Ahli Kumpulan Senario yang terawal Kumpulan Senario ialah sebuah kumpulan penyanyi dan pelakon yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini juga terkenal sebagai sebuah kumpulan lawak. Ahli awal
Ahli kini
Kumpulan ini dicungkil bakat mereka dalam rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995,[1] di mana pada tahun itu Shamsul Ghau-Ghau menjadi juara dan Mazlan Pet-Pet menjadi naib juara. Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk, Wahid, Ilya, Hamdan, Azlee dan Mazlan. Tidak lama selepas itu, Farouk dan Shamsul keluar dari Senario dan mereka bergerak berlima hinggalah Illya dan Hamdan turut mengundur diri. Kemudian Senario menjadi empat dengan kemasukan Saiful Apek dan kemudian berlima dengan kehadiran Yassin.[2] Hamdan dan Ilya seterusnya menubuhkan kumpulan lawak yang diberi nama Aku Kaya bersama Yassin yang juga pernah menganggotai Senario. Senario paling terkenal ketika berlima, dengan dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Yassin dan Saiful Apek. Namun yang tinggal kini hanyalah Azlee, Wahid dan Mazlan. Sejarah Kumpulan Senario ditubuhkan pada 1996 hasil gabungan 7 peserta Sinaran Pasport Kegemilangan. Nama Senario diambil dari idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan "senang riuh" dan akhirnya menjadi Senario. Mereka diberi kepercayaan menjayakan program TV sendiri, juga bernama "Senario" pada Jun 1996 dengan empat episod pengenalan. Ternyata sitkom itu mendapat sambutan dan mereka diambil sebagai kakitangan TV3. Pada 1999, kumpulan ini mengembangkan sayap ke layar perak dengan pengeluaran filem pertama mereka Senario The Movie. Senarai album
Senarai filem
|
winterwhite39 posted on 9-10-2014 10:37 PM
kumpulan senario paling hebat di malaysia ni sebab
ahli dari juara realiti tv (sinaran passpot ke ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.055958 second(s), 37 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.