CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Nasib Wanita Kalau Tidak Jaga Badan

30-9-2014 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18989| Komen: 79

Description: Walaupun Dalam Beberapa Tahun Kebelakangan Ini Saya Perhatikan Dia Sengaja Tidak Ambil Makan Malam, Dan Agak Banyak Juga Wang Yang Dibelanjakan Untuk Beli Macam-Macam Produk Pelangsing, Sering Juga Sa ...
Nasib wanita kalau tidak jaga badan

Gambar hiasan

Pada suatu hari, anak bongsu tunjukkan sekeping gambar. Rupa- rupanya itu gambar saya bersama ibu, kakak dan abangnya kira-kira 15 tahun lalu.

Apabila saya tanya siapa dalam gambar itu, dijawabnya: “Pakcik.”

Saya ketawa. Isteri pun ikut tertawa. Tetapi dalam hati tertanya-tanya juga, berubah sangatkah saya hingga anak sendiri pun tidak kenal.

Esoknya, seorang kawan sekolah muat naik gambar kami ketika di tingkatan enam 24 tahun dahulu. Ya, tersangatlah bezanya. Alangkah langsing dan rampingnya saya pada masa itu.

Dua kejadian berturut-turut hari itu segera mengingatkan saya kepada sesuatu -  walaupun hakikatnya rupa fizikal saya sudah sangat jauh berubah namun selama ini saya tidak pernah pun ambil kisah tentang perkara itu. Bagi saya, bagaimanapun rupa, itu tidak pernah pun saya anggap sebagai masalah.

Ini berbeza dengan perhatian saya terhadap isteri. Sejak belum kahwin lagi, saya sering ingatkan dia supaya jaga badan.

Walaupun dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya perhatikan dia sengaja tidak ambil makan malam, dan agak banyak juga wang yang dibelanjakan untuk beli macam-macam produk pelangsing, sering juga saya ingatkan dia supaya “jangan sampai tak makan, jaga badan pun berpada-padalah”.

Sungguhpun begitu. dalam hati tetap berasa bimbang kalau-kalau dia juga jadi seperti saya - tidak ambil kisah dan biarkan sahaja badan naik seperti pelampung dipam.

Saya lelaki, hal tidak jaga badan sendiri lumrah bagi lelaki walaupun ada yang jaga lebih daripada wanita.

Apa pun, lelaki memang cukup mahu menjaga pemandangan matanya. Dan hajat mereka amat disokong kuat oleh wanita.

Untuk mengindahkan pemandangan mata lelaki, ramai wanita sanggup ikat perut, makan tengah hari hanya kulit epal dan makan malam hanya kulit pau.

Segala nafsu makan dikorbankan demi memuaskan mata lelaki. Lelaki jangan sesekali dibiarkan melihat karot (lobak merah) berjalan apabila berselisih  di jalanan. Manakala di rumah pula, suami jangan dibiarkan menyangka dirinya bermimpi melihat almari berjalan tatkala melihat isteri melangkah ke bilik air awal pagi.

Itulah sebesar-besar pengorbanan oleh wanita untuk lelaki.

Sebab itu, sudah jadi lumrah bagi kebanyakan isteri untuk menyediakan peruntukan khusus beli jamu, tonik, susu atau apa sahaja yang dikhabarkan boleh bantu mereka jaga bentuk badan.

Apa sahaja yang diiklan, mereka sanggup telan asal mata suami tidak berasa bosan. Ada juga yang sanggup berbelanja lebih masuk kelas aerobik, yoga atau tai-chi kerana bimbang apabila pir sudah bertukar jadi epal, akan timbul rasa benci dalam hati suami.

Alangkah mulianya hatimu wahai isteri!

Bagi yang tidak bekerja, tidak ada pendapatan sendiri, duit belanja dapur disimpan sedikit demi sedikit untuk beli acai beri!

Buatlah apa sahaja asal badan kekal langsing, perut jangan buncit. Buatlah apa sahaja asal suami memandang berasa ghairah, matanya tidak sakit!

Itu pada isteri, suami bagaimana pula?

Berbalik pada cerita saya tadi, anak sendiri pun tidak kenal pastinya kerana rupa saya yang sudah sangat jauh berubah. Mana tidak berubah kalau dahulunya pipih melayang, sekarang sudah rendang berbuah.

Namun selama ini, sama ada tembikai susu ataupun labu, ada aku kisah?

Itulah sikap kebanyakan suami. Hanya cenderung untuk memerhati isteri, diri sendiri tidak dipeduli. Mari kita perhatikan di sekeliling, berapa ramai suami yang berjalan membawa labu sayung ke sana ke sini setiap hari, apakah mereka pernah mengadu susah hati?

Ada atau tidak mereka diberi kata dua oleh isteri, sama ada mahu pilih dia atau labu sayung itu?

Rasanya tidak. Itulah sebabnya ramai suami yang tidak kisah akan perubahan bentuk badannya tatkala usia semakin meningkat. Ini kerana dia tahu bagaimanapun rupanya berubah, isteri akan tetap setia, tetap sayang... macam isteri saya!

Satu perkara lagi, saya yakin isteri-isteri tidak kisah kerana mereka percaya, suami yang berlabu sayung seperti saya, sahamnya pasti jatuh!

