CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Daerah Alami Gangguan Bekalan Air Khamis Ini

8-10-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4603| Komen: 7

Description: Menurutnya Di Sepang, Kawasan Yang Terjejas Ialah Bandar Baru Salak Tinggi, Ioi Sepang, Mardi, Suria Tropika, D'Alpinia, Jenderam Hilir, 16 Sierra Dan Sungai Buah.
Empat Daerah Alami Gangguan Bekalan Air Khamis Ini

Gambar hiasan. 

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di empat daerah Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada Khamis ini (9 Oktober) mulai 9 pagi hingga 9 malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gangguan itu berikutan kerja pembaikan saluran paip oleh Konsortium Abass Sdn Bhd di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.  

Katanya, pada masa sama pihak Syabas turut melaksanakan kerja menaik taraf sistem bekalan air di kawasan berkenaan.

Menurutnya di Sepang, kawasan yang terjejas ialah Bandar Baru Salak Tinggi, IOI Sepang, Mardi, Suria Tropika, D'Alpinia, Jenderam Hilir, 16 Sierra dan Sungai Buah.

Di Petaling, kawasan terjejas ialah Bandar Bukit Puchong, Bandar Putra Permai, Bukit Puchong, Bukit Serdang, Kota Perdana, Lestari Perdana, Meranti Puchong, Lestari Puchong, Pinggiran Putra, Taman Universiti Indah, Taman Puncak Jalil, Pasar Borong Selangor, Hospital Serdang dan Astro Bukit Jalil.

Di Hulu Langat, kawasan terjejas ialah Bandar Sri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Kampung Rinching Hilir, Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang, Kampung Sungai Purun, Semenyih, Mines Resort dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Kawasan yang terjejas di Gombak ialah Air Panas Setapak, Hospital Columbia, Jalan Semarak, Taman Danau Kota, Kampung Bandar Dalam, Taman Prima Setapak, Jalan Genting Kelang, Jalan Langkawi, Jalan Pahang dan Batu 3 hingga 5, Gombak.

8

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
9

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 8-10-2014 08:51 AM
ini sume salah MB Khalid




Quote makneng 8-10-2014 09:09 AM
erm...balik ni aku tadah air
Quote supernaturalee 8-10-2014 09:21 AM
tempat aku ni


seb baek waktu ofis hour
cuma kena balik lmbt sket la
Quote intriQue 8-10-2014 09:43 AM
ok noted.  TQ
Quote kejoraria 8-10-2014 10:01 AM
nasib tmpat aku tak kena...tp klau kena pun no hal la....by the time balik keje air sure dah ada
Quote Kittie 8-10-2014 10:05 AM
Alhamdulillah, bukan KL.
Quote GhostWalking 8-10-2014 10:26 AM
Bagi yang kena tu simpan siap2 ayor dalam tong

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050243 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top