CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fazura Juri Baru Program Lawak?

20-10-2014 03:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27670| Komen: 185

Description: Jadi Juri? Ketika Ditanya Adakah Ia Program Membabitkan Dunia Fesyen, Fazura Hanya Ketawa Dan Enggan Mengulas Lanjut Kerana Belum Masanya.

Fazura Juri Baru Program Lawak?



Beberapa hari lalu, Sha bertemu pelakon cantik manis, Fazura. Sempatlah bercerita mengenai perkembangan terbarunya.

Jelas Fazura yang kini ter­ikat dengan penggambaran Langit Cinta, sebaik selesai komitmen itu, dia akan bercuti sekejap sebelum memulakan tugasan lain.

Kebelakangan ini, rezekinya mencurah-curah sampai tiada ruang untuk berehat. Malah, Sha difahamkan, jadualnya padat hingga awal tahun depan.

Dengan lakonan, mempromosikan filem Manisnya Cinta Di Cappadocia yang akan menemui penonton tidak lama lagi, terbabit dengan kerja antarabangsa dan dia akan jadi juri program realiti.

Jadi juri? Ketika ditanya adakah ia program membabitkan dunia fesyen, Fazura hanya ketawa dan enggan mengulas lanjut kerana belum masanya.

Bagaimanapun selepas pertemuan itu, ada teman memaklumkan, Fazura diundang menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega musim baru. Kalau tak silap akan bersiaran hujung November ini. Tempat itu pernah diisi Luna Maya, Nora Danish dan Lisa Surihani.

Tahniah Fazura, tak sabar-sabar mahu lihat penilaiannya terhadap peserta program itu nanti.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 19-10-2014 10:51 AM
wahhh..mesti meletop program tu nanti cam filem2 beliau sblom ni
Quote FNA_AZHANI 19-10-2014 10:57 AM
Bagus mekjura membusykan diri dlm hal kerja...
tidak lagi sibuk myindir org sana sini
i salute youuu
Quote enchikfitz 19-10-2014 11:10 AM
wah..lama x de benang missfake ni. Caiyok!
Quote ElmoRed 19-10-2014 11:35 AM
good luck!!!
Quote Ferr_Remy 19-10-2014 11:39 AM
love fazura walaupun ramai ckp die fake.. biase la pretty girl kena la fake.. yg penting cantik
Quote offwhite 19-10-2014 11:52 AM
kena le busy diri...kalo x moyan nanti...e bf dah nk nikah...
Quote juboqlembu 19-10-2014 12:25 PM
Gudluck my wife
Quote serimaya 19-10-2014 12:30 PM
Habis la laki iolss mengadap maharaja lawak nanti..

Btw kalau tak silap zizan akan bergabung dgn jambu
Quote wickedcat 19-10-2014 12:46 PM
Haiyo...pandai ke komen nanti....
Quote kekbelacan 19-10-2014 12:47 PM
Bertabah la lofake....mana tahu next MLM turn u pulak huhu
Quote amyainsamad 19-10-2014 01:10 PM
Bimbo ni jd juri dlm mlm????
Quote kekbelacan 19-10-2014 01:10 PM
Masih lagi ada yg moyan fazura dgn tmj. Memasing dah hepi dgn org baru
Quote offwhite 19-10-2014 01:30 PM
kalo nora bg 4 bintang...miss jura bg taik bintang...:lol
Quote atekome 19-10-2014 01:35 PM
Ske fazura sbb cantek..kalo fake standard lh dato ct pun fake..cbe ckp artis mn yg tk fake..yg ptg cantik..kalo fake tp hodoh mmg ptut kna slipar..
Quote edoraixora 19-10-2014 01:45 PM
Baguslah.....
Quote cikgojesss 19-10-2014 03:41 PM
mek ols ok jer.. suka intonasi n suara jurah ni bila bercakap..
Quote ryshaNur 19-10-2014 04:04 PM
fazura...pretty girl
cepat2 kawin hihii
Quote kakprik 19-10-2014 04:06 PM
akak pon suka tengok senyum fazura..manis..
Quote mrsjiji67 19-10-2014 04:10 PM
yessss i love cik faz.. suka dgr dia bcakap dgn lengguk gaya nya.. cakap pun nmpk cam tsenyum..

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070412 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top