CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Christina Suzanne Semakin 'Demand'?

29-9-2014 10:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16999| Komen: 77

Description: Pun Begitu, Dalam Melayari Suka Duka Industri Sepanjang Penglibatan Seni Sejak 2006, Pastinya Ada Kontroversi Yang Menghambat Diri Pemilik Nama Sebenar, Cristina Suzanne Stockstill, Ini.
Christina Suzanne Semakin 'Demand'?

Christina Suzanne

BINTANG ini pernah mengalahkan nama-nama besar dalam industri termasuk Nora Danish dan Lisa Surihani apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2013.

Menerusi filem KIL, bekas pramugari ini berjaya membawa namanya di tahap yang tersendiri walaupun berdepan dengan saingan sengit dalam industri seni.

Pun begitu, dalam melayari suka duka industri sepanjang penglibatan seni sejak 2006, pastinya ada kontroversi yang menghambat diri pemilik nama sebenar, Cristina Suzanne Stockstill, ini.

Selain kontroversi putus tunang, Cristina yang turut menggunakan nama, Kris Cempaka, ini juga turut berdepan dengan kontroversi lain apabila dia dikatakan semakin demand dan sukar memberikan kerjasama kepada media.

Pantas menyangkal dakwaan itu, Cris memberitahu bahawa pendiriannya itu bukanlah kerana demand atau sukar memberikan kerjasama, namun lebih kepada berhati-hati dalam berkongsi cerita.

"Sekiranya tiada perkembangan seni yang ingin dikongsi, saya agak berat untuk bertemu media.  

"Saya bukan susah nak beri kerjasama, apatah lagi demand kerana saya sedar, saya bukanlah popular mana. Namun, saya lebih utamakan karier kerana tidak mahu anak cucu saya hanya tahu mengenai kontroversi diri saya sahaja," kata wanita kacukan Melayu-Jerman ini.

Turut tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita, di Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM26) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Cris enggan meletakkan harapan tinggi untuk menang.

"Saya akan hadirinya tanpa apa-apa harapan. Menang atau tidak, saya terima dengan hati yang terbuka," katanya yang bakal muncul dalam telefilem terbitan Al Hidayah Production, Mr Istikharah, sempena sambutan Maal Hijrah pada 25 Oktober depan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote af_1993 28-9-2014 03:38 PM
berlakon kayu..ada hati nk demand
Quote mzzenma 28-9-2014 03:40 PM
Dia berlakon ok ja..menjadi gak
Kiut pula tu
Quote sayalala 28-9-2014 04:00 PM
xkenal sgt die nih..kih kih kih
Quote jefri90 28-9-2014 04:19 PM
dia memang best la berlakon. dlm KIL dia natural camtu, mcm xberlakon. dlm CEO, mcm dia dalam KIL. dalam nostalgila, nampak mcm weng sikit so ok la. kelahiran Pilih Kasih kan...ok laa...

btw yg dia mengalahkan ND n LS tu, ND n LS tu memang beatable pun...
Quote azie.dz 28-9-2014 04:27 PM
mohon dia low profile mcm maya karin...jgn menggedik sgt mcm org lain..

jaga bakat...
Quote soraya 28-9-2014 04:35 PM
muka dan badan dia cantek....so aku suka la juga....kehkehkehkeh....tapi dalam KIL tu besa-besa je lakonan dia ni...tak brp kayu tapi tak de la menjadi sgt ....kehkehkeh...usaha  lagi yerrr...
Quote sayang 28-9-2014 05:25 PM
Crissie....suka tgok die berlakon  sbb mcm x berlakon..natural je.. n sgt cool n sempoi.
Quote LomaPrieta 28-9-2014 05:57 PM
Banyak-banyak artis, entah kenapa aku paling suka dia ni. Dia ni humble gila kot, tak hipokrit lepas tu sempoi sangat. Aku cakap berdasarkan apa yang aku dah nampak depan mata aku lah. Plus dia comel
Quote True-X 28-9-2014 06:05 PM
Aku ske dia..ske nengok dia berlakon...

Dah putus tunang rupenyerr
Quote kakakmanis 28-9-2014 06:13 PM
Dia ni pndai berlakon, wayyyy better than Lisa Surihani yg tak ada improvement langsung.
Quote malaywood.NET 28-9-2014 06:35 PM
dia ni dulu masa ujibakat pilih kasih mcm tomboy.. tp dia ni iras luna maya sikit.
Quote OSEMMM 28-9-2014 08:03 PM
Apasal ku xpnah tgk lakonan dia
Quote fizamn 28-9-2014 08:08 PM
Dia ni mcm boring la on the 1st look... Macam sara ali... Not a poster type yet....
Quote pichee 28-9-2014 08:32 PM
Die berakon ok la...ape yg demand nye..

Ke wartawan yg kerek...hihi
Quote cucukkarang 28-9-2014 08:45 PM
fizamn posted on 28-9-2014 08:08 PM
Dia ni mcm boring la on the 1st look... Macam sara ali... Not a poster type yet....

Dia cam geng Ngan sara ali.. Penah nampak dia Kt instagram sara ali.. Mmg jenis yg x Guna muka untuk femes..
Quote wadiunong 28-9-2014 09:32 PM
jefri90 posted on 28-9-2014 04:19 PM
dia memang best la berlakon. dlm KIL dia natural camtu, mcm xberlakon. dlm CEO, mcm dia dalam KIL. d ...

Aku baru nk komen pasal nora & lisa tu, ko dah komen dah hehehe.  For me nora & lisa mmg tak layak pon
Quote mystica 28-9-2014 09:49 PM
my fav actress. dh lama tak tgk dia kat tv. sgt cantik and cool.
Quote matchstick 29-9-2014 01:16 AM
ok la dia nk demand pon. sesuai dgn bakat. emma membong yg kayu pon bole demand 10k per drama..
Quote lolali 29-9-2014 08:29 AM
dia ni ok la. ganas brutal gtuuh.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.256740 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top