CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Intan Ladyana Bertegas Enggan Jumpa Kamal

30-9-2014 12:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16540| Komen: 81

Description: Kata Kamal, Sehingga Kini Dia Masih Lagi Tidak Boleh Menerima Hakikat Bahawa Mereka Tiada Lagi Sebarang Hubungan Dan Masih Mengharapkan Agar Intan Dapat Bersemuka Dengannya Untuk Berbincang Tentang Hu ...
Intan Ladyana Bertegas Enggan Jumpa Kamal 


PETALING JAYA:
Pelakon Intan Ladyana menegaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Kamal Adli untuk memberi peluang bagi berbincang mengenai hubungan mereka yang sudah tidak apa-apa kaitan lagi.

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, sebelum memutuskan untuk berpisah, dia telah pun berbincang tentang perkara itu dan sudah menjelaskan sebab-sebab mengapa hubungan berkenaan perlu diputuskan.

"Saya rasa, tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ia sudah dibuat sebelum kami putus.

"Nak ikutkan... saya dah malas nak cakap tentang perkara ini kerana ia sudah pun selesai," katanya kepada mStar Online.

Dalam program Melodi (siaran TV3)Ahad lalu, Kamal meluahkan rasa kesal apabila hubungannya dengan Intan terputus begitu sahaja dan berharap agar dapat kembali menjalinkan hubungan semula dengan aktres itu.

Kata kamal, sehingga kini dia masih lagi tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka tiada lagi sebarang hubungan dan masih mengharapkan agar Intan dapat bersemuka dengannya untuk berbincang tentang hubungan berkenaan. Intan pada 25 Ogos lalu mendedahkan hubungan cinta bersama Kamal sejak enam tahun lalu akhirnya bernokhtah.

Keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu.

Sementara itu, Intan berkata, dia tidak akan mendedahkan sebab-sebab memutuskan hubungannya dengan aktor tersebut kerana ia terlalu peribadi.

"Tak payahlah saya nak menjaja cerita tentang cinta yang tidak kesampaian ini, bukannya orang suka dengar pun.

"Perkara ini melibatkan saya dan dia, jadi biarlah kami sahaja yang tahu sebab-sebab hubungan ini putus," ujarnya.

2

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosmahisham 30-9-2014 01:00 AM
erk..dh 32 taun minah ni lama kot bercintan dgn kamal adli..klu kawen dh blh dpt ank 3..pasrah n redha je la kot..






Quote enchikfitz 30-9-2014 01:07 AM
Rasanya intan pun dh fed up nk tgu si Kamal ni meminang dia. Dia pun dh berumur.
Quote im_cyclist 30-9-2014 01:10 AM
Mgkin jgk die dh fedup dgn kamal.,kan...
Quote apiang 30-9-2014 01:21 AM
hahahah pe lagi...kejar datok2 la pasni..bosan da dgn dak ingusan... jeng3...

kesian to both of them...

Quote cmf_blingblings 30-9-2014 02:03 AM
Mcm menunggu buah tak gugur, rugi aja menunggu....
Quote naina 30-9-2014 02:27 AM
6 thn..lmenya.mcm buang masa bercinta lama2
Kehulur kehilir selama berthn2 end up xde pape
tula aku rse intan fed up kot ngn kamal yg msh hingusan tu
mgkin xnk pikul tngjwb g..
aku cukupla 3,4 thn tu pon dr zmn blaja dan brtng
klu dh kerja awal2 tu trus kwen kot.haha
Quote mizzmimi 30-9-2014 02:59 AM
6 tahun.. lama nye..
Quote Wanawee 30-9-2014 03:17 AM
Lama sgt menunggu.elokla putus je Kalau takde tanda2 nak Ajak kawen
Quote mesmerize 30-9-2014 05:42 AM
intan ni lawa.. comel putih mulus muka dia .. tapi sayang selalu putus cinta.. dulu ngan kevin zahri, ni ngan kamal adli
Quote Munnalicious 30-9-2014 06:52 AM
Xpala... Nanti ada la yg thorbaik utk Intan.
Quote drivethru 30-9-2014 06:59 AM
Tu la ko, busuk sgt. Kan awek dah lari.
Quote mizzmimi 30-9-2014 07:07 AM
dah setuju putus.. takleh terima kenyataan..
Quote epysha 30-9-2014 07:54 AM
Wanawee posted on 30-9-2014 03:17 AM
Lama sgt menunggu.elokla putus je Kalau takde tanda2 nak Ajak kawen

dgn kevin zahri dulu pun mcm lama juga.
Quote damian_lee 30-9-2014 07:58 AM
time dorg dalam hubungan nmpk sgt kamal adli xnak mengikat intan ... klo aku jadi intan pun aku dh fedup ...
Quote siputsedut 30-9-2014 07:59 AM
kalau aku jd intan pun mls nk discuss...umur makin lanjut...berkepit sana sini...tp tak nampak pon laki tu serius...nk bincang mende lg...stakat nk sambung balik keluar paper bg statement kami nk kawin tahun dpn tp pasti lg bila? next year nye pun bg statement sama...ngok betul kamal adli
Quote hzln 30-9-2014 08:00 AM
sangat annoying spesis jantan sebegini
sekian lama kita bagi peluang demi peluang demi peluang utk betulkan keadaan
selagi ada sabar kita sabar lah
tapi orang take it for granted, as if we'd stay by their side for the rest of our lives, come what may
bila akhirnya kita buat keputusan, enough is enough, i can't take this shit anymore
barulah terhegeh nak bincang lah nak hapa lah


GI MAMPOSLAH
Quote helmeita 30-9-2014 08:18 AM
cian intan... rugi masa.... hem kalu bukan jodoh bercinta 10 tahun pun boleh putus... redha jer.. ada jodoh intan yang lain.. kalu jodoh ni kenai 6 bulan pun dah terus nikah..
Quote Vellfire 30-9-2014 08:22 AM
lamanya dah berkwn
nak tunggu 10 tahun ke baru nak kawen
takder jodohlah tu
Quote makton 30-9-2014 08:23 AM
kamal adli masih blum puas enjoy kot... tu yg malas nak ikat hubungan dgn intan. now baru terhegeh2 nak bincang.

kesian intan.. bertabah la kak!

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.285800 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top