CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Usop, Mamat Khalid Terus Masam Muka

7-10-2014 05:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17073| Komen: 82

Description: Ketika Usop Wilcha Ditawarkan Berlakon Dalam Filem Uwmwdb, Usop Tidak Bersetuju Dengan Bayaran Ditawarkan Mamat. Baginya, Ia Terlalu Rendah Untuk Namanya Yang Kian Dikenali Ramai.

Usop, Mamat Khalid Terus Masam Muka


Hubungan keruh Usop Wilcha dan Mamat Khalid dapat dihidu banyak pihak, termasuk media. Dengarnya hubungan antara mereka mula retak dek sikap ego masing-masing.

Kata teman Cik Pang, hubu-ngan Usop dan Mamat mula berantakan ketika penggambaran filem Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh (UWMWDB) dan berlarutan hingga penggambaran Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM).


Ketika Usop Wilcha ditawarkan berlakon dalam filem UWMWDB, Usop tidak bersetuju dengan bayaran ditawarkan Mamat. Baginya, ia terlalu rendah untuk namanya yang kian dikenali ramai.

Selepas berbincang, satu harga baru dicapai, namun ia bukan harga yang dipersetujui.

Sepanjang penggambaran UWMWDB, Usop dikatakan buat perangai di lokasi, malah meminta macam-macam. Bahkan, dengarnya ada insiden pelakon itu melempar baju ke muka penjaga kostum sebab tak sukakan kostum yang diberi kepadanya.

Kemudian timbul pula isu ketika proses penggambaran filem UWMMM. Khabarnya, Mamat pula buat hal dengan tidak memberi kerjasama sepenuhnya untuk filem itu berikutan skrip dan usaha mencari dana dilakukan Usop Wilcha.

Pengarah itu didakwa menuntut harga tinggi tapi Usop menurut saja harga itu kerana percayakan hasil kerjanya.

Bila dipersetujui, Mamat pula didakwa sengaja melengah-le-ngahkan tarikh penggambaran sehingga Usop terpaksa membuat keputusan atas haknya sebagai penulis skrip dan produser bersama filem berkenaan.

Ketika penggambaran, Mamat didakwa cuba mengubah skrip Usop dengan menambah banyak babak dan aksi yang pasti tidak dipersetujui Usop.

Begitulah kisahnya dan suasana panas itu berlaruhan hingga saat ini. Yang menyedihkan, banyak visual yang sepatutnya ada dalam filem itu tidak diberi kepada pe-nyunting.

Sudahnya, walaupun jalan cerita ada tapi sokongan visual caca marba hingga penerbit pun pening kepala.

Kata teman Cik Pang lagi, walaupun filem itu di peringkat off-line, pengarah langsung tiada inisiatif untuk turun ke studio memantau hasil kerjanya. Kononnya tak mahu ambil tahu pasal filem itu lagi. Betul ke?

Cik Pang tak nak cakap. Cik Pang nak tunggu dan dengar saja apa komen mereka berdua me-ngenai isu ini.

Kalau boleh, jernihkanlah hubungan itu segara sebab mereka aset industri filem, sama seperti insan lain dalam bidang ini. Namun kalau ego itu lebih penting berbanding mencari jalan memajukan industri perfileman tanah air, terpulanglah!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 5-10-2014 11:44 PM
Si usop ni aku bukan ape.. x yah la demand sgt.. name ko pun gah sbb citer ni je pun.. tu pun da berkurun lamenyer.. aku penah jumpe real dpn2 mmg bajet sungguh.. action kemain.. bajet org nk trkejo2 die mintak autograph padahal waktu tu pun da sendu.. lagipun ko bukan lawak pun.. da senja plak tu... x klako x klako.. please berpijak di bumi nyata
Quote Suchi 6-10-2014 12:17 AM
lahhh pulok

mcm2 hal lahhh
Quote cmf_premierleag 6-10-2014 12:26 AM
Dah tua bangka tu bawak2 la buang ego tu
Esok lusa dh smpi ajal, nak mintak maap pun x guna lagi
Quote maxim 6-10-2014 12:33 AM
mmg nyampah si usop ni..fefeling cam die tu fenomena sgt..padahal sebab watak tu satu jah..tu pn kejap..

dlu kemain gigih siap benti keje

btw filem amir lukman gi laut tu pilem paling sampah aku penah tgk in my entire life.
Quote CrowneGlory 6-10-2014 01:02 AM
2 kanak2 ribena bergaduh ..
Quote chazey 6-10-2014 01:10 AM
Usop layak minta bayar memahal. Nama dia tuh sindri cukup kuasa star untuk jadi crowd puller tarik minat mat rempit seMalaysia tengok filem Mamat Khalid. Jadi heol boleh berlagak star.

Mamat Khalid pula, visi dan misi ada dalam filem tapi biasa execution fail. Kehebatan Mamat setakat ni satu jah paling memorable - tulis skrip untuk filem PGL. Tu pun ada gak terselit kosa kata rempit (contoh: Masa Sabri Yunus melawak) yang tak sesuai lansung untuk latar cerita tuh.
Quote noraidil_06 6-10-2014 01:10 AM
maxim posted on 6-10-2014 12:33 AM
mmg nyampah si usop ni..fefeling cam die tu fenomena sgt..padahal sebab watak tu satu jah..tu pn kej ...

Ala ye ke? Akak br nk gi nengok
Quote mizzmimi 6-10-2014 01:37 AM
Oo.. So diva divana.. Kalau pakai nama sendiri shy8 tu orang kenal ko ke idak.. Jadik dj pun sendu..
Quote maxim 6-10-2014 01:42 AM
noraidil_06 posted on 6-10-2014 01:10 AM
Ala ye ke? Akak br nk gi nengok

Xyah tgk la kak.. Klo tanya sy, sy bg 0 star.
Quote stania83 6-10-2014 10:30 AM
Rasanya mamat khalid dah berkerja dgn pelakon lagi gah dari dia ni takde hal pon. Nampak sgt dia yg bermasalah.
Quote bambimo 6-10-2014 10:54 AM
Usop wilcha ada star power...dulu ya..masa 2010...tp now biasa2 aja..bkn satu filem terus satu filem..
Quote vutsi 6-10-2014 11:01 AM
Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh (UWMWDB)
Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM)

filem usop sontorian xde? haha
Quote kucen_miang 6-10-2014 11:05 AM
apa ke sampah tajuk filem ni
Quote drlinda08 6-10-2014 11:20 AM
ape la 'kacang' sgt usop ni..
nama ko naik pun sbb filem mamat khalid ni jgk
kalu dia x amik ko mula2 dulu xdenye org kenal ko.
Quote soraya 6-10-2014 11:26 AM
CrowneGlory posted on 5-10-2014 06:02 PM
2 kanak2 ribena bergaduh ..

kehkehkehkeh....tergelak besor aku baca komen ko nokkss....
Quote hanuma 6-10-2014 11:36 AM
retis nie tak abis2 nak berlagak diva... masalahnya diva ker???
Quote Akulah7E. 6-10-2014 12:00 PM
tak pernah minat usop
Quote hanamunir 6-10-2014 12:48 PM
demand sunggoh..
nasib baik dapat job je pun da ok..
nanti langsung orang tak cari baru tau usop oii..
Quote drivethru 6-10-2014 01:13 PM
Punca sampai sekarang aku tak dengar hot.fm sbb si usop ni la. Menyampah dgr dia jd dj.

Bila dia dah x jadi dj, aku dgr balik hot.fm . Sekarang ni ade plak sampah si fizi kat amkrew. Menyampah balik dgr hot.fm .

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056784 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top