CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Aidil Zafuan Sokong Rita Rudaini Ambil Tindakan Pengugut Bunuh

21-10-2014 05:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6130| Komen: 4

Description: "Kalau Nak Diikutkan, Ketika Kami Masih Suami-Isteri, Sudah Lebih Dua Kali Dia Minta Cerai Daripada Saya. Semakin Saya Diam, Semakin Menjadi-Jadi Pula Tuduhan Dia. Jangan Sampai Saya Bersikap Tegas ...
Aidil Zafuan Sokong Rita Rudaini Ambil Tindakan Pengugut Bunuh


Aidil menyifatkan Rita cuba mengganggu rumah tangganya dengan isteri, Zarema Zainal.

PETALING JAYA: Bintang bola sepak Aidil Zafuan berkata, adalah wajar untuk Rita Rudaini mengambil tindakan terhadap pengikut Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah mengugut agar bekas isterinya itu dibunuh.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata perbuatan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pengikut laman sosial artis kerana ia adalah satu perbuatan jenayah.

"Bagi saya, tindakan Rita membuat laporan polis untuk mengambil tindakan terhadap pengikut laman Instagram saya itu adalah patut kerana ia boleh mengancam keselamatan dia dan anak-anak," kata Aidil kepada mStar Online pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, Rita telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak dekat sini berhubung komen pengikut Aidil yang menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.


Ia berikutan Aidil memuat naik paparan skrin slip pembayaran nafkah anak kepada Rita sebagai bukti dia tidak mengabaikan anak-anaknya selepas bercerai.

Dalam pada itu Aidil berkata, dia terkilan apabila aktres itu menuduhnya tidak mengambil serius tentang ugutan bunuh itu disebabkan dia tidak menyekat komen berkenaan.

"Saya sibuk dengan kerja, tak mungkin saya ada masa untuk membaca kesemua komen di Instagram. Cuma apabila saya terbaca, diakui memang saya terkejut kerana individu itu berani memberi komen seperti itu. Dan baru-baru ini saya telah buang komen berkenaan.

"Tetapi takkanlah perkara ini pun jadi salah saya? Hanya kerana saya tidak membuang komen itu?" soalnya.

Sementara itu, Aidil mendedahkan dakwaan Rita kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Jumaat lalu yang dia tidak pernah menuntut cerai terhadap Aidil adalah tidak benar.

Katanya, semasa mereka bergelar suami-isteri, Rita kerap kali meminta untuk dilepaskan.

"Saya tidak faham dengan permainan dia. Kenapa dia tidak sudah-sudah mahu mencari kesalahan dan mengaibkan saya. Apa lagi yang dia mahu?

"Kalau nak diikutkan, ketika kami masih suami-isteri, sudah lebih dua kali dia minta cerai daripada saya. Semakin saya diam, semakin menjadi-jadi pula tuduhan dia. Jangan sampai saya bersikap tegas dengan mengambil tindakan terhadap setiap tuduhannya itu," ujarnya.

Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=834295&extra=&page=14

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Wazzul 27-10-2014 07:44 AM
she can not take it la aidil ceraikan dia. move on please rita.
Quote ice98 23-10-2014 04:04 PM
alaaa VVIP pon tak semenggah jugak perangainya... kihkihkih....
Quote R.A.M.A_mirror 22-10-2014 07:00 PM
thread Rita yang ke 999 berkenaan nafkah..
tahniah rita rudaini ! kakaka..
Quote brainbiru 22-10-2014 08:00 AM
Udah2 la makcik ritaaa... muka cantik.... hati kurang cantik.. buat diam2 udah... mana tau ada vvip yg leh sangkut... ni buat perangai x semenggah.... vvip pun takuttt

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.030601 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top