CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Raja Ema Fokus Bisnes

26-9-2014 05:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10258| Komen: 18

Description: “Pijama Juga Akan Membuatkan Pemakainya Kelihatan Comel Terutama Apabila Menampilkan Pelbagai Warna Dan Corak.
Raja Ema fokus bisnes



Dalam hidup, tiada yang terlambat. Jika apa yang diimpikan diiringi usaha gigih, kejayaan pasti menyusul.

Itulah kata-kata hikmah dipegang pelakon popular era 80-an, Raja Ema Raja Ibrahim apabila pada usia 45, memulakan perniagaan dengan menjual baju tidur.
Katanya, dia tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh sebaliknya mahu membina empayar perniagaan baju tidur sedang diusahakan agar menjadi legasi kepada anak-anak.

“Tidak dinafikan ramai bertanya tidakkah mahu berumah tangga lagi. Waktu sama ada juga yang cuba mendekati tetapi pada saya, ia bukan lagi kepentingan dalam hidup.

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Walaupun sendiri tanpa lelaki bergelar suami, saya senang dan dapat melakukan apa yang diimpikan.


“Dulu masa anak-anak masih kecil, tidak dinafikan saya banyak memikirkan perkara itu (bersuami) kerana mengharapkan ada lelaki yang menjadi tempat bergantung.

“Namun kegagalan berumah tangga sebelum ini banyak memberi pengajaran. Sekarang saya tidak risau lagi kerana anak-anak sudah dewasa dan mereka sentiasa bersama saya,” katanya.

Raja Ema mengejutkan peminat dengan berita perkahwinannya dengan penyanyi nusantara, Sheqal pada 1993 tanpa sebarang gosip percintaan dan mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putera Amar dan Putera Alqasha, masing-masing kini 19 dan 17 tahun.

Selepas bercerai dengan Sheqal, Raja Ema berkahwin lagi dengan lelaki yang dirahsiakan identitinya dan ber-akhir dengan perceraian.

Dalam meniti hidup sebagai ibu tunggal, Raja Ema lebih senang me-ngisi masa dengan membaca jika tidak sibuk di lokasi.

Katanya, bahan bacaan mereka yang berjaya dalam membina empayar perniagaan menjadi pilihannya sebagai pembakar semangat.

Penyanyi yang mula dikenali melalui lagu Angan-Angan itu mengakui ada pihak mempersoalkan langkahnya itu sewaktu mula-mula mahu melakukan perniagaan baju tidur.

“Ada yang kata dalam usia 40-an, mampukah lagi saya nak berniaga tapi saya berpegang pada kisah hidup pelakon Hollywood, Jaclyn Smith, bintang drama bersiri Charlie’s Angel.

“Dia memulakan perniagaan pada usia mencecah 48 tahun dan sekarang dia antara artis yang berjaya sebagai ahli perniagaan. Saya mahu mengikuti jejak langkahnya,” katanya.

Kata Raja Ema, situasi mungkin berbeza sekiranya dia memulakan perniagaan baju tidur itu sewaktu usia muda dan tumpuan mungkin tidak dapat diberikan sepenuhnya.

“Entahlah dalam umur dan situasi sekarang, saya rasa keyakinan itu lebih tinggi. Saya berasa jauh lebih berani berbanding dulu untuk berhadapan dengan risiko.

“Mungkin juga pengalaman hidup yang saya lalui sebelum ini ba-nyak mengajar. Saya tidak pernah me-nyesali apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang kerana jika ia tidak berlaku mungkin saya tidak menjadi seperti Raja Ema yang peminat lihat sekarang,” katanya.

Mengenai pemilihan baju tidur , Raja Ema berkata sejak remaja lagi dia memang menggemari pijama dan selalu menggunakannya.

Katanya, oang kita kalau sebut baju tidur mesti ramai kaitkannya dengan baju kelawar atau kain batik yang mudah dan ringkas.

Hakikatnya kata Raja Ema, menggunakan pijama lebih mudah, selesa serta dilihat lebih sopan.

