CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Awal Ashaari Hanya Salah Faham - Produksi 'The Band'

26-9-2014 03:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7693| Komen: 22

Description: Pada 17 September Lalu Menerusi Laporan Mstar Online, Awal Berasa Kesal Apabila Syarikat Produksi Rancangan The Band Masih Lagi Belum Menjelaskan Baki Bayaran Tugasnya.
Awal Ashaari Hanya Salah Faham - Produksi 'The Band'

Awal Ashaari



PETALING JAYA: Pihak produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) menjelaskan, isu pihaknya tidak membuat pembayaran penuh kepada pengacara Awal Ashaari adalah satu salah faham.

Jurucakap produksi tersebut berkata, selepas laporan mengenai kekesalan Awal yang masih belum menerima tunggakan bayaran sebanyak 80 peratus disiarkan mStar Online, pihaknya terus menghubungi pengacara itu bagi menyelesaikan masalah tersebut sebagai bukti pihaknya tidak pernah lari dalam melaksanakan janji.

"Sebenarnya terdapat sedikit salah faham antara pihak kami dan Awal. Dia tidak tahu bahawa dia masih dalam proses untuk menerima bayarannya itu.

"Takkanlah dalam produksi itu hanya Awal sahaja yang tidak dapat bayarannya, sedangkan artis lain telah mendapat wang masing-masing. Selepas Awal mendedahkan yang dia belum menerima bayarannya, kami terus menghubungi pengacara itu bagi menjelaskan situasi sebenar," katanya yang menghubungi mStar Online pada Khamis.

Pada 17 September lalu menerusi laporan mStar Online, Awal berasa kesal apabila syarikat produksi rancangan The Band masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.

Sementara itu, kata jurucakap produksi itu, pihaknya akan mengadakan sidang media khas pada tengah hari Jumaat (hari ini) bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara pihaknya dan Awal.

"Pihak kami ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan profesional, lebih-lebih lagi kita saling bekerjasama dalam industri seni hiburan tempatan.

"Kerana itu, pihak kami mahu membuat penjelasan secara terperinci pada sidang media yang akan dianjurkan esok (Jumaat). Selain itu kami juga akan membuat beberapa pengumuman lain," ujarnya.

The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman.

Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu.


1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 26-9-2014 05:16 AM
Dah kecoh baru nak bayar. Dan-dan ckp dlm proses pembayaran. Kesian nyer....
Quote putehkundor 26-9-2014 07:55 AM
Sapa yg menang band sendu sedan ni?
Famous tak juara nya.....
Ntah2 mcm juara af2013....baru jah baca thread juara af2013 tadi....tapi nama pun dah lupa
Quote jula7 26-9-2014 07:58 AM
mcm xde ending je program ni...
sape menang pun aku tak tau..
publisiti ke laut ke?
Quote epysha 26-9-2014 08:00 AM
memang tawar hati la astrok nak ambik awal lagi...
Quote duquesne 26-9-2014 08:13 AM
Huh.. statement cover line.. siap nak buat PC just to explain the situation.. tak perlu la.. just explain apa tindakan selanjutnya, then settlekan.. isu takde la besar mana sangat pun sampai nak buat PC..

Quote kentel 26-9-2014 08:21 AM
cite sendu ni??ade ke orang tengok??
Quote aechae 26-9-2014 08:25 AM
prog mmg sendu tp dh ko gna khidmat org tu, bayar lah cpt....ntah si awal tu dh plan mcm2 dgn duit tu utk ank bini, family sume
Quote megalady 26-9-2014 08:51 AM
mane budak2 yg masuk program ni erk...? cm xde cite lps hbs program ni...? sendu sesendu sgt nih....
Quote soraya 26-9-2014 08:52 AM
elok gak awal kecoh kat media.....baru si produksi nak gerak bayar duit orang....kehkehkeh
Quote hanamunir 26-9-2014 08:57 AM
haih tak kan awal tak call korang dulu minta2,
ni mesti awal da geram sangat
baik heboh kat media,
baru nak menggeletis cakap dalam proses konon..
Quote tomet05 26-9-2014 09:35 AM
er kk.. so damai leklok lah k
Quote azman888 26-9-2014 09:39 AM
dah kecoh baru nak bayar.... silap2 ni nanti pusing cerita....puiii
Quote edoraixora 26-9-2014 09:40 AM
perlu ke sampai nak buat sidang media??
Quote ilya 26-9-2014 09:51 AM
Guna khidmat orang pastu senyap... Choiii

masuk paper baru hegeh nak bekap diri... Double Choiii
Quote maxim 26-9-2014 09:54 AM
ilya posted on 26-9-2014 09:51 AM
Guna khidmat orang pastu senyap... Choiii

masuk paper baru hegeh nak bekap diri... Double Choiii

npe aritu uols pegang hp terbalik
Quote ilya 26-9-2014 10:02 AM
maxim posted on 26-9-2014 09:54 AM
npe aritu uols pegang hp terbalik

Udah skrip mau gitu,

feeling ngamokkan, pengarah kata terjemah dari segala sudut. iolzz wat ler bagi gempak... hebat tak lakonan I?

fuf fuh!! sambil tiup kuku jari..
Quote blackred99 26-9-2014 10:02 AM
statement cover line, motip sgt nk produksi nak PC bagai, rancangan sendu pun tetap kena byr gak hokay.
Quote Tura_04 26-9-2014 10:03 AM
Some company meman g camtu.. bila kite call cara baik .. macam macam alasan bagi,
Bagus gak Awal wat camni, biar n aik skit nama ... pastu baru management gelabah dog... tau takut..
Siap nak wat press conference lagii...
kalau aku pun aku amik tindakan cam Awal jugak..
Quote zila_hakimie 26-9-2014 06:25 PM
Iols suka one juicy

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062820 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top