CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mirip Peragawan Di Tangkap Sembah Syaitan

30-9-2014 05:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7228| Komen: 24

Description: Veiovis Bersama-Sama Adam Lee Hall Dan David Chalue Menculik, Membunuh Dan Mencincang David Glasser, Edward Frampton Dan Robert Chadwell Dengan Parang.
Lelaki Mirip Peragawan Di Tangkap Sembah Syaitan

Springfield (Amerika Syarikat): Seorang lelaki dengan dua baris tanduk serta tatu ‘666’ pada dahinya semalam didapati bersalah atas tuduhan membunuh tiga lelaki dan mencincang mayat mereka.

Sebaik hukuman itu dibacakan di mahkamah Springfield, Massachusetts, Caius Veiovis menjerit ke arah juri: “Saya tunggu anda di neraka.”

Juri berkenaan menimbang kes lelaki itu sejak minggu lalu.

Veiovis juga didapati bersalah atas tiga tuduhan menculik dan tiga dakwaan mengancam saksi dalam pembunuhan David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell.

Caius Veiovis


Mayat ketiga-tiga mangsa ditanam di tanah persendirian di Becket.

Dua lelaki lain yang dituduh bersama Veiovis turut didapati bersalah tetapi masih menanti hukuman.

Seorang defendan itu mahu Glasser mati supaya dia tidak boleh menjadi saksi perbicaraan satu kes lain terhadapnya.

Dua lagi dibunuh kerana mereka melihat pembunuhan Glasser.

Veiovis bersama-sama Adam Lee Hall dan David Chalue menculik, membunuh dan mencincang David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell dengan parang.

Menurut undang-undang Massachusetts, dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Veiovis pernah dipenjara tujuh setengah tahun di Maine pada 1999 atas kesalahan mencederakan seseorang.

Dia yang ketika itu dikenali sebagai Roy Gutfinski dan teman wanitanya berusia 16 tahun mengelar belakang badan seorang remaja belasan tahun dengan pisau cukur sebelum berkucupan sambil menjilat darah.

Akhbar Kennebec Journal melaporkan, Gutfinski mendakwa dia pontianak dan penyembah setan. Dia menukar namanya ketika di penjara. 

10

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 30-9-2014 04:23 PM
pramugara flight to hell......
Quote MsKathryn 30-9-2014 04:24 PM
Scarynye
Quote bellaa 30-9-2014 04:33 PM
dah macam cite criminal minds..
Quote lil_honey 30-9-2014 04:34 PM
hellboy in the making?
Quote Vellfire 30-9-2014 04:41 PM
rupa pun dah menakutkan org
dan perbuatan dorang tu memang kejam
Quote jengkoil 30-9-2014 06:13 PM
Abam gos..abam tong ni...mirip paragawan laaa... wajah model laaa...  
Quote dani-rox 30-9-2014 06:50 PM
peragawan lah sangat kan
org miskin masih sembah setan... orang kaya raya nan terpilih join illuminati.
Quote batmana 30-9-2014 06:54 PM
Kalau dia puntianak. Pasal xleh lari dari situ.. Power dh ilang ke?
Quote kambeng_masam 30-9-2014 07:35 PM
rajin benar bubuh tajuk yg kreatif camnih...
Quote finesse 30-9-2014 07:51 PM
Kenapa tak dikenakan hukuman mati terus?  Nampak macam spesis tak akan berubah saja.
Quote PencuriHati 1-10-2014 12:33 PM
Macam mana kepala dia boleh ada benjol banyak gitu? Dragon ball agaknya dalam tu. Huhu
Quote sueism 1-10-2014 12:35 PM
sesungguhnya paramugara sangat lah
Quote haryatie 1-10-2014 12:49 PM
rupanya pun da menakutkan..
Quote encikWawad 1-10-2014 12:54 PM
kedberri sangat tajuk wokehhh -
dah helok2 muka normal apa kejadah nak buat camtu
tak fikir ke akan tua dan benda2 tu akan jadi sampah je akhirnya
Quote liyamariska 1-10-2014 12:56 PM
pelik2 perangai kokesen nih...
Quote rosasa 1-10-2014 02:41 PM
peliknya
Quote DayangKirana 2-10-2014 08:44 AM
nak sangat jadi ponti... mcm jugak BBNU yang lain, teringin nak bercinta dengan ponti sebab terpengaruh dengan cerita Twilight ..
Quote atira 2-10-2014 08:46 AM
jengkoil posted on 30-9-2014 06:13 PM
Abam gos..abam tong ni...mirip paragawan laaa... wajah model laaa...

sah2 dua ekor tu maltinik
Quote ninjago 2-10-2014 11:13 AM
bodoh.. setan2 yg ko sembah tu gelakkan ko je dah kena tangkap camnie.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.317445 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top