CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebaran Wanita Dibunuh, Ditikam Sekitar Kl Adalah Palsu

13-10-2014 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4156| Komen: 7

Description: Polis Diraja Malaysia (Pdrm) Menafikan Insiden Beberapa Wanita Dirompak Dan Ditikam Sehingga Mendatangkan Kematian Di Pudu Sentral, Bukit Bintang Dan Klcc Oleh Satu Kumpulan Sindiket Yang Disiarkan Ch ...

Sebaran Wanita Dibunuh, Ditikam Sekitar Kl Adalah Palsu


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan insiden beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Pudu Sentral, Bukit Bintang dan KLCC oleh satu kumpulan sindiket yang disiarkan Channel News Asia (CNA) selain disebarkan melalui WhatsApp dan media sosial adalah tidak benar.

Perkara itu ditegaskan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad yang menyatakan tiada kes sedemikian dilaporkan berlaku di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Menurutnya, maklumat palsu itu pernah disebarkan pada bulan Julai 2012 dan Julai 2014.

"Kini ia kembali dihebahkan bertujuan untuk mendatangkan ketakutan kepada orang ramai. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai berita sensasi yang disebarkan melalui media sosial yang tidak dapat dipastikan kesahihannya," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Harian Metro di sini.

Katanya, sekiranya berlaku sebarang kecemasan, sila hubungi talian hotline PDRM di 03-2031 9999, 03-2266 3333 atau 999.

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 10-10-2014 03:40 PM
jahat betul

angin tak ada, pokok pulak boleh bergoyang goyang
Quote revolusi_30 10-10-2014 03:41 PM
Ngaku je la kalau betul.
Quote revolusi_30 10-10-2014 03:41 PM
Sekarang bom bom pun dah melanda KL ... Setakat tikam2 ne apalah sangat
Quote spiderman80 10-10-2014 04:01 PM
revolusi_30 posted on 10-10-2014 03:41 PM
Ngaku je la kalau betul.

Ini satu fitnah besar kalau pembunuhan tu adalah rekaan semata-mata. Kesian kerajaan BN.
Quote spiderman80 10-10-2014 04:02 PM
revolusi_30 posted on 10-10-2014 03:41 PM
Sekarang bom bom pun dah melanda KL ... Setakat tikam2 ne apalah sangat

Jangan bimbang, serangan bom di Malaysia masih rendah berbanding dengan Thailand, Indonesia, Kemboja dan Afghanistan.
Quote Modngengade 10-10-2014 06:11 PM
naper nk sebarkan berita palsu....jht la
Quote lavataubakar 10-10-2014 06:14 PM
revolusi_30 posted on 10-10-2014 03:41 PM
Ngaku je la kalau betul.

kalau betul banyak dah mati...dah kluar online la

use ur brain la...





Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052728 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top