CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video Lihat artikel

Dendam Orang Mati [Oleh Kru Studio]

17-10-2014 05:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14620| Komen: 28

Description: Lena Yang Hilang Ingatan Cuba Menjawab Teka Teki Dari Perantaraannya Dengan Makhluk Halus Yang Menghantui Di Tingkat 4!
Dendam Orang Mati by KRU 

Tayangan : 23hb oktober 2014
Pelakon : Lisa Surihani, Fizz Fairuz
Genre : Seram
Sarikata : Bahasa Inggeris & Mandarin

Plot : 
Lena yang hilang ingatan cuba menjawab teka teki dari perantaraannya dengan makhluk halus yang menghantui di Tingkat 4!











Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 17-9-2014 06:33 AM

WATCH TRAILERS

Quote sitisarah5 17-9-2014 12:07 PM
harap jangan jadi mcm filem karak. hantu cgi yg xseram tapi kelakar.
Quote sicantep 17-9-2014 02:30 PM
rambut palesu ke lisa??
haha
Quote Aneem 17-9-2014 11:07 PM
Dh mlm2 gini, antu kelakau pun aku tak mau tgk..
bila release ni?
Quote eddlisa_uyuk 18-9-2014 01:50 AM
amboiii tajuk dia
Quote Athrun.Zalaa 22-9-2014 12:17 PM
Adduuuhhh rumah kakak aku tingkat 4...
Quote changa=famri7 23-9-2014 12:15 AM
WATAK wanita psaiko agak menganggu diri Lisa.
Advertisement








LEBIH sebulan menjalani penggambaran filem terbaharu terbitan KRU Studios, Dendam Orang Mati aktres jelita Lisa Surihani mengakui dirinya sedikit terganggu dek terbawa-bawa karakter Lena yang dilakonkannya.




Pertama kali memberanikan diri untuk menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem bergenrekan seram dan ngeri, Lisa mengakui dia banyak berkorban masa semata-mata mahu menjayakan watak Lena yang digalasnya.
Menyedari dia amat takut untuk menonton, apatah lagi berlakon dalam filem sedemikian rupa, isteri kepada Yusry Abd. Halim itu pada mulanya menolak apabila ditawarkan untuk membintangi karya arahan Jason Chong itu.



Namun, disebabkan beberapa faktor termasuk kata-kata nasihat yang mendorongnya agar keluar daripada kepompong lakonan kebiasaannya, Lisa tekad beranikan diri menyahut cabaran tersebut dan akhirnya watak Lena berada dalam tangannya.





Pun begitu, sebelum bersetuju menggalas watak berkenaan, Lisa meletakkan syarat buat pihak produksi agar satu bengkel lakonan diadakan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal sebelum penggambaran bermula.
Ekoran itu, selaku produksi yang bertanggungjawab, KRU Studios bersetuju mengadakan bengkel tersebut, khas untuk pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Lagenda Budak Setan itu.



Menurut Lisa, dramatis popular yang terkenal dengan lakonan bersahaja, Fauziah Nawi dipertanggungjawabkan untuk membimbing dan meyakinkan dirinya agar tidak ada masalah yang timbul sepanjang penggambaran yang berlangsung pada 2012 itu.
“Setelah berterus terang dengan ibu Fauziah mengenai kegusaran saya berlakon dalam filem genre sebegini, dia berusaha memberi kata-kata positif selain mencabar saya keluar dari zon selesa yang dilakonkan sebelum ini.




“Alhamdulillah, memasuki minggu kedua bengkel berkenaan, keyakinan diri saya mula meningkat dan sudah ada keberanian untuk memulakan penggambaran Dendam Orang Mati.
“Bahkan, ibu Fauziah sanggup turun padang ke set penggambaran di Kuang, Selangor menemani saya serta pada masa yang sama, memberi kekuatan ekstra buat saya," jelasnya ketika bertandang ke Studio Utusan bagi menjayakan sesi fotografi bersama Hits yang diadakan minggu lalu.



Tambah Lisa, ketika memulakan penggambaran, dia sentiasa berpegang kepada kata-kata guru lakonan tersebut iaitu tugas sebagai pelakon adalah untuk berlakon sahaja.
“Maksudnya, kerja pelakon adalah di set penggambaran, bukannya di dunia realiti. Setkan minda agar tidak terbawa-bawa watak tersebut dalam menjalani rutin kehidupan seharian dan ulanginya setiap hari," ujarnya berkongsi petua.
Bukan itu sahaja, Lisa menambah bahawa Jason selaku pengarah bijak mengawal para pelakonnya agar tidak melebih-lebih dalam menghidupkan sesebuah watak, cukup sekadar memenuhi kehendak optimum lakon layar yang disediakan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140922/hi_01/Lisa-Surihani-yang-gila#ixzz3E3tIbZQq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Quote Ferr_Remy 23-9-2014 07:14 AM
hurmm.. da la filem seram kru ni slalunyer x seram sbb byk sgt cgi.... pastu plus point si lisa surikayu ni plak...
Quote Naru 24-9-2014 11:26 PM
tajuk tak alang2
Quote Rhyno 28-9-2014 04:49 PM
Lisa Surikayu berlakon?
Quote mohdcrow 16-10-2014 03:37 PM
LEBIH sebulan menjalani penggambaran filem terbaharu terbitan KRU Studios, Dendam Orang Mati aktres jelita Lisa Surihani mengakui dirinya sedikit terganggu dek terbawa-bawa karakter Lena yang dilakonkannya.


kihkihkihkihkih
Quote ctaz 16-10-2014 04:23 PM
org dah mati pun boleh berdendam....
hebatnyer org mati tu.....
Quote September14 17-10-2014 06:48 PM
Lately ni aku tgk cter seram kt pngging semua x best dr flem thai smpi ke omputih.. Citer mlyu? Lg la sampah... Xyah la buang duit
Quote eddlisa_uyuk 19-10-2014 02:06 AM
harap ok laaaaaa

Quote mizzmimi 22-10-2014 08:35 PM
takde review ke?? kamonlaaa.. @changa=famri7

hikhikhik
Quote fatehana 24-10-2014 12:47 PM
saya x tgk citer ni sbb genre dia x sesuai dgn minat saya
tp saya ada baca twitter dr norman KRU yg mana rata2 fans dia kata citer ni ok
so masih tunggu xde ke poremer lain dah gie tgk
Quote amirgo 25-10-2014 12:11 AM
Adakah lisa masih kayu atau sebaliknya ?
Quote bluezink 28-10-2014 12:23 AM
ish ish cgi teruk..nmpak macam kartun tak ler seseramm yg dicanangkan ,,,asyik terkejutt pasal muziknyer yg maha kuat...kekadang ak dejavu pasal muvee ni,...unsur dari muvee dark w ater, ju on dan anabelle Dan paling besar sekali, aku sendiri tak paham apa kaitan Dendam Orang M4ti (tajuk muvee ni) dengan whole plot. Korang akan tertanya tanya, mana orang m4ti yang berdendam tu? Dan why plot ni tersasar jauh dari  titlenya???
Quote scarlett-jo 29-10-2014 01:05 PM
Kdg2 bkn xnk sokong citer melayu tp tgkla cam xberbaloi nk pegi tgk
pengarah or penulis skrip diorg x usaha ke interview org2 hospital,kan slalu byk kisah seram
dan urban2 legend kat masa asrama,byk kot idea leh g korek..ish2

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.297217 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top