CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Hanez Suraya Diboikot Para Penerbit

9-10-2014 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27190| Komen: 215

Description: Akibatnya, Apabila Para Penerbit Mencadangkan Nama Hanez Untuk Drama Terbitan Mereka, Ia Ditolak Mentah-Mentah Oleh Stesen Televisyen.Sudahlah Dipandang Serong Oleh Masyarakat Kerana Skandalnya, Kini ...

Hanez Suraya Diboikot Para Penerbit 

Hanez Suraya diboikot akibat kontroversinya dengan Romie, stesen televisyen telah mengambil keputusan, tiada lagi belas kasihan.

Akibatnya, apabila para penerbit mencadangkan nama Hanez untuk drama terbitan mereka, ia ditolak mentah-mentah oleh stesen televisyen.Sudahlah dipandang serong oleh masyarakat kerana skandalnya, kini tak ada ‘job’ pula. 


Membaca luahan hati Hanez Suraya di BiPop hujung minggu lalu membuatkan Abang Nara agak simpati dengan nasib yang menimpanya. Tulis Hanez:-

Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?

Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapa tetapi mengapa saya tidak diberi kesampatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon.
Penerbit tidak pernah lupa malah masih menghulurkan tawaran, tetapi pada saat akhir nama saya digugurkan kerana bimbang kemunculan memberi kesan kepada rating sesebuah drama. Saya bermula dari bawah, merangkak untuk membina nama, namun kerana kesilapan lantaran terlalu mengikut kata hati, itu semua musnah.
Saya tidak menafikan perasaan rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran semakin tebal. Pernah juga saya merisik khabar daripada penerbt yang rapat, mereka yang masih memberikan sokongan, tetapi apa daya mereka jika nama saya tidak diluluskan oleh stesen televisyen. Sesetengah pihak dengar saja nama Hanez Suraya, terus ditolak. Berikan saya ruang untuk membersihkan nama dan menebus semua kesilapan lalu.

Betullah kata orang, sekali kita buat salah, semua pihak akan ingat ia sampai bila-bila. Tak kiralah sebanyak mana kebaikan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Buat Hanez, bersabarlah. Rasanya kena tunggu lama sikit lagi untuk biar masyarakat benar-benar lupa apa yang telah anda lakukan. Setahun dua lagi pasti stesen televisyen akan menerima anda kembali. Buat masa ini, tumpukan perhatian pada perniagaan. Mana tahu ada rezeki anda di situ. Tak gitu?


2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_tonggek 8-10-2014 11:13 AM
padan muka hang
Quote ctmoon 8-10-2014 11:14 AM
bagi die kesempatan nok...hihihihih
Quote hanuma 8-10-2014 11:28 AM
dulu kata tak kisah... nie dah merayu2 pulak beri peluang kedua
Quote Mierafaziera 8-10-2014 11:29 AM
tu baru sikit je tu balasan yang dia Nampak dan dapat... tunggu lama sikit..mau terduduk! Ingat senang2 hidup caras laki orang?
Quote menjad 8-10-2014 11:30 AM
hadap ler... per yg kita buat harus berpada2... jgn melebih2... so laghung ler
Quote azie.dz 8-10-2014 11:30 AM
dia sendiri yg tuang pasir dlm periuk nasi dia...bangga sgt ngan perbuatan dia sebelum ni...now mendapat la kan
Quote gekkou 8-10-2014 11:32 AM
aik kata masih ada job walaupun nama dah busuk...
skang kua statement lain plak
jual shampooo pe citer? lingkup sudahkah?
tu lah masa org bg nasihat ko ego...blagak... ko sorg jek betul
Quote makneng 8-10-2014 11:33 AM
dimanakah abe romiang disaat kau kesusahan ni dik?
Quote mokcikKSKB 8-10-2014 11:34 AM
Serve u rite!!!
Quote awanearisu 8-10-2014 11:36 AM
macam mana nak compete, banyak lagi yang baru-baru dan lebih menawan
Quote mijaa 8-10-2014 11:37 AM
selayaknya lah dengan apa kau buat. padan le muka
Quote elamor 8-10-2014 11:38 AM
rasa mcm dari hari tu lagi dok asyik ckp peluang kedua

pape je lah hanez. padan muka.
Quote nazsh 8-10-2014 11:40 AM
Dulu bukan main berkepak mncabar bini org
Quote fuzzyfuzzy 8-10-2014 11:42 AM
Padan muka ko!!!!masa mengarid aritu xpikir lak akibatnya..
Skrg mendapatla!!!
Tak payahla gigih nk minta peluang kedua ke hape...
Ko berambus je dr dunia seni, lg bagus... Xde sapa pon nak tgk ko belakon!
Quote wanitajelita 8-10-2014 11:45 AM
akal pendek ko hanez
Quote mixed 8-10-2014 11:48 AM
contoh pencaras laki org yg ckp besar

cuba jd cam memey aman2 jer walo di tangkap basah dgn normiang
masih jd rebutan pengarah sb mulot sheol x longkang


Quote brokeninside 8-10-2014 11:50 AM
Ha ha ha kesian. kawin jer hanez ooi. Biar laki ko romiang tanggung ko. Dia pun kayakan. Katanyaer dia teramat sayangkan ko sampai sanggup merayu rayu. Apalagi kawin jerlah.
Quote HaifaHanna 8-10-2014 11:51 AM
fuzzyfuzzy posted on 8-10-2014 11:42 AM
Padan muka ko!!!!masa mengarid aritu xpikir lak akibatnya..
Skrg mendapatla!!!
Tak payahla gigih n ...

Amboi, mara nye awk...
Seram kami taw!
Quote callance 8-10-2014 11:51 AM
xyah la gigih nak duk dlm bidang hiburan lg. p la keje restoran atau keje kilang. x pun jd penyambut tetamu company2 ngah cari pekeja..

Lihat semua komen(215)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.239322 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top