CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perbankan Islam Tidak Menekan Pengguna

20-10-2014 05:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6650| Komen: 89

Description: "Sebenarnya Pada Saya, Perbankan Islam Lebih Telus, Kerana Bila Akad, Kita Dah Tahu, Berapa Peratus Dia (Bank) Dapat Keuntungan, Berapa Peratus Kita Sebagai Pelabur Dapat," Katanya Ketika Ditemui ...



Dakwaan perbankan Islam di Malaysia tekan pengguna tidak benar

ALOR SETAR: Sistem perbankan yang diamalkan di Malaysia diyakini mampu berperanan membantu umat Islam melakukan urusan perbankan yang patuh Syariah dan tidak menekan pengguna.

Penganalisis ekonomi, Datuk Mohd Yusof Kassim, berkata tidak timbul isu bank-bank yang mengamalkan perbankan Islam mengenakan caj yang tinggi melebihi bank konvensional.

Katanya, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pinjaman bank perlu lebih peka kepada caj yang dikenakan dan tidak hanya mendengar persepsi pihak-pihak tertentu berhubung perkara itu.

"Sebenarnya pada saya, perbankan Islam lebih telus, kerana bila akad, kita dah tahu, berapa peratus dia (bank) dapat keuntungan, berapa peratus kita sebagai pelabur dapat," katanya ketika ditemui pada majlis "Dialog Mengenai Dimensi Masa Depan IBF di Malaysia" di sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan isu perbankan Islam yang dikatakan menekan pengguna Islam dengan caj yang lebih tinggi daripada perbankan konvensional.

Mohd Yusof yang juga Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berkata tidak wujud isu penindasan kerana bank-bank yang menggunakan konsep perbankan Islam adalah kukuh dan berkembang pesat di negara ini.

"Buktinya, ramai orang bukan Islam bertukar kepada perkhidmatan perbankan Islam yang memuaskan hati mereka dan pihak bank itu sendiri terutama dalam soal pinjaman.

"Tiada kos tersembunyi dalam perbankan Islam, sebaliknya telah dinyatakan dalam kontrak serta mengenakan kadar yang rendah dan tidak turun naik dalam tempoh jangka panjang," katanya.

Dialog dua hari yang bermula semalam dianjurkan KUIN bagi membincangkan amalan perbankan Islam di Malaysia dan negara lain. 

Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 20-10-2014 12:40 AM
Ooo... perbankan islam daa jadi tukang jual beli barang-barang rupanya.
Selama ni aku ingatkan dia kasik pinjam duit tanpa riba jer.
Quote apam 20-10-2014 12:49 AM
lol
Quote freebird 20-10-2014 01:15 AM
cakap berbelit macam mamak kerala...
Quote airfilterkotor 20-10-2014 01:25 AM
Ni kampeni kasi pinjam uwang kaa, atau trading kampeni jual beli barang orang?


Quote AHMADVW 20-10-2014 01:43 AM
sama je ngan kerajaan, x membebankan rakyat, hrga minyak xnaik, subsidi dikurangkan


omong kosong, ckp aleuto berselindung atas nma islam
Quote Acong 20-10-2014 01:44 AM
bank islam kasi pinjam RM100, pulang RM100 saja kan?
Quote TuntungReturn 20-10-2014 02:20 AM
bru aku taw bnk islam jual umah.slme ni aku igt depa bgk pinjaman..jual harga tetap lak tu.x leh tawar menawar.
Quote mommymonster82 20-10-2014 02:56 AM
Sbb org peka lah org ckp..islamik punya caj lg tinggi... Ingat org bodoh ka?
Quote Acong 20-10-2014 05:14 AM
amran lapar..... takde duit nak beli karipap besar RM5

maka bank islam beli dgn RM5 dan jual pd amran dgn harga RM50.

amran blh bayar balik secara ansuran selama 10 bulan pd bank islam

menindas ke? Last edited by Acong on 20-10-2014 05:16 AM

Quote kasibiman 20-10-2014 07:08 AM
Acong posted on 20-10-2014 05:14 AM
amran lapar..... takde duit nak beli karipap besar RM5

maka bank islam beli dgn RM5 dan jual pd a ...


Amran dgn acom tak peka...

*lol
Quote kasibiman 20-10-2014 07:10 AM
Kapla dongga habah dia la. Sbb Tu BBA semua bank terlajak isele dah revamp.



I seriously pity the students at that particular institution dpt Cikgu bengap Dan ketinggalan zaman..
Quote ultra78 20-10-2014 07:24 AM
Bank meniaga karipap

Quote obelisk 20-10-2014 07:27 AM
Aku ada tgk video uncle cina komen pasal perbankan islam yg suppose membantu muslim tp nmpk mcm menindas, tp bila pinjam 100k byr sampai 700k... ada sesapa bole tlg tepek tak videonya?
Quote OmJualGas 20-10-2014 07:30 AM
sukurrrrrrrr kau nak....
Quote buragazz 20-10-2014 07:31 AM
interest kereta pun tinggi.. baru ni ada tanya... mana lubang tak menekan...

Quote TuntungReturn 20-10-2014 09:12 AM
Acong posted on 20-10-2014 05:14 AM
amran lapar..... takde duit nak beli karipap besar RM5

maka bank islam beli dgn RM5 dan jual pd a ...

klo xde perbnkn islam.amran x dpt mkn karipap.syukurrrrr..takbir!
Quote Centurion 20-10-2014 09:21 AM
@Maideen. hya mmpu tersenyum sinis...
Quote abas8888 20-10-2014 09:43 AM
isele hanya pada nama..tapi tetap menindas dari segi perbuatan...
Quote zorrro_03 20-10-2014 10:18 AM
Acong posted on 20-10-2014 05:14 AM
amran lapar..... takde duit nak beli karipap besar RM5

maka bank islam beli dgn RM5 dan jual pd a ...

betul ke perbandingan kamu ni?  takkan sampai berlipat ganda gitu kot...

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.892428 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top