CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Karl Shafek, Ajak (Shiro) Kemalangan

26-9-2014 04:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12575| Komen: 21

Description: "Dalam Keadaan Jalan Sesak, Tiba-Tiba Sebuah Kereta Jenis Toyota Telah Melanggar Belakang Kenderaan Saya. Selepas Semuanya Turun, Saya Dapati Kereta Toyota Itu Dilanggar Oleh Kereta Dipandu Karl Sha ...
Karl Shafek, Ajak (Shiro) Kemalangan

Karl Shafek



PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Karl Shafek terbabit dalam kemalangan jalan raya yang turut membabitkan pelakon Ajak (Shiro) dalam kejadian di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Kota Damansara di sini pada petang Khamis.

Karl Shafek atau nama sebenar Khairul Shafek Ibrahim, 34, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika dia dalam perjalanan ke sebuah majlis di Putrajaya.

"Semasa kejadian itu saya dalam perjalanan ke Putrajaya dan tiba-tiba kereta depan berhenti mengejut sehingga saya tidak dapat mengelak.

"Ada tiga kereta termasuk kereta saya yang terlibat dalam kemalangan itu. Mengejutkan kereta pelawak Ajak (Shiro) turut sama terlibat. Dia pula ketika itu dalam perjalanan untuk pergi latihan Anugerah Lawak Warna di Shah Alam.

"Kemalangan tersebut juga menyebabkan lebuhraya tersebut mengalami jem teruk beberapa jam," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.


Kereta yang dipandu Karl Shafek.


Bagaimanapun, Karl berkata, dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu dan begitu juga Ajak serta pemandu-pemandu lain.

Tambahnya, kereta jenis Myvi yang dinaiki itu mengalami rosak teruk dan mengambil masa sebulan untuk diperbaiki.

Karl berkata, perkara tersebut menjadi masalah apabila sukar untuk dia bergerak ke lokasi penggambaran.

"Saya tidak mengalami apa-apa kecederaan cuma kereta saya saja yang teruk pada bahagian depan dan enjin.





















"Saya difahamkan ambil masa sebulan untuk dibaiki dan sekarang menjadi masalah kepada saya untuk bergerak ke mana-mana, jadual saya bulan ini pula padat dengan penggambaran," ujarnya.

Sementara itu Ajak yang dihubungi berkata, kereta jenis Honda Accord yang dipandunya hanya mengalami kerosakkan kecil apabila bampar bahagian belakang keretanya itu calar.

Katanya, dalam kejadian berkenaan dia tidak menyangka pelakon Karl Shafek turut terlibat dalam kemalangan berkenaan.

"Dalam keadaan jalan sesak, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota telah melanggar belakang kenderaan saya. Selepas semuanya turun, saya dapati kereta Toyota itu dilanggar oleh kereta dipandu Karl Shafek. Bagaimanapun kami tak ada apa-apa, " katanya.

11

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Grengo 19-9-2014 11:06 PM
Semoga tabah melayari hari2 esok tanpe krete.. :lol
Quote enchikfitz 19-9-2014 11:14 PM
ala...jadi celeb ni kayya kot. Payment tinggi. Tuka baru je la...tak nak tukar? Tumpang adik beradik ke kawan2 ke...senang
Quote enchikfitz 19-9-2014 11:15 PM
ala...jadi celeb ni kaya kot. Payment tinggi. Tuka baru je la...tak nak tukar? Tumpang adik beradik ke kawan2 ke...senang
Quote setokinpurple 19-9-2014 11:15 PM
nasib baik bawak myvi nk repair pon murah sikit. ingat audi ke ferari ke kemalangan.
Quote ice98 19-9-2014 11:56 PM
Maknenya kete ajak yg depan sekali???
Quote NadineNajmie 20-9-2014 12:41 AM
Punca drpd ajak ke?
Quote myrustyme 20-9-2014 04:27 AM
karla ni naik myvi ke.. igt artis naik kete grand2..
Quote aderaderker 20-9-2014 07:03 AM
Nape aku selalu rasa myvi ni kete pompuan...
Quote rosasa 20-9-2014 10:36 AM
aderaderker posted on 20-9-2014 07:03 AM
Nape aku selalu rasa myvi ni kete pompuan...

fishy kan
Quote toxicated 20-9-2014 11:14 AM
Karla myvi perempuan langgar toyota.toyota langgar accord. So karla laa paling tak sempat brek..
tp karla salahkan kete depan yg brek mengejut.
pinjam la kete kawan2 english man ko karla oi.takkan style je lebih kete takde kan.
Quote mast3r 20-9-2014 11:42 AM
Bkn ke karl ni ade keta vw?
Quote tomet05 21-9-2014 12:49 AM
lom rejeki dia nak pakai axia nih kot ..
Quote amirgo 23-9-2014 07:23 AM
Lambat gak siap keta Kalau claim insurans
Quote 4cupcakes 24-9-2014 12:44 PM
pinjam kat david teo la... dia banyak kereta maaa
Quote ana_w_houb 28-9-2014 03:56 AM
masa naik kereta ada baca bismillah tak?
Quote billionman78 28-9-2014 03:20 PM
ajak shiro tu aku kenal. karl Syafiq ni siapa pulak ye
Quote giyomi 29-9-2014 11:39 AM
Eleh xcdent ckit je pon nak kecoh...ingatkan tadi serius sampai masuk spital ker apa. Karla mgelamun nak jumpa englishmen dia mlm nnt kot smpi x sempat nak brek.
Quote supernaturalee 29-9-2014 02:10 PM
NadineNajmie posted on 20-9-2014 12:41 AM
Punca drpd ajak ke?
"Dalam keadaan jalan sesak, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota telah melanggar belakang kenderaan saya. Selepas semuanya turun, saya dapati kereta Toyota itu dilanggar oleh kereta dipandu Karl Shafek. Bagaimanapun kami tak ada apa-apa, " katanya.
kannn


ajak depan
tengah toyota
belakang skali karla

Quote kejoraria 29-9-2014 02:13 PM
klau claim guna insurance mmg selalunya ambik masa yg lama.....klau ada dua kereta tak jd masalah

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057360 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top