CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Badan Dipenuhi Cacing Kerana Makan Sushi

25-9-2014 06:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24638| Komen: 145

Description: Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap at ...
Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi



   - Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal
   - Imbasan mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti oleh cacing pita
   - Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah dimakannya
   - Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang semakin melambung tinggi

China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.

Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.

Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.

Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.

Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.

(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).


Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.

Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak .

4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 25-9-2014 04:14 PM
Eeeeeee
Takut nya
Aku slalu pilih jagung n telur saja..
Kurang minat salmon..huhu
Quote kabukiman 25-9-2014 04:18 PM
aiyark... for real ahhh
Quote melia_star 25-9-2014 04:19 PM
hallamakkk...aku suka sushi gak....kdg2 je mkn sushi salmon.....takutnyaaa.......

katanya ikan air tawar...kalu ikan mcm talapia, keli, haruan bgai tu mcm mana pula????
Quote spiderman80 25-9-2014 04:20 PM
Habislah kalau berita ini tersebar. Esok jualan Sushi King pasti jatuh.
Quote Omong 25-9-2014 04:26 PM
org sarawak biasa je makan umai: (isi ikan separa masak?) iaitu isi ikan campur perahan limau + bawang + cili . .
xde ape2 pon . .
Quote Modngengade 25-9-2014 04:30 PM
Omong posted on 25-9-2014 04:26 PM
org sarawak biasa je makan umai: (isi ikan separa masak?) iaitu isi ikan campur perahan limau + bawa ...

tapi rasanya dlm kes umai....perahan air limau yg berasid tu dpt mematikan parasit....entahlah....

Quote rospinki 25-9-2014 04:30 PM
eerrr...seram ngk
Quote watie_na 25-9-2014 04:30 PM
meremang bulu roma tengok gambar tu. aku suka je makan burger daging 1/4 masak. sushi telur ikan tu sedapppppp
Quote Eric.n9 25-9-2014 04:32 PM
Mcm manopun sushi totap sodap.
Quote shuk_one 25-9-2014 04:33 PM
alamak baru jer terpikir nak cari sushi buffet...
Quote Vellfire 25-9-2014 04:33 PM
eeeee merata2 cacing soping yer
aku tak pernah makan sushi seumur hidup aku
Quote applemy 25-9-2014 04:36 PM
Alamak.. smoked salmon pun tak elok ke??

Ai dah lama berhenti makan sushi.. makanan jepang yg masak je ai masih layan.

Dlm Isle pun disaran makan makanan yg dimasak elok2 well done, kan..
Quote applemy 25-9-2014 04:39 PM
Modngengade posted on 25-9-2014 04:30 PM
tapi rasanya dlm kes umai....perahan air limau yg berasid tu dpt mematikan parasit....entahlah.... ...

Wasabi pun dikatakan boleh bunuh parasit.. mmg adab makan mentah.
Quote Modngengade 25-9-2014 04:40 PM
applemy posted on 25-9-2014 04:39 PM
Wasabi pun dikatakan boleh bunuh parasit.. mmg adab makan mentah.

haah ada yg ckp mcm tu..mungkin cina ni mkn tanpa wasabi sebab wasabi tu kan ker stinging sikit kepedasannya...

Quote clarizsa 25-9-2014 04:44 PM
i suka sushi... n raw salmon.... sgt yummy..

dia x mkn dgn wasabi ke?? utk bunuh kuman2, larva etc tu...
dan juga ptut mkn dgn perahan jus limau or lemon...
Quote tupaiterbang 25-9-2014 04:44 PM
silap ni..ekceli mamat tu terlebih makan babi
Quote leezzaliza 25-9-2014 04:45 PM
klau mkn sushi pun aku selalu ambik yg isi ketam, telur or tuna je... mentah2 aku sangat geli nk makan
Quote Artemesiaa 25-9-2014 04:46 PM
Euwww gelinya itulah apa2 yang diambil dalam kadar banyak selalu memudaratkan
Quote CrowneGlory 25-9-2014 04:48 PM
Teringat dulu ada lelaki Jepun asik pening kepala...sekali cek penuh ulat dlm tengkorak kepala dia.. Makan sushi punya hal gak

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.149813 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top