CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Petani Tanam Labu Seberat Satu Tan

21-10-2014 12:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5209| Komen: 15

Description: Pegawai Pertandingan Itu, David Stelts Berkata, Pihak Penganjur Merancang Untuk Membawa Buah Labu Berkenaan Ke New York Untuk Dipamerkan Dalam Satu Pameran Botani Tidak Lama Lagi.
Petani Tanam Labu Seberat Satu Tan


HAWKLEY bergambar bersama labu seberat hampir satu tan pada pertandingan labu terberat di California, Amerika Syarikat kelmarin.

LOS ANGELES – Sebiji buah labu yang ditanam oleh seorang petani di Napa Valley dalam negeri California diisytiharkan sebagai buah labu paling besar yang pernah ditanam di Amerika Utara. Buah labu seberat 933 kilogram yang ditanam oleh petani itu, John Hawkley berjaya memenangi satu pertandingan buah labu terberat yang berlangsung di sini kelmarin.

Pegawai pertandingan itu, David Stelts berkata, pihak penganjur merancang untuk membawa buah labu berkenaan ke New York untuk dipamerkan dalam satu pameran botani tidak lama lagi.

“Buah labu yang ditanam Hawkley ini lebih berat daripada rekod sebelum ini yang juga dicatatkan di daerah Napa Valley.

“Sebagai johan pertandingan ini, Hawkley memenangi wang tunai berjumlah AS$13,348 (RM43,704),” katanya.

Rekod buah labu paling berat di dunia dicatatkan oleh seorang petani dari Switzerland yang berjaya menanam labu seberat 952 kilogram.


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cowey 20-10-2014 11:37 AM
pergh baja ape die gune..

subur..
Quote lylea 20-10-2014 11:39 AM
mak aihhh boleh potong2 bagi tuk satu daerah pun cukup tu
Quote Artemesiaa 20-10-2014 11:50 AM
Nak dekat Halloween je mesti ada citer pasal labu
Quote chinta89 20-10-2014 12:05 PM
buat labu sira...
Quote cm_asamkumbang 20-10-2014 12:20 PM
dok bayang time dia korek keluar labu tu..
Quote kejoraria 20-10-2014 12:22 PM
klau dah besar gedabak mcm tu sedap ker dimkn
Quote makneng 20-10-2014 12:29 PM
boleh buat mcm2 benda ni..sedapnya koci labu
Quote dubuk 20-10-2014 01:19 PM
saya suka pengat labu
Quote mijaa 20-10-2014 01:52 PM
homaiii besarnya labu.   hadiah pun lumayan, untung le
Quote amyainsamad 20-10-2014 02:20 PM
beratnya......
Quote bellaa 20-10-2014 03:27 PM
pengat labu pon sedap. tapi nnt badan masok angin

Quote purple_leo 20-10-2014 04:18 PM
amazingggggg
Quote anees~nuhara 20-10-2014 05:24 PM
cane bole smpai beso cmtu...wow
Quote drivethru 20-10-2014 08:09 PM
Best nyer buat lepat labu....
Quote PembacaSenyap 21-10-2014 10:25 AM
Labu masak lomak....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057427 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top