Dan menepati polisi ketidakadilan dunia, apabila perut lelaki buncit, mereka tidak pernah dipersalahkan sebaliknya dikatakan kerana isteri pandai masak, pandai jaga selera suami. Namun apabila perut isteri pula yang buncit, dia sendirilah puncanya, tidak pandai jaga badan.

6

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezzy 19-9-2014 09:03 AM
apa isu semasa nya
Quote MengkuduMasam 19-9-2014 09:03 AM
biasa laa pompuan/isteri.. bila ckp "awak da berisi laa kurus laa sket bagi fit sket badan tu"

dibalasnya... "awak tu xjaga badan boleh jer... nape sy kene plak"


perbualan terhenti disitu....
Quote heidi04 19-9-2014 09:07 AM
1st lady kita juga tidak menjaga badan tahap model.... aman2 jer dia i tengok...
Quote fire_place 19-9-2014 09:07 AM
ya..kdg2 bini ni tukang perabis makanan anak xhabis nak mkn.nk buang sayang..pikir penat suami cari duit.

tp utk aku sdiri jaga bdn bkn utk suami pun.tp utk kesihatan dan kepuasan sdiri.

laki2 selalu bg alasan isteri kena jaga bdn.lumrah laki2 suka kecntikan.so pg terjun lombong laki2 mcmni..sbb pikir ko je nak hadap perempuan bini cantik.bini ko xpikir lak.ngt hepi nak hadap perut busung ko tu.nak cakap kang takut suami sentap plk.tu sebahagian redha je.

lg satu mak nenek org2 tua ni yg jdkn ketidak adilan ni.sbbny bila ngn perempuan..badan ko ni jaga.kang suami cari lain.bila suami xnaik badan..andaikn suami org tu xcukup mkn.xbahagia.bila dempol perut busung..ni bahagia ni.pandai bini jaga suami.bsn btol nk ngadap org tua gini.
Quote magnus 19-9-2014 09:07 AM
Lelaki pemalas mmg tak kacak..gemuk boroi..pakai kemeja pun sendat..euwww
Quote aTiKah_aYuNi 19-9-2014 09:09 AM
kisah nyer ape?
Quote siputsedut 19-9-2014 09:10 AM
pompuan pun suka tengok laki badan cantik
Quote asudau 19-9-2014 09:13 AM
kalau nak bini cantik..bagi duit lebih sikit untuk maintainance diri bini
Quote kluangman 19-9-2014 09:22 AM
Nasib lelaki kalau takde duit

Biarlah buruk mana pun rupa lelaki tu tetapi kalau ada duit, ramai je perempuan yang suka.
Quote crossfire 19-9-2014 09:27 AM
bau peluh tengik....!!!! chubby si chubbyyyy...hihi
Quote KumbangPolkaDot 19-9-2014 09:30 AM
fire_place posted on 19-9-2014 09:07 AM
ya..kdg2 bini ni tukang perabis makanan anak xhabis nak mkn.nk buang sayang..pikir penat suami cari  ...

Setuju sgt ngn akak
Quote rospinki 19-9-2014 09:31 AM
perut manusia ni mcm getah makin disumbat makin membesar kapasiti dia..tapi kalau dibiasakan makan sedikit2 maka ia mengecil sendiri dan akan kekal sebegitu selagi tk paksa makan byk2 selalu.
Quote shernazz 19-9-2014 09:35 AM
Aku plak pikir sebab nak pakai baju yang payah nak cari saiz plus..
N.baju bujang aku still bleh pakai lagi..
Quote KumbangPolkaDot 19-9-2014 09:39 AM
shernazz posted on 19-9-2014 09:35 AM
Aku plak pikir sebab nak pakai baju yang payah nak cari saiz plus..
N.baju bujang aku still bleh pa ...

Ni sama mcm iols..baju iols dh la saiz paling kecik..kalau tak jaga badan sapa nk pakai baju tu..nak sedekah kat adik pon adik lagi besar dari kita
Quote jaja4 19-9-2014 09:46 AM
fire_place posted on 19-9-2014 09:07 AM
ya..kdg2 bini ni tukang perabis makanan anak xhabis nak mkn.nk buang sayang..pikir penat suami cari  ...

Betul ckap koo.. sngt setuju..
Quote shernazz 19-9-2014 09:47 AM
KumbangPolkaDot posted on 19-9-2014 09:39 AM
Ni sama mcm iols..baju iols dh la saiz paling kecik..kalau tak jaga badan sapa nk pakai baju tu..n ...

Lagi la sayang kan..
Nak beli baju..duit lagi..
Cerewet nak pilih lagi..
Dah la style skang ni hadoi hazabedah jugak kalo   rajin cari
Quote KumbangPolkaDot 19-9-2014 09:53 AM
shernazz posted on 19-9-2014 09:47 AM
Lagi la sayang kan..
Nak beli baju..duit lagi..
Cerewet nak pilih lagi..

Tau takpe
Quote mizahanan 19-9-2014 09:56 AM
Vongoks la laki yg asik kira pandangannya saja.
Quote siputsedut 19-9-2014 09:59 AM
fire_place posted on 19-9-2014 09:07 AM
ya..kdg2 bini ni tukang perabis makanan anak xhabis nak mkn.nk buang sayang..pikir penat suami cari  ...

kannn..part org tua tu mmg aku stuju..laki menggatal pun salah bini..asal ada tempat boleh tuding jari jahh...

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.102332 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top