Wartawan Boikot Nd Lala Dan Shila Amzah
Untuk makluman, ND Lala telah menjelaskan kronologi kontroversi yang berlaku secara terperinci dengan menunjukkan keratan artikel beberapa suratkhabar dan blog. Turut dilakukan oleh ND Lala ialah meng’highlight’kan beberapa nama wartawan yang dikatakan memfitnah Shila Amzah di ‘slide presentation’nya. ND Lala juga telah mengulas semula status-status sesetengah wartawan di laman sosial peribadi mereka dan mempersoalkan kewajaran status tersebut dimuat naik. Tindakan ini ternyata telah menimbulkan rasa kurang senang para wartawan yang hadir. Untuk makluman juga, beberapa media Melayu utama dilihat tidak menghadiri sidang media ini. Barangkali media-media tersebut sudah mula memboikot penyanyi ini.
Selain itu, ND Lala mempersoalkan tindakan para media yang meminta pendapat artis-artis lain mengenai kontroversi anaknya. Contohnya kepada Datuk Hattan, DJ Dave dan Dayang Nurfaizah. Malah tindakan sebuah media meminta pandangan mufti mengenai tajaan syarikat judi untuk konsert (walaupun ia adalah fitnah) turut sama dikritik oleh ND Lala. Secara jujur, memang agak panjang penjelasan kronologi yang diberikan oleh ND Lala. Dan ketika penjelasan tersebut, ND Lala menggunakannya untuk ‘mengajar’ para media mengenai cara penulisan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka. Mungkin kerana itu para media yang hadir tidak senang duduk dibuatnya. Apa pun, ia adalah hak ND Lala untuk bercerita panjang lebar kerana sidang media tersebut adalah sidang medianya. |
bambimbom posted on 25-9-2014 12:20 PM
Semalam uols perasan tak shilalat meroyan kt twitter smbil mention name nanas.. pastu dia gak kne se ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-4-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.180074 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.