“Pijama juga akan membuatkan pemakainya kelihatan comel terutama apabila menampilkan pelbagai warna dan corak.

“Semua baju tidur yang saya jual meterialnya saya pilih sendiri dari kain satin hinggalah kapas bermutu tinggi. Bagaimanapun saya menjual-nya de-ngan harga berpatutan,” kata-nya.

Memastikan perniagaan diusahakan dapat dilaksanakan dengan baik, Raja Ema menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran dan penjualan secara terus.

“Saya turut mencari stokis tetapi penjualan kepada mereka dibuat secara tunai bagi mengelakkan berlaku beban hutang yang boleh menyebab-kan pusingan modal terganggu.

“Saya juga berusaha menghasilkan pelbagai jenis baju tidur wanita mahupun lelaki selepas ini,” katanya.

Sebagai meluaskan lagi pernigaannya, Raja Ema buat julung kali menjual baju di bazar OMG Fest yang akan berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Sela-ngor di Seksyen 27, Shah Alam pada 27 dan 28 September ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-9-2014 05:06 PM
pastikan tak jadi mcm neelofa tiru copy paste design remaja dan peniaga kasut
Quote tomet05 25-9-2014 05:07 PM
nape x sensetkan tuh ..
Quote hanie_z 25-9-2014 05:10 PM
Wahh, bagusnya..
Kagumm...!!
Quote soraya 25-9-2014 05:34 PM
perniagaan baju tidur??...kehkehkeh...takpe yg penting ada daya usaha nak maju...kehkehkeh
Quote dubuk 25-9-2014 06:01 PM
baju tidur yang see through mesti laku
Quote encikWawad 25-9-2014 06:13 PM
ok la baju tido - leh gak berjaya sedangkan jual bantal leh dapat sejota setahun
tapi setakat amik baju tido dari negara asal shilalat - pastu tepek lebel sendiri
macam tak maju jahhh
Quote kiyudi 25-9-2014 06:20 PM
sendu nyer bisnes ahkak ni......nextttttttttttt
Quote Suchi 25-9-2014 06:34 PM
igtkn jual lingerie td
kt ig ade org jual lingerie sexy bak ang
tp hnya pompuan n yg umur 18 thn ke atas je bleh polo..
tp ade gak kot lelaki yg polo maybe yg share acc ngn bini kot sbb seller tu kata ade suami yg nk belikan seprais tuk bini..
kenan gak tgk cantik2  dan semestinya sexy amat..bg adiah kt org kawen mst gempak.
Quote alieyrina 25-9-2014 09:55 PM
Dia jd model x utk bju tidor nya itew ...
Quote nekjah 27-9-2014 06:28 PM
ok la tu jual pijama...jual baju seksi meksi kang kene hencap...
Quote lima_kupang 27-9-2014 06:34 PM
empayar perniagaan baju tidur...
doa kn kejayaan buat beliau....
Quote zafira 27-9-2014 06:57 PM
harap baju tidur yg dia jual xde ropol2.....
Quote pumpkinpatch 27-9-2014 10:26 PM
baju tidur collection dia hodoh giler. tapi kalau dia tau consumer dia macam mana ada lah pembeli. bagi aku, tak yah lah. Satin satin ni panas .
Quote kodokke 27-9-2014 10:55 PM
Aku tidor pkai tshirt je.syok ooooo
Quote kitty_lynne 27-9-2014 11:48 PM
zafira posted on 27-9-2014 10:57 AM
harap baju tidur yg dia jual xde ropol2.....

Baju tido cam pyjama... Rege rm120 sepasang
Quote kitty_lynne 27-9-2014 11:49 PM
pumpkinpatch posted on 27-9-2014 02:26 PM
baju tidur collection dia hodoh giler. tapi kalau dia tau consumer dia macam mana ada lah pembeli. b ...

Hodoh n overpriced... Rm120 sepasang
Quote Tongga 28-9-2014 10:56 PM
aku tdo pkai baju getah sluar pendek jer

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.491970 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top