CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Najwa Muhyiddin Sesuaikan Diri Bertudung Selepas Tunai Haji

17-10-2014 02:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15697| Komen: 43

Description: Pegawai Perhubungan Awam Penyanyi Wanita Itu, Joe Saiful, Berkata, Najwa, 28, Bagaimanapun Memberitahu, Semasa Dalam Proses Menyesuaikan Diri Ini, Pelbagai Perkara Boleh Berlaku Sama Ada Dia Mahu Beru ...
Najwa Muhyiddin Sesuaikan Diri Bertudung Selepas Tunai Haji

Foto imej terbaru Najwa yang dikongsi bersama pembaca mStar Online.



PETALING JAYA: Penyanyi Najwa Muhyiddin masih belajar untuk menyesuaikan diri apabila membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji pada Selasa lalu.

Pegawai perhubungan awam penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Najwa, 28, bagaimanapun memberitahu, semasa dalam proses menyesuaikan diri ini, pelbagai perkara boleh berlaku sama ada dia mahu berubah dengan imej baharunya itu ataupun kekal kepada penampilan sebelum ini.

"Memang Najwa sudah bertudung selepas menunaikan haji baru-baru ini. Tetapi dia pun tidak berani mengulas panjang mengenai perkara tersebut kerana risau sekiranya, imej itu bersifat sementara sahaja.



"Kerana itu juga dia tidak memuat naik sebarang foto dirinya bertudung di Instagram. Bagaimanapun dia berharap imej itu akan kekal, Insya-Allah," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Khamis.

Najwa kini berada di Singapura untuk menjayakan persembahan pada Anugerah Planet Muzik (APM) yang akan berlangsung pada Jumaat (hari ini).


Joe (kanan) bersama Najwa dan rakan-rakan mereka.

Sementara itu, Joe berkata, pihaknya bersama Najwa sedang membuat penelitian dan kaji mengenai imejnya itu.

"Setakat ini, apa yang dilihat dalam gambar yang saya berikan adalah imej tudung yang dipakai Najwa sekarang. Tetapi pihak kami tetap akan mengkaji pelbagai gaya tudung bersesuaian untuk Najwa tampil di khalayak.

"Lagipun Najwa seorang yang sederhana tetapi tetap memiliki elegan yang tersendiri. Nantikan saja imejnya pada acara APM malam ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Najwa yang sudah pun tamat pengajiannya di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS) hujung tahun lalu ingin memberi fokus kepada karier nyanyiannya di negara ini.

Najwa yang bernaung di bawah syarikatnya sendiri iaitu Nada Biru Muzik Sdn Bhd akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman Sony Music Malaysia bagi penerbitan albumnya akan datang.

2

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cokelatrawkz 17-10-2014 12:57 AM
Dia dah kurus.
Quote epysha 17-10-2014 07:47 AM
risau imej bersifat sementara?? gitewww........
Quote andalism 17-10-2014 08:02 AM
Buat apa nak pikir2 lagi, bagus dah tu bertudung. Keep it up, rezeki di mana mana
Quote enchikfitz 17-10-2014 08:05 AM
Ok ape bertudung. Lagi pun dia ni bukan suka pakai sexy2 pun. So x de masalah pun. Pokok pangkal kemahuan hati tu. Semoga istiqamah dlm pemakaian

*ustad jadian mode activated*
Quote makneng 17-10-2014 09:31 AM
la baru 28 ke umur dia..awatla selama ni aku pikir dia ni baya2 mizz nina je
Quote tinkiwinki 17-10-2014 09:33 AM
kite tengokkan sajo lah
Quote Zeatyisaac 17-10-2014 09:33 AM
Alhamdulillah, good for her..... sebagai permulaan, tak apa, dari bertatih barulah berlari. Bermula sikit-sikit dahulu... doa saya semoga Najwa istiqamah dan menjadi muslim yang solehah.... ameen.
Quote Incanto 17-10-2014 09:37 AM
Alhamdulillah
sweet dia bertudung
Untunglah muda muda dah jadi hajjah
semoga istiqomah dlm beribadah
Quote putehkundor 17-10-2014 09:39 AM
Dia ni mcm kontra sikit dgn bapak dia kan....
Sbb bapaknya nampak cam abah2 kampung jah....anaknya agak urban.
Dulu mummy tak percaya yg dia ni anak TPM.
Quote edoraixora 17-10-2014 09:41 AM
tred dah ade
rajin2 kan diri search dulu sebelum bukak tred

http://english1.cari.com.my/foru ... &extra=page%3D2
Quote tomet05 17-10-2014 09:54 AM
KEEP IT UP dear ..
Quote kosukeconan 17-10-2014 10:03 AM
wowwwwwwwww
harap jgn jd jilboobs
Quote ThuLE 17-10-2014 11:06 AM
Incanto posted on 17-10-2014 09:37 AM
Alhamdulillah
sweet dia bertudung
Untunglah muda muda dah jadi hajjah

kan?? Rezeki Allah yang menjemput ke Mekah waktu muda..

*jeles*

Quote idadzira 17-10-2014 11:35 AM
pakai tundung pun kena kaji dulu ek?
Quote caplimau 17-10-2014 11:35 AM
semoga beristiqomah hingga bebile..
Quote epal_ijau 17-10-2014 11:45 AM
Cer la try collection madeena. Mizz nina pnye butik tu.. cm seswai je ngn sheoll.. muslimah urban gitu..
Quote abil_tetra 17-10-2014 11:50 AM
putehkundor posted on 17-10-2014 09:39 AM
Dia ni mcm kontra sikit dgn bapak dia kan....
Sbb bapaknya nampak cam abah2 kampung jah....anaknya  ...

urban sgt ke dia...
last year jumpa sheols kat bangsar pasar mlm tepi masjid tuh...
sempoi je...x kesah pon dok mkn kat gerai
Quote koliba 17-10-2014 05:41 PM
Anak muhyiddin yssin kan ?
Quote aezvogue 17-10-2014 05:48 PM
alhamdulillah...semoga istiqomah...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059762 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top