CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Hunny Madu Sedar Diri

21-10-2014 05:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20067| Komen: 100

Description: Meskipun Mendapat Sokongan Pelbagai Pihak, Namun Hunny Sedar Ada Segelintir Pihak Yang Mungkin Melabelkannya Sebagai 'Tidak Sedar Diri' Dek Kerana Statusnya Kini Sekaligus Dia Dikatakan Tidak Lagi Ses ...
Hunny Madu Sedar Diri



Selepas mengambil keputusan meninggalkan kerjaya radio sekitar Disember tahun lalu, selain memberi tumpuan kepada keluarga serta kerjaya pengacaraannya, Hunny Madu mencuri peluang kembali bergiat aktif dalam dunia nyanyian. Seperti yang ramai tahu, sejak tahun 2004 lagi, bekas penyampai radio Fly.FM ini optimis mempertaruhkan muzik Hip Hop.


Ternyata status sebagai ibu dan isteri, tidak menghalang pemilik nama sebenar, Hani Farhana Mohd Hatim, 30, untuk berkongsi minat dan kreativitinya menerusi lagu-lagu ciptaannya serta nyanyian rap.

Meskipun mendapat sokongan pelbagai pihak, namun Hunny sedar ada segelintir pihak yang mungkin melabelkannya sebagai 'tidak sedar diri' dek kerana statusnya kini sekaligus dia dikatakan tidak lagi sesuai untuk tampil sebagai penyanyi rap.

"Saya tahu mungkin orang yang akan cakap saya ini tak sedar diri. Dah jadi mak orang pun masih nak nyanyi rap lagi. Ya saya tahu saya seorang ibu dan saya bukan tak sedar diri. Tapi, apa salahnya saya menyanyi rap kerana ia adalah pekerjaan saya.


"Sebab itu juga saya masukkan beberapa ungkapan ayat dalam lirik lagu 'Go Hard or Gostan' yang mana lirik itu sebagai mengaitkan tentang diri saya. Lirik tu berbunyi, saya masih boleh menyanyi rap walaupun sudah bergelar ibu. Dan sekaligus saya rasa ia boleh juga dijadikan inspirasi untuk kaum wanita terutama golongan ibu yang mana mereka tak perlu bimbang atau takut untuk melakukan apa yang mereka suka", komennya ketika ditemui pada Majlis Pengisytiharaan Hunny Madu dan Kayda Bersama Warner Music Malaysia, bertempat di Menara TSR, semalam.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana kini dapat meletakkan dua keRjayanya seiring iaitu sebagai hos dan juga penyanyi Hip Hop.

"Saya rasa pesona saya dalam  kedua-dua bidang ini berbeza. Kalau sebagai pengacara, biarlah orang kenal saya sebagai Hani Hatim dan kalau di pentas nyanyian saya senang dikenali sebagai Hunny Madu", kata pengantara program 'Nasi Lemak Kopi O' ini.

Menyentuh mengenai kolabrasi bersama anak Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid iaitu Kayda Aziz, ibu anak satu ini berkata dia bersyukur dan tidak menyangka projek yang pada mulanya hanya suka-suka itu mendapat perhatian pihak syarikat rakaman Warner Music Malaysia. Sekaligus membuka peluang dia dan Kayda untuk menempatkan diri dalam arena muzik arus perdana.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tinkiwinki 16-10-2014 11:33 AM
motipppppp???
Quote kakprik 16-10-2014 11:38 AM
gigih dgn lajunya aku masuk benang nih...ingatkan amran anak arwah tompel tu tadi...kuuss semangat...
Quote nourahfey 16-10-2014 11:56 AM
Apakah simbol yg dia buat tu?adakah salah satu simbol illuminati,,,
Quote tembamgirl09 16-10-2014 11:59 AM
nourahfey posted on 16-10-2014 11:56 AM
Apakah simbol yg dia buat tu?adakah salah satu simbol illuminati,,,

iyelah kan bentuk gitu..piang btol kan
Quote berun 16-10-2014 12:01 PM
nourahfey posted on 16-10-2014 11:56 AM
Apakah simbol yg dia buat tu?adakah salah satu simbol illuminati,,,

Kelate urban
Quote nourahfey 16-10-2014 12:06 PM
tembamgirl09 posted on 16-10-2014 11:59 AM
iyelah kan bentuk gitu..piang btol kan

haha,was was i,,yelakan,kdg2 kita tak sedar terbuat simbol dorang,,kita ingat suka suka je
Quote juboqlembu 16-10-2014 12:06 PM
Haha. Tak sesuai
Quote tembamgirl09 16-10-2014 12:07 PM
nourahfey posted on 16-10-2014 12:06 PM
haha,was was i,,yelakan,kdg2 kita tak sedar terbuat simbol dorang,,kita ingat suka suka je

kekadang kena alert kan sis...
Quote nourahfey 16-10-2014 12:09 PM
berun posted on 16-10-2014 12:01 PM
Kelate urban

urban sgt,,kalu tak tahu,tak pikir pulak deni kelantanese ,,ingatkan worang kolompo,hehe
Quote nourahfey 16-10-2014 12:11 PM
tembamgirl09 posted on 16-10-2014 12:07 PM
kekadang kena alert kan sis...

yup betol tu!!,,
Quote siti_kus 16-10-2014 12:16 PM
Perangai je urban muka x :lol
Quote newyork 16-10-2014 12:16 PM
La..mu ore kelate ka..ingat org amareka.
Quote piao 16-10-2014 12:16 PM
nourahfey posted on 16-10-2014 12:11 PM
yup betol tu!!,,

dalam diam mereka pun smapai kan simbol2 yahudi ni kan. mek klate urban la katakan
Quote fcl29 16-10-2014 12:19 PM
boleh je.. x salah... cume lagu ko cam x best jerkk...
Quote nourahfey 16-10-2014 12:30 PM
piao posted on 16-10-2014 12:16 PM
dalam diam mereka pun smapai kan simbol2 yahudi ni kan. mek klate urban la katakan

yah,,,betul,,tau takpa
Quote chinta89 16-10-2014 12:33 PM
fcl29 posted on 16-10-2014 12:19 PM
boleh je.. x salah... cume lagu ko cam x best jerkk...

sokong

Quote prettyuglybabe 16-10-2014 12:33 PM
awat muka macam jantan
Quote kejoraria 16-10-2014 12:33 PM
dah berstatus ibu tu duk jerlah umah jaga anak atau buat benda2 yg lg berfaedah dr nak berapper2 bagai
Quote piao 16-10-2014 12:35 PM
nourahfey posted on 16-10-2014 12:30 PM
yah,,,betul,,tau takpa





Macam sama lah

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.060809 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top