CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Lelaki Maut Jatuh Pelantar Gerudi Minyak!

21-10-2014 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5646| Komen: 13

Description: Ketika Kejadian, Masing-Masing Yang Bekerja Sebagai Juru Elektrik Dan Mekanik Membuat Pemeriksaan Keselamatan Terjatuh Ke Dalam Air Kerana Dikatakan Ikatan Tali Pada Badan Mereka Longgar.
Dua Lelaki Maut Jatuh Pelantar Gerudi Minyak!


Chukai: Dua lelaki maut akibat terjatuh dari ketinggian 35 meter ketika bekerja di sebuah kapal pelantar gerudi minyak kira-kira 152 batu nautika dari Pantai Kertih, dekat sini, 11.04 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, Gabriel Lembang, 29, dari Miri, Sarawak dan Valentin Jirak, 31, dari Sibu, Sarawak maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Ketika kejadian, masing-masing yang bekerja sebagai juru elektrik dan mekanik membuat pemeriksaan keselamatan terjatuh ke dalam air kerana dikatakan ikatan tali pada badan mereka longgar.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, mayat kedua-dua mangsa diterbangkan dengan helikopter ke Balai Polis Kertih dan seterusnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat jam 1.35 petang semalam.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah terhadap kedua-dua mangsa dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dituntut ahli keluarga mereka kira-kira jam 11 pagi tadi untuk dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.


2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 20-10-2014 05:36 PM
RIP.

high pay high risk
Quote mak_wa95 20-10-2014 05:39 PM
'membuat pemeiksaan keselamatan"...

tapi diri sendiri alpa..
Quote akukah 20-10-2014 08:34 PM
mikasa posted on 20-10-2014 05:36 PM
RIP.

high pay high risk

samada masa kejadian ombak kuat atau angin kuat...
nak kata high pay pun x jgk.. sbb position diorg ni mostly 50usd per day... lain la kalo level supervisor

RIP to them both.. geng2 iban ni kental betul... pergi je mana2 project offshore seluruh dunia.. mesti akan jumpa geng diorg Last edited by akukah on 20-10-2014 08:36 PM

Quote Firenzza 20-10-2014 08:41 PM
akukah posted on 20-10-2014 08:34 PM
samada masa kejadian ombak kuat atau angin kuat...
nak kata high pay pun x jgk.. sbb position dio ...

habis tu post mna yg dpt gaji 20k per month?
Quote fredbok87 20-10-2014 08:50 PM
Firenzza posted on 20-10-2014 08:41 PM
habis tu post mna yg dpt gaji 20k per month?

perdana menteri...
Quote beta_carotene 20-10-2014 09:05 PM
masaklah owner platform

kalau PTW completed and signed, susah mau lari..

tapi kalau mereka ni kerja tanpa PTW, susah family nak buat tuntutan rugi..

PTW adalah segala2nya bila kerja di platform minyak ni

RIP to both

P/S: Orang Borneo (Sabah/Sarawak) kalau bekerja offshore (working level) memang rajin dan patuh, tak banyak soal.. sememangnya jauh beza dengan perangai working level Semenanjung
Quote akukah 20-10-2014 09:11 PM
beta_carotene posted on 20-10-2014 09:05 PM
masaklah owner platform

kalau PTW completed and signed, susah mau lari..

dulu pernah ada company hire rigger org dari semenanjung.. slow progress dan kurang keberanian mcm iban2 ni.. even rigger dari indonesia pun xleh lawan geng2 iban ni..
tapi kerana sikap terlalu patuh diorg lah yg buatkan diorg kadang2 kena buli oleh superior diorg.. terutamanya dgn italian company
Quote GhostWalking 20-10-2014 09:14 PM
akukah posted on 20-10-2014 12:34 PM
samada masa kejadian ombak kuat atau angin kuat...
nak kata high pay pun x jgk.. sbb position dio ...

Yup Geng iban memang pilihan utama sebab fizikal derang extra kuat
Quote GhostWalking 20-10-2014 09:18 PM
Ada kes hantar rigger semenanjung ni pi keja oversea dalam flight pi mabuk ujung2 turun flight kena suh balik.iban susah nak dgr buat hal kalau hantar keluar.jarang sangat.ni belum pape dah buat hal baik xpayah ler.
Quote Firenzza 20-10-2014 09:27 PM
fredbok87 posted on 20-10-2014 08:50 PM
perdana menteri...

PM zimbabwe katanya
Quote fredbok87 20-10-2014 09:30 PM
Firenzza posted on 20-10-2014 09:27 PM
PM zimbabwe katanya

kunun2 sikit la gaji tu.....
Quote beta_carotene 20-10-2014 09:38 PM
GhostWalking posted on 20-10-2014 08:18 PM
Ada kes hantar rigger semenanjung ni pi keja oversea dalam flight pi mabuk ujung2 turun flight kena  ...

kerja dengan rigger semenanjung memang menyakitkan hati dan hempedu aku.
itu belum masuk consup nya lagi.

kalau dekat offshore, mamat2 semenanjung ni lah juara ponteng kerja dan juara ponteng toolbox meeting.

sorry to say lah.

Quote GhostWalking 20-10-2014 09:49 PM
beta_carotene posted on 20-10-2014 01:38 PM
kerja dengan rigger semenanjung memang menyakitkan hati dan hempedu aku.
itu belum masuk consup n ...

Macamana nak g toolbox bangun pagi pun problem bg sesetengah derang.Kalau geng onshore pulak,memalam g karaoke bagai.pagi hancus nak bangun.orang dah berhimpun depa la yang geng2 lambat.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.098565 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top