CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Projek Aes Bernilai Rm700 Juta Kini Jadi ‘Gajah Putih’

20-10-2014 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7339| Komen: 27

Description: Tahun Lalu, Bekas Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammudin Hussein Mengumumkan Diskaun 50% Bagi Saman Aes, Di Mana Pesalah Trafik Hanya Perlu Membayar Rm150 Dan Bukan Rm300 Bagi Setiap Sam ...
Projek Aes Bernilai Rm700 Juta Kini Jadi ‘Gajah Putih’



Setelah diperkenalkan dua tahun lalu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM700 juta untuk merakam pemandu laju kini menjadi gajah putih, tidak dapat memenuhi tujuan mencegah pelanggaran had kelajuan kerana berhadapan dengan isu undang-undang yang masih tertangguh.

Saman masih dikeluarkan menerusi sistem ini – hampir 1.5 juta mengikut jumlah terkini – tetapi hanya sedikit yang membayar, kerana tindakan Peguam Negara membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda dalam tempoh ditetapkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan hanya kira-kira 200,000 saman daripada jumlah itu diselesaikan, tetapi tanpa kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar, AES menjadi alat tidak berkesan untuk mencegah mereka yang memandu melebihi had laju.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kepada The Malaysian Insider, AES masih relevan, tetapi ia jadi sia-sia selagi pembekuan masih diteruskan.

"AES terus beroperasi dan kami terus memberi saman, tetapi belum ada keputusan daripada Peguam Negara sama ada kita boleh menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar dalam tempoh masa tertentu.

"Selagi tidak ada keputusan mengenai perkara itu, kita tidak boleh menyenarai hitam sesiapa. Justeru, ini menyebabkan AES tidak berkesan," katanya.

Dalam satu sidang Parlimen, Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (PAS), sejumlah 1,492,084 saman AES bernilai RM51.4 juta dikeluarkan sejak ia ditubuhkan pada 23 September 2012 hingga Ogos 31 tahun ini.

Daripada jumlah itu, 1,298,015 saman masih belum dibayar lagi.

Kementerian itu dalam jawapan bertulisnya juga mengatakan terdapat 10 kamera tetap dan empat kamera AES bergerak beroperasi di 14 lokasi yang sering berlaku kemalangan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.


Di bawah sistem itu, gambar-gambar dan imej video kenderaan melanggar peraturan lalu lintas diambil sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah.

Masalah timbul kerana polis meneruskan penguatkuasaannya terhadap pengguna jalan raya yang memandu laju selari dengan AES yang diswastakan, menyebabkan pengguna jalan raya mengeluh disaman dua kali.

Segelintir mencabar saman yang diterima di bawah sistem AES di mahkamah, yang membawa kepada pembekuan Peguam Negara.

Ismail berkata, jika pesalah trafik yang disaman tidak mahu membayar samannya, tiada apa yang boleh dilakukan JPJ.

"Kita tidak boleh berbuat apa-apa selain terus mendesak mereka membayar. Tetapi jika tidak, kita tidak boleh memaksa mereka atau berbuat apa-apa sementara menunggu keputusan Peguam Negara," katanya, sambil menambah JPJ masih boleh menyenarai hitam pemilik kenderaan kesalahan lain yang tidak berkaitan dengan AES.

"Kami bersedia pada bila-bila masa untuk senarai hitam jika AG beri lampu hijau. Tetapi sudah tentu, akan ada tempoh notis bagi pemilik kenderaan menjelaskan kompaun mereka sebelum disenarai hitamkan."

JPJ sebelum ini berjanji memasang sejumlah 831 kamera untuk menangkap pemandu laju bagi mencegah kematian di jalan raya sebagai sebahagian fasa perintis projek AES yang dilaksanakan pada bulan September 2012.

Namun tiga bulan kemudian, Pejabat Peguam Negara memerintahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman yang dikeluarkan di bawah AES dihentikan untuk membolehkan kajian terhadap isu undang-undang yang dibangkitkan berikutan kemarahan orang ramai.

Prospek pemandu berhadapan dua denda selepas polis yang menguatkuasakan undang-undang pemanduan laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap laju mudah alih berhampiran kamera AES.

Pemimpin parti pembangkang juga mempersoalkan perjanjian memberikan kontrak AES bernilai RM700 juta untuk dua firma – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap – yang akan berhak mendapat RM16 setiap saman sah bagi lima juta pertama saman yang dikeluarkan.

