CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Gosip Bakal Cerai Buat Vanidah Bengang

2-10-2014 04:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6442| Komen: 24

Description: Terbaharu, Nama Pasangan Itu Sekali Lagi Menjadi Bualan Apabila Dikatakan Sudah Berpisah Lebih-Lebih Lagi Mereka Tidak Lagi Dilihat Muncul Bersama Dalam Beberapa Majlis Yang Membabitkan Pasangan Suami ...

Gosip Bakal Cerai Buat Vanidah Bengang


PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran terkilan apabila isu rumah tangganya dengan aktor Rashidi Ishak menjadi perhatian ramai selepas terdapat laporan mengatakah mereka bakal bercerai.

Vanidah, 41, berkata, dia dan suaminya sehingga kini masih bahagia dan mana-mana pihak tidak sepatutnya menyebarkan gosip isu yang tidak benar itu.

"Sampai sekarang saya tidak tahu daripada mana datangnya gosip itu dan ia membuatkan saya cukup bengang.

"Tambah pula terdapat laporan di media yang membuat andaian kronologi mengenai 'keretakan' rumah tangga kami, ia sangat mengarut," katanya kepada mStar Online.

Vanidah dan Rashidi sebelum ini pernah digosipkan kononnya sedang mempunyai krisis rumah tangga apabila pasangan itu dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur difahamkan bagi memfailkan cerai pada Januari 2011.

Bagaimanapun Vanidah telah menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan perkahwinan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Terbaharu, nama pasangan itu sekali lagi menjadi bualan apabila dikatakan sudah berpisah lebih-lebih lagi mereka tidak lagi dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis yang membabitkan pasangan suami isteri itu.

Sementara itu Vanidah mengakui ada majlis-majlis tertentu dia dan suami tidak boleh hadir bersama kerana salah seorang daripada mereka perlu menjaga anak-anak.

"Kalau orang nampak saya seorang di mana-mana majlis, ertinya, suami jaga anak di rumah, dan begitu juga jika ada yang melihat suami tidak berteman di majlis, bermakna saya pula menjaga anak-anak.

"Rasanya perkara seperti ini tidak perlu dibuat penjelasan kerana mana-mana ibu-bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah akan melakukan perkara sama seperti kami.

"Takkanlah, setiap malam saya perlu memuat naik foto kami di Instagram untuk membuktikan kami masih sebumbung?," soalnya.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mikail Aimran dan Mariyam Rashika yang masing-masing berusia 11 dan 10 tahun

1

Bagus
1

Marah
14

Terkejut
4

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jagendas 1-10-2014 09:57 AM
semoga bertahan
Quote tomet05 1-10-2014 10:01 AM
moga baik2 aja lah kan ..
Quote Vellfire 1-10-2014 10:16 AM
semoga baik2 aje
Quote kesuma55 1-10-2014 10:24 AM
harap berkekalan..
Quote twins 1-10-2014 10:32 AM
Pelik betul la manusia yg bernama wartawan ni....  sepatutnya kita mendoakan kebahagiaan semua pasangan yg berkawin.. tambah2 dah beranak pinak.... ni tidak... mcm mendoakan rumahtangga orang runtuh pulak... siap tulis kronologi bagai.... kalau org doakan rumah tangga dorang tu runtuh mcm mana ??? sukerrr..??
Quote hanie_z 1-10-2014 10:34 AM
semoga berkekalan la harapnya..
Quote tentera_laut 1-10-2014 10:41 AM
kenapa wartawan ni..

nak runtuh kan rumah tangga org ke?
Quote beskalmeroh 1-10-2014 10:55 AM
Tgk msa meeting SENIMAN hari tu ok jer depa berdua.. x baik org tgh ok duk bako kasi panas isu cerai... agak2 la..
Quote cik_ted143 1-10-2014 11:08 AM
Betul3...Haishh, tak paham wartawan sekarang ni?! Semoga rumahtangga dorang kekal till jannah...aamiin!

"Takkanlah, setiap malam saya perlu memuat naik foto kami di Instagram untuk membuktikan kami masih sebumbung?," soalnya.



Quote kaklehot 1-10-2014 11:12 AM
harap x btol la gosip ni ye vee...jgn jd mcm hot couple sherashi bershama tu dulu..coverr cantek punya at last..hmmm
Quote makneng 1-10-2014 11:21 AM
turn vee n shidi pulak kena speku...bertabahlah
Quote kucing_gebu 1-10-2014 11:58 AM
vee kena belajar cara2 menunjukkan kebahagiaan di laman sosial..byk je retis blh dijadikan sumber ilham..teknik kepalaku bahagia diriba mu....teknik baring2 ala kelelahan atas katil atau comolot2 dikhalayak...konpom nampak bahagia..
Quote ElmoRed 1-10-2014 12:23 PM
kucing_gebu posted on 1-10-2014 11:58 AM
vee kena belajar cara2 menunjukkan kebahagiaan di laman sosial..byk je retis blh dijadikan sumber il ...

hahahhaha....betul betul betul

Quote zafira 1-10-2014 01:19 PM
cerita tak betul... tak payahlah nak bengang....
Quote toxicated 1-10-2014 01:29 PM
masa majlis undian seniman aritu rasanya dua2 ade datang. mcm okey jeee
Quote toxicated 1-10-2014 01:29 PM
zafira posted on 1-10-2014 01:19 PM
cerita tak betul... tak payahlah nak bengang....

kalau aku,org cerita tak betul pasal aku,aku akan bengang...


Quote hanamunir 1-10-2014 09:27 PM
semoga bertahan vanidah..
saje je wartawan 2 ni nak mengapi2kan korang..
Quote julyangel 1-10-2014 09:52 PM
sabar je lah....
Quote enchikfitz 1-10-2014 10:28 PM
bila retis ni bujang, sibuk tanya bila nak kawen.
bila retis ni dah kawen, sibuk tanya bila timang anak.
bila dah timang anak, sibuk tanya bila nak cerai pulak.

wartawan bz body ni plak, bila nak mampos?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.065251 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top