CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zul Ariffin Jawab Isu Mabuk Bersama Wanita Seksi

20-10-2014 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22633| Komen: 98

Description: Kata Zul, Biarpun Tidak Merasakan Mempunyai Bakat Sebagai Pengacara Namun Dia Tetap Menerima Tawaran Tersebut Kerana Menganggap Ia Sebagai Satu Pendedahan Kepadanya Sebagai Pelakon.
Zul Ariffin Jawab Isu Mabuk Bersama Wanita Seksi


Zul sangkal dakwaan berada dalam keadaan mabuk di sebuah kelab.

PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menyangkal dakwaan kononnya dia berfoya-foya dan berada dalam keadaan mabuk dengan seorang wanita ketika menjalani penggambaran drama bersiri terbaharunya berjudul Istiqarah Cinta di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 28, berkata, individu yang dikaitkan bersamanya di sebuah kelab sehingga gambar mereka tersebar adalah peminatnya dan dia menegaskan tidak mengenali wanita berkenaan.

"Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

"Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat," katanya kepada mStar Online.


Zul ditemui pada majlis pengumuman pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) di Sri Pentas di sini pada Isnin.


Foto Zul bersama seorang wanita seksi yang tersebar sehingga menimbulkan pelbagai tuduhan tidak benar terhadapnya.

Selain Zul, ASK 2014 turut diterajui oleh Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana.

Dalam pada itu, Zul berkata, dia tidak menyalahkan wanita berkenaan untuk memuat naik foto berkenaan di laman sosial dan menganggap ada pihak cuba memutarkan cerita sebenar disebalik gambar tersebut.

Bagaimanapun kata Zul, selepas ini dia akan lebih berhati-hati sekiranya ingin bergambar dengan peminat wanita supaya tidak timbul salah faham.

"Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.

"Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini," jelasnya.

Menjawab persoalan kononnya dia seolah-olah melarikan diri daripada media apabila isu itu timbul, Zul berkata, dia tidak berniat berbuat demikian kerana lebih selesa menjawab secara berhadapan dengan pihak wartawan.


"Saya bukan lari tapi tunggu masa sesuai dapat berjumpa semua media untuk jelaskan situasi sebenar kerana lebih mudah menjelaskan secara berhadapan.

"Tetapi dua orang pertama yang tahu situasi sebenar adalah ibu saya dan Gayatri (kekasihnya)," ujar Zul.

Dalam perkembangan lain Zul berkata, dia terkejut apabila dipilih sebagai hos bersama ASK 2014 bergandingan dengan tujuh lagi selebriti lain.

Kata Zul, biarpun tidak merasakan mempunyai bakat sebagai pengacara namun dia tetap menerima tawaran tersebut kerana menganggap ia sebagai satu pendedahan kepadanya sebagai pelakon.
"Saya sendiri kurang pasti mengapa pihak TV3 memilih saya tetapi saya melihat ia sebagai satu peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu.

"Tetapi untuk meneruskan karier dalam bidang pengacaraan mungkin tidak kerana saya sebenarnya gemuruh apabila perlu bercakap memandang kamera," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teky 20-10-2014 02:09 PM
yg mcm nie dsanjung..dipuja






















Quote imanda 20-10-2014 02:10 PM
I see..wow best ehh jadi pemenat jul, leh hug2
Quote kosukeconan 20-10-2014 02:10 PM
typical jawapan retis
Quote beatgirlX 20-10-2014 02:10 PM
erm...bergambar dgn peminat yg tak dikenali sampai gay gitu?
ooo..ingatkan kalau bergambar dgn peminat berdiri sebalah2 je..
hehehe
Quote duquesne 20-10-2014 02:13 PM
Pehhhhh.. awek dia ok ke tak tengok gambar ni?
Quote makton 20-10-2014 02:14 PM
ye ke ni???
Quote fifie_olin 20-10-2014 02:15 PM
bergmbo dgn peminat kena letak tgn atas dada pmpn tu yer...
bgs tul stmnt ko....
bleh kah gayah bertahan dgn mamat sado ni
Quote makcik.karipap 20-10-2014 02:18 PM
seronok di rangkul abang sado. auwwwww!
Quote iman_aly 20-10-2014 02:19 PM
oooooo mcm tu rupanyaaa... bergambar dgn peminat je laa... ape la korg nii....
Quote clarizsa 20-10-2014 02:20 PM
wow peluk sakan... awek baru ke....
Quote azie.dz 20-10-2014 02:25 PM
dasyat arr artis ni....ngan peminat bergambar mcm ni....hebak ahh
Quote reenz013 20-10-2014 02:26 PM
pic ngn peminat rupanyer tp lehla pegang2 cmtu ek
Quote makneng 20-10-2014 02:26 PM
erm..puas ati awek tu dirangkul mr pilot jadian
Quote katakau 20-10-2014 02:42 PM
dia nie tak nampak umo 28tahun..gaya da macam bapak2 org da..
Quote pinkyroses811 20-10-2014 02:46 PM
gayathri mmg blh menang anugerah kekasih hati paling sporting la  .. x heran pun bf buat apa .. mmg selute kt minah ni .. tahan je si jul ni buat apa pun .. sebab tu si jul ni x cari lain walau gayathri tu dh tue ..  ntah laa.. diorng pya life mmg mcm tu kan .. urban laaa sangattt...
Quote amyainsamad 20-10-2014 02:48 PM
mcmni peluk ngn peminat???????
Quote LembingDayanti 20-10-2014 03:01 PM
dah nama pun pelakon. reaitimya hampeh macam kita jua :p
Quote tinkiwinki 20-10-2014 03:01 PM
untung jadik peminat zulripin. heh
Quote Denco 20-10-2014 03:01 PM
klu peminat tu yg peluk ko beria logik gak
ni ko yg peluk mcm x nk lepas

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.203881 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top