CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Robert Irwin Jadi Crocodile Hunter

29-9-2014 05:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6653| Komen: 17

Description: Semasa Pertunjukan Itu, Robert, 11, Bukan Sahaja Tidak Menunjukkan Reaksi Takut, Malah Dia Kelihatan Gembira Ketika Mendekati Haiwan Ganas Berkenaan Sambil Dibantu Oleh Rakan Bapanya, Wes Mannion.
Robert Irwin Jadi Crocodile Hunter


ROBERT sudah mula berjinak-jinak bermain dengan haiwan liar.

QUEENSLAND - Anak kepada selebriti televisyen Australia, Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai 'Crocodile Hunter' mula mengikuti jejak langkah mendiang bapanya apabila beraksi bersama seekor buaya air masin di hadapan penonton di sebuah zoo di Sunshine Coast di sini, lapor MailOnline kelmarin.

Semasa pertunjukan itu, Robert, 11, bukan sahaja tidak menunjukkan reaksi takut, malah dia kelihatan gembira ketika mendekati haiwan ganas berkenaan sambil dibantu oleh rakan bapanya, Wes Mannion.

Para penonton yang menyaksikan persembahannya itu teruja apabila melihat Robert menghampiri reptilia itu sebelum mencampakkan potongan daging ke mulut haiwan tersebut.

"Saya pernah lihat dia (Robert) memberi makan kepada buaya beberapa kali sebelum ini namun jaraknya tidak terlalu dekat seperti ini," ujar seorang penonton.

Penyanyi terkenal Justin Timberlake antara penonton yang menyaksikan persembahan Robert.

Irwin meninggal dunia pada 4 September 2006 ketika berusia 44 tahun selepas disengat seekor ikan pari di terumbu Great Barrier Reef, utara Queensland semasa melakukan penggambaran televisyen. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kebabomb 27-9-2014 09:07 PM
Style rambut dia tak boleh blah!
Quote AcikLijah 28-9-2014 04:37 AM
share style rambut dengan mendiang abah dia..
Quote cikmi 28-9-2014 07:26 AM
macam letak tempurung kat kepala..hehehe
Quote Artemesiaa 28-9-2014 08:57 AM
Dah tu dipupuk dari bayi jadi itu juga jadi minatnya bila dah makin dewasa
Quote mattzzx 28-9-2014 09:56 AM
Harap suatu hari nanti dia boleh sehebat atau lebih lagi dari bapaknya...
Quote apalancut 28-9-2014 12:16 PM
crikeyyyyyyyyyy!!!!! m8te!!!!
Quote FazzXavierre 28-9-2014 02:56 PM
Ayah dia pergi sangat mengejutkan dunia. Ingatkan disebabkan oleh buaya rupanya seekor ikan pari.
Quote encikWawad 28-9-2014 03:06 PM
dah bapak dia dulu minat - so menurun la minat tu
tapi sometimes di pupuk juga minat anak tu yang memfolo bapak dia
Quote alieyrina 28-9-2014 05:46 PM
Bagusla ada jugak pembela dan pencinta haiwan liaq...kalau dpt ke kita ni asik nak bunuh ja la..dah takut kann..
Quote batmana 28-9-2014 09:24 PM
jgn jadi boya darat sudah...
Quote lima_kupang 28-9-2014 09:32 PM
tp masa jaman bapak dia dulu mmg gila...
tiap2 kali aku tngok mesti aku maki dia...
berani gila...dok buat kerja gila....
tp sayang umo tak panjang....ada jugak waris dia...
Quote talapia 29-9-2014 11:55 AM
crocodile hunter tewas dengan sting ray. tapi biasanye mereka yang obses dengan satu2 minat ni... mereka akan rasa bangga kalau mati dalam bidang yg dia minat. steve mati masa buat pengambaran rakaman rancangan apa ek?

a friend of mine... sangat obses dengan motorbike. dirt ride.. ditakdirkan mati masa tgh tunggu nak mula race. polis jumpa dalam van dia. kawan2 n family members rasa bangga dia mati dalam keadaan happy dgn apa yg dia minat.
Quote dani-rox 29-9-2014 11:43 PM
kakak dia, si bindi tuh pon sama. ada rancangan sendiri lg pasal hewan2 liar nih.



semoga adik beradik nih berterusan mempunyai minat menyebarkan pengetahuan dan membela nasib hewan, spt mendiang apak derang
Quote fifie_olin 30-9-2014 08:13 AM
mcm muka apak dia
Quote supernaturalee 30-9-2014 10:12 AM
@fifie_olin


fotostat  
Quote alieyrina 30-9-2014 09:36 PM
Syg nya steve xdpt tgk anak membesaq..lawa anak dara dia..
Quote hanna88 30-9-2014 11:39 PM
mase skool dulu suke tgk crocodile hunter..berani tahap ape tah steve tu
boleh pulak menyelam nak selamatkan buaya yg cedera..
berani betoi..mmg animal protector/lover..salute..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049294 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top