CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pasport Aliff Aziz Ditahan

30-9-2014 03:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2549| Komen: 1

Description: Cuma Kali Ini Aida Tidak Tahu Berapa Lama Aliff Dilarang Keluar Dari Singapura, Mungkin Selepas Siasatan Agaknya. Kalau Benar Aliff Berada Di Pihak Yang Benar Aida Pasti Lebih Cepat Aliff Akan Kembali ...




Tidak habis lagi rupanya masalah yang ditimbulkan penyanyi muda yang berasal dari negara jiran ini. Terbaru khabar  yang Aida dengar, Aliff Aziz tidak lagi dibenarkan menjejakkan kaki bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain gara-gara pasport miliknya kini ditahan pihak berkuasa negaranya.

Sedikit kisah yang diceritakan kepada Aida, katanya Aliff kini berhadapan dengan tuduhan mencuri telefon bimbit. Tetapi bukanlah bermakna dia yang melakukan jenayah tersebut. Dengar cerita akibat terlalu percaya dengan rakan Aliff pula yang kena tuduh. 

Mungkin pada waktu pemeriksaan pihak berkuasa, barang bukti itu berada di badan Alif, mahu tidak mahu terpaksa jugalah dia disiasat kini. Menurut penyampai ini kejadian itu berlaku di Singapura, jadi buat masa sekarang semuanya masih berada dalam siasatan.

Setakat ini pihak pengurusan Aliff di Malaysia masih kunci mulut tentang kejadian ini, mungkin mereka juga masih bingung untuk membantu. Sudah tentu perkara ini membabitkan undang-undang, kasihan juga melihat pihak Sony Music sendiri pasti ini sedikit sebanyak memberi kesan buat penyanyi di bawah naungan mereka itu. 


Kalau ikutkan ini bukan kali pertama Aliff dikaitkan dengan kontroversi, tetapi itulah peminat di Malaysia sikap maaf itu akan sentiasa wujud selagi penghibur macam Aliff sedia berubah.

Cuma kali ini Aida tidak tahu berapa lama Aliff dilarang keluar dari Singapura, mungkin selepas siasatan agaknya. Kalau benar Aliff berada di pihak yang benar Aida pasti lebih cepat Aliff akan kembali ke dalam industri kita. 

Tetapi ini prosedur biasa agaknya di sana cuma apa yang  Aida faham kalau kes yang membabitkan penahanan pasport ini ia lebih kepada jenayah berat. Kalau kes mencuri telefon, ada ke tindakan sampai sebegitu? Hmmm, sendiri mahu jawablah. Kita doa-doa sahaja Aliff cepat kembali bukan apa sayanglah untuk melihat penyanyi berbakat sepertinya lupus dek kerana kesilapan pada usia muda yang tidak berbaloi.

Mungkin saat ini Aliff lebih risaukan masa hadapannya  dari karier seorang penyanyi ialah tidak penting lagi  sebuah populariti memandangkan Aliff kini pasti  lebih mahu kebebasan hakiki. 

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=832067&pid=58010122&page=3&extra=#pid58010122

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote setokinpurple 30-9-2014 03:59 PM
Lama menghilang tetiba muncul rambut kaler air banjir

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041322 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top