CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Heliza Helmi Terkejut Cara Layanan Kru Bangsa Cina Di Lokasi

20-10-2014 04:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23982| Komen: 150

Description: Menarikkan Perkongsian Heliza Ini. Diharapkan Selepas Ini Lebih Ramai Produksi Yang Sensitif Tentang Perkara-Perkara Seumpama Ini.
Heliza Helmi terkejut cara layanan kru bangsa Cina di lokasi


Penyanyi dan pelakon cantik Heliza Helmi baru-baru ini telah mendedahkan mengenai layanan diterimanya oleh kru produksi semasa membuat rakaman iklan.

Jelas Heliza dia terkejut dengan layanan yang diberikan tenaga kerja yang kebanyakannya berbangsa Cina.

Heliza telah berkongsi mengenai perkara tersebut di laman Instagramnya pada awal pagi Khamis menerusi foto sehelai sejadah yang terbentang.

Pada foto tersebut, Heliza telah menulis:

"MasyaAllah.... Allah.. Allah.. Allah..Semoga Allah memberikan Taufik Hidayah kepada mereka. Ija ada shooting silky white ni dan mereka adalah Chinese …Pagi tadi masa Ija baru sahaja sampai, ayat pertama yang mereka kata adalah, Heliza pergi makan dulu, kami akan prepare kan untuk you Solat..Bila masuk sahaja waktu azan. Tau apa mereka kata. 'Okay, kita break dahulu, bagi Heliza solat, then baru makan then baru shoot balik'..Handphone Ija, bila azan hp ni ada suara Azan, waktu Asar tadi, mereka sendiri yang stopkan shooting, dan mereka kata.... 'Okay Heliza you solat dulu ok? 'Sejadah ni pun mereka yang prepare.. Allahu Akbar.. Ya Rabbi! Ya Allah MasyaAllah. Terima kasih Allah... Solat tepat waktu. Dan Ija tak perlu mention pun ttg solat tapi mereka yang ingatkan Ija.. MasyaAllah........ Adakah kita sebagai Muslim ingat panggilan Allah?"

Menarikkan perkongsian Heliza ini. Diharapkan selepas ini lebih ramai produksi yang sensitif tentang perkara-perkara seumpama ini.

Walau apapun, kepekaan tenaga kerja produksi yang terlibat dengan rakaman iklan Sunsilk ini wajar diberikan pujian.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote masa_lalu 17-10-2014 09:31 PM
jenis bertakbir, berdoa , bersyukur kat instagram dia ni rupanya
Quote revolusi_30 17-10-2014 09:32 PM
Tu pun terkejut ... Nampak sangat selama ne bergaul ngan geng hijabista aja.  lol
Quote dauswq 17-10-2014 09:33 PM
cina jgk suruh semayang tepati waktu

kadang2 produksi melayu pun tak leh langsung nak break kejap, sbb katenye semayang zuhur waktunya panjang...
Quote jazaa 17-10-2014 09:35 PM
ala...kolig aku dulu pun mcm tu...tak kecoh pun....siap sound lg sorang budak tu tak sembahyanh...
Quote bdkminangn9 17-10-2014 09:41 PM
masa_lalu posted on 17-10-2014 09:31 PM
jenis bertakbir, berdoa , bersyukur kat instagram dia ni rupanya

awat,apa yg tak kena nya..

dah dia guna medium tu utk tunjukkan rasa syukur dia..

macam ko ni, kalau nak menyampaikan rasa syukur guna medium apa?



Quote kambeng_masam 17-10-2014 09:41 PM
nanti ada ummah yg duk kutuk...eleh..solat tepat waktu masuk pun nak bubuh dalam insta.
Quote gadis_tulip 17-10-2014 09:42 PM
Bagi i normal je bende nie.

Quote kecimpret 17-10-2014 09:44 PM
cina ni spoil laaa..selama ni melayu igt org cina jahat,hina Islam..no wonder heliza pun tokojut...opocot!!
Quote sub5zero 17-10-2014 09:46 PM
cer dia ni keja kilang cina...layanan sama kot?
Quote BotakChinPeng 17-10-2014 09:56 PM
sub5zero posted on 17-10-2014 09:46 PM
cer dia ni keja kilang cina...layanan sama kot?

kilang  ada waktu rehat la bodoh
Quote marina87 17-10-2014 10:04 PM
ex boss dulu pun macamni.siap beritahu ' u kalau mau solat dulu pergi'.tentang pinggan dan cawan pun dia kesah.apatah lagi makanan.
Quote Modngengade 17-10-2014 10:08 PM
sub5zero posted on 17-10-2014 09:46 PM
cer dia ni keja kilang cina...layanan sama kot?

Kann...dah kau tu model bertudung...haruslah ummah berhati2
Quote ice_sky92 17-10-2014 10:11 PM
It is normal la.
Quote Modngengade 17-10-2014 10:11 PM
Beebeza dgn kawan aku yg kerja dengan syarikat keling....siap keling tu cakap...pasal lu tak boleh sembahyang waktu lunch hour dari pukul 12 hingga satu?...
Dia ingat mcm sembah berhala ker...suka suki dia jer bila nk sembah...nmpk sgt ignorance
Quote jengkoil 17-10-2014 10:15 PM
Statement pasal cina dan melayu sembahyang dari aku adalah neutral berdasarkan pengalaman...


situasi 1- membe A mitak izin nga bos cina nak gi semayang, bos cina tu tanya u brp kali sembahyang satu hari..si A explain..bos cina Ok, siap tanya membe B ..u tak sembahyang ke?

Situasi 2 -gi teambuilding..aktiviti start pkl 11 pagi hari jumaat...bila dah dekat waktu solat jumaat..si trainer (india) tanya team yang ramai tu..nak teruskan aktiviti atau nak stop dulu untuk lunch (dan bg yg muslim gi semayang jumaat)..

       team yang majoriti cina ni pilih utk teruskan aktiviti without consider minority yg nk gi semayang jumaat ...

nasib trainer overrule ..suruh break dan minority bleh gi semayang jumaat..
Quote zamnie 17-10-2014 10:16 PM
Nasib dia dpt yg baik.. kat ofis bwh nih boss cina siap suruh tutup surau lagik.. mmg kurenggg sikitt
Quote 5229 17-10-2014 10:24 PM
babgsa agama lain suruh sembahyang ka tanya puasa ka itu common laa..cam kita layan bangsa agama lain jugak.itu ada tatasusila hidup majmuk..jangan nk terkesima sangat
Quote spiderman80 17-10-2014 10:48 PM
Cina tak lah haram jadah sebenarnya.
Quote Suchi 17-10-2014 10:49 PM
kenapa dia bahasakan diri dia ija yeaa..
rasa mcm dia bercerita ngan kenkawan rapat jee

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.117243 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top