Dilaporkan, pendapatan selebihnya akan berpecah sama rata antara kedua-dua syarikat dan kerajaan sehingga kepada had sebanyak RM270 juta setiap satunya.

Firma akan menerima 7.5% daripada hasil baki dan kerajaan akan mendapat selebihnya.

Pakatan Rakyat mendakwa syarikat-syarikat ini ada kaitan dengan MCA dan Umno, tetapi ia dinafikan sekeras-kerasnya.

Tahun lalu, bekas pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammudin Hussein mengumumkan diskaun 50% bagi saman AES, di mana pesalah trafik hanya perlu membayar RM150 dan bukan RM300 bagi setiap saman AES jika mereka membayar dengan cepat.

Beliau juga berkata syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, akan mengambil alih pengurusan daripada ATES dan Beta Tegap. – 18 Oktober, 2014.

6

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boyagombak 18-10-2014 11:31 AM
Bila nk jual timbang kati itu camera AES
Quote NURMIMIE 18-10-2014 11:37 AM
macam mana nak senarai hitam kalau bawak ke mahkamah pun tak boleh?..

selagi ruang mahkamah tak dibesarkan, rakyat boleh aman2 saja kekdahnya..
Quote drivethru 18-10-2014 11:39 AM
X kisah jadi gajah putih. Yang penting masyukkk..... Dah kenyang pun.
Quote nexusys 18-10-2014 11:41 AM
pelik tul... setahu aku, motip AES ni satu jek, tangkap orang bawak laju.. utk mendidik pemandu meleisien yg sampah...

tapi sefaham aku, dedua salah dlm kes nih, pemerintahan dgn undang2 dia... dan rakyat tu sendiri,

Kat negara barat ada jek AES nih, tapi menten jah.... takde problem pun.. pulis buat banyak duit dari drebar jahak
Quote freebird 18-10-2014 11:42 AM
ertinya sekarang ni dah tak payah slow down di depan camera ni???
Quote clarizsa 18-10-2014 11:56 AM
macam biasa laaaa.... wat heran plakk....
Quote AbukRokok 18-10-2014 12:00 PM
berkat semua pemandu berkelakuan baik depan camera
Quote myvios 18-10-2014 12:04 PM


Quote Dovahkiin 18-10-2014 12:22 PM
Budak2 pprt dan jawa johor je yg jaki sgt dgn AES ni. Aes tu bagus, cuma kedudukan tiang AES dan had kelajuan tu kena la logik cket.
Quote bungarose 18-10-2014 12:24 PM
kontrak aes sape punya?
Quote makneng 18-10-2014 01:11 PM
so aes mmg tak relevan kat meleisia ke camne?
Quote kecimpret 18-10-2014 01:50 PM
Part bazir duit rakyat mmg negara kita pakar
Quote AHMADVW 18-10-2014 01:53 PM
yg tu yg nak sgt berkuasa lebih 50 thun

nak monipu rakyat jer kojho nyo


buat stadium, stadium runtuh
buat jambbatan jambatan runtuh

buat jalan kutip tol, implement saman

kutip itu kutip ini jalan berlubang gak


last2 yg kena tanggung semua rakyat

Last edited by AHMADVW on 18-10-2014 01:57 PM

Quote ajie2000 18-10-2014 01:57 PM
susah betul nak didik org Malaysia ni..

dah ramai mampus kat jalan raya pun tak gak insaf2 lagi..

ada kamera komplin..tak der pon komplin..

hmmmmmmm..
Quote batmana 18-10-2014 02:05 PM
buat AES dlu, belanja byk2, bru nk pkir psl undang2..

mmg yg buat AES ni layak digelar paling bahlul di alam semesta..
Quote cowey 18-10-2014 02:07 PM
siot tol..

taun nie 3 kali aku kene, n dah settle sume..

kalo tau tak serius, tak bayar lg pn tak pe..
Quote 5229 18-10-2014 02:08 PM
aes kt kt luar negara


Quote ajinomotonosuga 18-10-2014 02:08 PM
aku ingatkan AEDES tadi
Quote wds 18-10-2014 02:15 PM
Kena tegas, tegassss.. Aku tngk puak2 yang ada saman ni aman je gi renew roadtax dan juga lesen kat pejabat pos tanpa melihat rekod kesalahan mereka.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065907 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top