CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Mat Rempit' Dapat Pujian?

25-9-2014 06:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12162| Komen: 21

Description: Beliau Berkata Bagi Mat Rempit Yang Berusia Antara 18 Dan 19 Tahun Dan Tidak Mempunyai Perancangan Masa Depan, Kerajaan Negeri Sedang Mengadakan Kursus Khas Untuk Mereka Melalui Belia Permata Terengga ...
Usaha tangani 'mat rempit' dapat pujian

KUALA TERENGGANU - Usaha kerajaan negeri Terengganu mengatasi masalah 'mat rempit' di negeri ini mendapat pujian wakil rakyat Pas pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.   

Hilmi Harun (Pas-Manir) berkata beliau tidak menafikan keprihatinan kerajaan negeri berhubung masalah itu dan menyanjung tinggi usaha yang dilakukan selama ini.

"Memang kita tak menafikan dan kita menyanjung tinggi usaha-usaha kerajaan menangani masalah mat rempit," katanya mengulas jawapan Datuk Rozi Mamat (BN-Telemong) berhubung langkah kerajaan negeri mendekati golongan itu.

Terdahulu, Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri berkata mat rempit di Terengganu telah didaftarkan secara sah bagi memudahkan kerajaan negeri memantau dan mendekati golongan itu melalui aktiviti persatuan yang mengikut undang-undang.





"Dalam jangka masa pendek, pelbagai program telah diatur antaranya konvoi berkumpulan dengan mengadakan aktiviti komuniti, program kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu untuk mendekatkan mereka dengan program keagamaan serta ilmiah.

"Selain itu, kerajaan negeri juga akan mengadakan program permotoran di perkarangan Stadium Gong Badak sebulan sekali dan kerjasama dengan pelbagai institusi kemahiran seperti IKBN, TATIUC dan TESDEC untuk memberi peluang kepada golongan ini mendapatkan sijil kemahiran yang dapat membantu kerjaya  mereka," katanya.

Rozi berkata demikian ketika menjawab soalan Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) yang ingin tahu usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah mat rempit di  negeri ini.

Beliau berkata bagi mat rempit yang berusia antara 18 dan 19 tahun dan tidak mempunyai perancangan masa depan, kerajaan negeri sedang mengadakan kursus khas untuk mereka melalui Belia Permata Terengganu.

"Bermula bulan ini, kerajaan negeri sedang melatih 4,800 belia setahun dalam program untuk meningkatkan kerjaya dan kita akan menyerapkan golongan ini ke institut kemahiran itu secara berperingkat.

"Kerajaan negeri mengambil pendekatan mesra mat rempit dan cuba memenuhi kehendak mereka seperti mengadakan litar lumba di perkarangan Stadium Gong Badak, selagi ia tidak membawa kemudaratan kepada orang lain," katanya.

11

Bagus
17

Marah
25

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-9-2014 04:17 PM
napw xbuka kilang modenas kt terengganu.

eh lupa nak tanya modenas dh tutup kilang ke ? atau bailout mcm proton?
Quote mak_wa95 25-9-2014 04:21 PM
mat rempit yang azeeezzzzzz bela tu jadi apa dah...
Quote boyagombak 26-9-2014 10:30 PM
Campak Mat Rempit semua dalang hutang cari kayu dang dalang laut g cari ikang. baru demey tau langit tinggi ke rendah
Quote kitty_lynne 26-9-2014 10:58 PM
Motor rasmi mat rempit adalah honda ex5....
Quote lavaOkay 26-9-2014 11:10 PM
boyagombak posted on 26-9-2014 10:30 PM
Campak Mat Rempit semua dalang hutang cari kayu dang dalang laut g cari ikang. baru demey tau langit ...

lu dah tau langit berapa tinggi berapa rendah ka??





Quote boyagombak 27-9-2014 07:22 PM
Orang baik2 akn rasa langit tu rendah jer. Rezki turun melimpah2
Org x baper baik akn rasa langit tu tinggi, rizki pyh nk dapat
Okaylaba
Quote batmana 27-9-2014 10:39 PM
Buat perintah berkurung je.. Siapa2 yg bwa moto pkul 7 mlm ke atas tnpa permit. Bole kene tembak..
Quote zorrro_03 27-9-2014 10:51 PM
Katanya aktiviti rempit dah kurang sejak razif jadi mb. Harap ia terus spt skg.  
Quote ikan_kaghing 27-9-2014 10:52 PM


Aku tersenyum sinis aja lihat betina sundal santapan mat rempit yang begitu gigih merangkul pinggang pasangan mengawannya itu.

Barangkali dalam hati beliau begitu bangga karna memiliki jantan yang begitu berani sekali merempit dengan satu tayar.

Harap beliau tidak menyesal apabila mampos terkangkang tersondol bontot lori sehingga penampakan bra dan g-string kaler pink nanti.

Bukannya beliau tak tahu kot....tuhan la ni bayaq cash aja.
Quote atekome 28-9-2014 02:22 AM
Mnusia plg bdoh dn plg jijik adalah mat rempit..kalo nk mmpos tk myusahkn org tkpe nie blh bt org laen cdera kt jln raya..aku rs lbih jijik mreka nie dr babi tonyok.atleast babi tonyok tk merempit d jln rayer
Quote bmw_e34 28-9-2014 08:24 AM
mat rempit zaman dulu yg kalau tak mati dan berjaya, akan pakai honda civic eg pulak..pun dirempitkan


kalau kat US, golongan yg minat Nascar nih kira mat rempit sejak keciklah
Quote HaifaHanna 28-9-2014 09:47 AM
zorrro_03 posted on 27-9-2014 10:51 PM
Katanya aktiviti rempit dah kurang sejak razif jadi mb. Harap ia terus spt skg.

Katanya.....
Tp...hakikatnya..??
Hahahahaha.........
Quote zorrro_03 28-9-2014 10:38 AM
Kau jgn lah kata gitu.  Mereka yg gigih merempit tu dalam hati nya ada dacing.  Wakakakaka.....

@ikan_kaghing
Quote annehuda 28-9-2014 10:46 AM
pasni buatla usaha membanteras kes2 kepelikang tanpa batasang kt ganu tu ye jgn mat rempit je dihapuskan
Quote -electrifying- 28-9-2014 02:31 PM
mat rempit si kaki batak perhatian.
Quote AYAKAISHI_AYASY 28-9-2014 02:36 PM
Aq tak tau apa benefit diorang
Quote cucumberkl 28-9-2014 02:42 PM
Ape la bodoh gomen sokong mat rempit !
Tp umNGOK memey syg spesis ni, jantan ngn betina sama jah penyumbang anak harom
Quote cHimo 28-9-2014 02:45 PM
Ok lepas kalah lumba tak puas hati gadoh pulak kalau x pun awek jadi taruhan .
Quote ajinomotonosuga 28-9-2014 04:22 PM
bila nak mesra geng sutun plak?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.469535 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top