CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Faizul, Juara Af 2013 Akur Tidak Popular

26-9-2014 04:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10598| Komen: 61

Description: Faizul Atau Nama Sebenarnya Mohd Faizul Sani, 29, Berkata, Perkara Tersebut Disebabkan Dia Terlalu Sibuk Memberi Komitmen Terhadap Prosos Pembikinan Album Pertamanya Berjudul Faizul Sany Sehingga Kura ...

Faizul, Juara Af 2013 Akur Tidak Popular

Faizul harap album Faizul Sany diterima peminat.



PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Faizul sedar  namanya kurang dikenali  berbanding rakan-rakan seangkatanya selepas berakhirnya program realiti tersebut kira-kira setahun lalu.

Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, 29, berkata, perkara tersebut disebabkan dia terlalu sibuk memberi komitmen terhadap prosos pembikinan album pertamanya berjudul Faizul Sany sehingga kurang menghadiri majlis yang mendapat liputan media.

"Selepas AF 2013 berakhir saya sedar nama saya agak perlahan jika dibandingkan rakan-rakan lain, ini kerana saya jarang pergi ke majlis-majlis yang mendapat liputan media.

"Tempoh setahun itu saya gunakan sepenuhnya untuk menghabiskan masa pembikinan album ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album pertamanya iaitu Faizul Sany, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Album yang memuatkan sembilan buah lagu itu turut menggabungkan beberapa komposer seperti Audi Mok, Faizal Tahir, Amir Jahari, dan Omar K. Album tersebut menampilkan lagu ciptaannya sendiri iaitu berjudul Perempuan dan dua buah lagu iaituSurat Untuk Sahabat dan Lullaby yang lirik ditulis sendiri.

Tambahnya, biarpun tidak dikenali namun dia mengakui berbangga apabila muncul dengan menghasilkan sebuah album penuh.

"Orang kata saya sepi dan kurang muncul di media cetak dan elektronik selepas AF 2013, oleh itu saya buktikan hari ini saya menyepi kerana sibuk menghasilkan album ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Faizul berkata, lagu paling memberi kesan dalam hibupnya adalah laguLullaby yang berkisar tentang luahan perasaanya selepas putus dalam hubungan percintaan yang dibina hampir tujuh tahun.

"Lagu itu sangat menyentuh perasaan saya kerana saya menulisnya mengikut pengalaman dan luahan hati saya ketika putus cinta.

"Hubungan tersebut berakhir disebabkan dia kurang yakin dengan pilihan saya untuk menjadikan muzik sebagai kerjaya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kehidupannya selepas bergelar artis, Faizul berkata, kemenanganya dalam AF 2013 lalu banyak membantu keluarganya yang kini berada di Sabah.

Katanya, wang kemenangan sedikit sebanyak dapat memperbaiki kehidupan dan kos rawatan ibu bapanya.

"Alhamdulillah wang kemenangan itu saya ambil RM6,000 sahaja, baki RM94,000 saya beri kepada keluarga. Mereka buat baiki rumah kami di Sabah dan selebihnya simpan untuk kos rawatan ibu dan ayah.

"Ibu dan ayah saya sudah tua dan sering sakit-sakit, jadi dengan ada sedikit duit dapat membantu sedikit sebanyak," ujarnya.


1

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 26-9-2014 01:12 AM

Quote maxim 26-9-2014 01:15 AM
ni first time iols tgk muka die
Quote maxim 26-9-2014 01:17 AM
gigihnya la wat album bagai. penyanyi yg dah establish pn susah nak jual album, ni kan plak ngko yg baru 1st time org tgk muka. sape nak beli dik




Quote doubleA 26-9-2014 01:19 AM
Kesiannya heols. Baru harini iols tahu segala2nya.

Good luck la faizul sany. Yg nyanyi lagu sepasang sayap tu kan. Nasib lagu tu main jugak kat radio.
Quote MissLibra 26-9-2014 01:22 AM
sekurang kurangnya dia berusaha bekerja mencari tempat dan tidak menyundel dalam industri
Quote rosmahisham 26-9-2014 01:26 AM
sedih pulak baca paragraph hjg2 tu..semoga berjaya dlm industri ya dekkk..slu tdgr lagu heols kt era..tp iols x minat pulaks lagu tu..
Quote setokinpurple 26-9-2014 01:29 AM
Tak ingat pon dia pernah jd juara af lepas. Azhael lebih popular dr dia
Quote kakasotong 26-9-2014 01:41 AM
Bagusla sedar diri tu sendu. Do something la kalo nak bertahan dlm industri. Sbb xdak xfactor la psl tu heols sendu yg amat sejuk beku bagai dlm freezer.

Bertabahlah faizul. Yg penting jgn sesekali belakangkan mak ayah.
Quote Orix 26-9-2014 03:05 AM
ok la tu. dr dia sibuk mempemeskan diri dgan kontroversi. baik dia wt album. go faizul go.
Quote mrsLucky 26-9-2014 03:10 AM
Kasian tak kenal pon...i tak tengok AF last year so lousy
Quote drivethru 26-9-2014 04:51 AM
Kalo dah sendu tu, cuba nasib dekat rajalawak plak. Mane tahu kot-kot boleh jadi pelawak popular.
Quote mat_arof 26-9-2014 05:54 AM
kau pun x kenal .....hari tu nampak kat konsert AF itu je sekali lihat dia...


mmmmm......semoga berjaya lar ye....

walaupun memang sejuk beku pun...
Quote Lula2 26-9-2014 06:50 AM
setokinpurple posted on 26-9-2014 01:29 AM
Tak ingat pon dia pernah jd juara af lepas. Azhael lebih popular dr dia

Azhael popular ke skrg??
Tak penah dgr lagu pon..lagu konsert final pon sendu..
Quote beta_carotene 26-9-2014 06:52 AM
mcm muka ostad fake sham kamikaze
Quote rosasa 26-9-2014 07:27 AM
suka lagu dia yg rancak sikit tu..ok je suara
Quote putehkundor 26-9-2014 07:45 AM
Kalau lalu sebelah mak teh pun mak teh tak kenai....
Cam tak dak aura jah...
Sendu kau dik.....kesian.
Quote lurve82 26-9-2014 07:46 AM
Ooo dia la juara thn lpas? Bru tahu....
Quote silampumeja 26-9-2014 08:14 AM
aku suka je dia... tapi mmg betul dia kurang tonjolkan diri...dia jujur rasanya...memang dlm instag pon banyak tnjik dia duk buat keje2 album dia... takpe.. kan kalu fenomena sangat cepat pulak dia jatuh...ni dia slow2....yang penting hasilkan sesuatu yg berkualiti....kalu tgk dia punya youtube best2 performance dia... Sepasang sayap tu best ciptaan amir jahari... nanti nk dgr lullaby tu plak la...
Quote jula7 26-9-2014 08:15 AM
lagu perempuan dia tu best apa???
ahkak likeee u faizul...
comel je..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.071964 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top