawatannya dengan sebuah syarikat teknologi maklumat..."

Syarikat...bukan SPA...
So anytime dia nak keje balik, dia bleh masuk balik...
Quote maxim 25-9-2014 09:10 AM
Kubenar benar sayang.. Pada dirimu oh kasihku..

Lagu paling geli aku penah dgr..
Quote Santeira 25-9-2014 09:15 AM
soraya posted on 25-9-2014 08:56 AM
tepek arr gambar nokks...kehkehkeh...

nanti aku tepek kat BN dulu. dia ni study kat Jepun dulu.
Quote mawarputih2612 25-9-2014 09:17 AM
y boder y boder
Quote selendangungu 25-9-2014 09:37 AM
mcm hensem jer dia disebalik topeng tu...
aku suka gak lagu tinggalkanlah dia tu...

dia berenti keje sebab komitment dalam bidang ni...
bukan dia xde keje pun..yg encik mimpi production tu
bukan ker dia punya...
Quote chinta89 25-9-2014 09:46 AM
Bdkkg posted on 25-9-2014 07:55 AM
ada sesiapa ke sibuk nak tahu siapa dia ni...lagu satu je aku penah dgr..rugi la ko dah ada keja tet ...

ramai je rakyat marhein yang berenti kerja sb nk jd retissss... sabo ajelah!
Quote myakayina 25-9-2014 09:56 AM
adakah budak ni anak murid bandi amuk? motip bertopeng bagai?
Quote cmf_conan 25-9-2014 09:58 AM
chinta89 posted on 25-9-2014 09:46 AM
ramai je rakyat marhein yang berenti kerja sb nk jd retissss... sabo ajelah!

Yg bukan retis pon sanggup benti keje.. ponteng keje sbb retiss dan dunia hiburan neh.. apo nak herankan?
Quote doubleA 25-9-2014 10:06 AM
epysha posted on 25-9-2014 07:58 AM
team CSI, sila dedahkan muka beliyau..

-edited- salah orang pulak Last edited by doubleA on 25-9-2014 10:16 AM

Quote NadineNajmie 25-9-2014 10:08 AM
Team csi dah bongkar dah sape encik mimpi ni dolu. Gudjob!
Quote cheeky_meal 25-9-2014 10:12 AM
who's this??????..oo retis...


note: ai suker org topeng2 helmet2 ni nampak hensem..awwwww..haritu kt highway otw blik kg..ai nmpak rider pakai helmet predator..hensemmmmmmmmmmmm sgt..tergoda ai..
Quote bluecrystal 25-9-2014 10:14 AM
artikel tu tulis lulusan UM..aku mati2 ingatkan dia lulusan oversea masa nyanyi kat youtube
sebelum jadi retis dia tunjuk sipi2 jari dah agak da mesti jambu orangnya sebab jari dia halus2 runcing macam pempuan

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055836 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top